Monthly Archives: Februari 2011

Dua Kisah Menyintai Allah.

Kelam kabut jadinya.

Minggu ini penuh dengan kerja dan macam-macam untuk diselia.

“La, yang ini tak siap lagi?”

“ Sensory Dr. nak tengok minggu depan. Nak kena key in data dalam laptop dulu ini.”

“ Isshh… tak sempat nak siapkan kerja makmal petang ini. Banyak lagi result tak dapat. Esok dah nak kena sambung kerja lain. Macamana ini?”

Continue reading →

Advertisements

Jiwa yang Menang, Jasad yang Sederhana

Minggu ini agak kesibukan. Tesis perlu disiapkan. Assignment, projek dan sebagainya, semua bersangkut paut dan perlu diselesaikan dengan segera. Paling tidak, hujung bulan ini sudah seleai 60% projek, assignment banyak sudah dihantar, dan sebagainya.

Pilihanraya kampus (PRK) pula bermula pada minggu ini. Semua perlu pergi mengundi, tiada yang terkecuali. Maka, walaupun tidak terlibat secara langsung dengan kempen PRK, memang menjadi kewajaran untuk mengundi memandangkan masih lagi pelajar di universiti ini. Menang atau kalah, tidak tahu lagi. Malam ini katanya keputusan akan diumumkan oleh pihak suruhanjaya pilihanraya.

Tetapi, PRK sidang ini makin terhad rasanya untuk masa berkempen dan minggu pilihanraya. Teringat masa tahun pertama, PRK rasanya 2 minggu diadakan masa untuk berkempen di samping buang poster di sana sini. Itu belum kira nak pergi di setiap kuliah. Agak riuh dan meriah juga PRK masa itu. Tetapi kini makin singkat pula masanya. Kertas yang sesuai untuk dijadikan pamplet, poster dan sebagainya makin kurang dan hanya warna putih sahaja yang kelihatan. Serba putih. Mungkin nak lestari kot. Tapi bukan konsepnya warna hijau?

Continue reading →

Perkembangan yang baik!

Setelah agak lama cuba-cuba untuk menghantar artikel ke mana-mana tempat yang boleh, akhirnya berjaya juga tercatat dalam sejarah peribadi satu artikel telah berjaya dikeluarkan.

Segala pujian bagi Allah s.w.t yang telah memberikan kekuatan dan limpahan rahmat yang tidak terhingga agar daku dapat terus menerus menulis di samping menghayati setiap penciptaan-Nya di muka bumi ini agar daku sedar semua yang wujud dalam diri dan alam sekelingku ini adalah anugerah yang tidak terhingga oleh-Nya agar makhluk-Nya kembali mengagung dan sujud hanya semata-mata kepada-Nya.

Alhamdulillah.

Sesungguhnya, daku bukan meminta untuk dikeluarkan mana-mana artikel pun. Hanya apabila telah tersenarai dalam senarai artikel yang dikeluarkan, daku merasakan ada sedikit kekuatan dan semangat untuk kembali menulis dan merasakan ada penambah baikan dan penerimaan oleh editor serta pembaca untuk membaca di samping menilai artikel yang cuba daku baitkan.

Hakikatnya, ia bagaikan suatu kritikan pada apa yang daku sampaikan. Dan sebenarnya, hanya kritikan yang membina yang lebih daku perlukan, bukan artikel yang hanya semata-mata untuk ditatap oleh orang ramai. Dengan kritikan yang membina, dan usaha yang berterusan, insya-Allah ada menghasilkan penulisan yang lebih berkesan kepada pembaca di samping menjadikan pena sebagai tujuan dakwah yang senantiasa.

Insya-Allah.

Continue reading →

Imam Abu Hanifah

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama al- Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam. al-Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah al- Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Continue reading →

Abu Yazid al-Bustami

Nama sebenar Abu Yazid ialah Abu Yazid Thaifur bin Isa Surusyan Al-Bustami. Beliau dilahirkan dan meninggal dunia di Busthami pada tahun 261H/ 864 M, tetapi ada pendapat yang lain menyatakan pada tahun 264 H/877M. Menurut ramai sejarawan dan pengkaji Islam, beliau merupakan antara orang alim, ahli sufi dan wali Allah s.w.t.

Pada suatu ketika,  ada seorang yang terkenal akan kealimannya di sekitar bandar Bustam. Beliau mempunyai ramai pengikut dan penyanjungnya,  tetapi beliau masih lagi ingin turut serta dalam majlis yang menjadi kelolaan dan pelajaran yang disampaikan oleh Abu Yazid. Setiap pengajaran yang diterima oleh Abu Yazid dipelajari oleh si alim dengan tekun dan saksama.

Continue reading →

Bilakah Tibanya Hari Kiamat?

Memperingati hari yang pasti akan terjadi.

Kiamat.

Hari yang memusnahkan segala harapan dan keinginan manusia, tidak kira tua, muda, miskin, atau kaya,

Apabila telah tiba hari yang ditentukan, tiada siapa yang mampu mengelak dan mengatakan, “tidak, aku belum sedia! Aku takut nak mati!”

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku di dunia ini menandakan hari yang dijanjikan itu pasti berlaku. Siapa pun yang masih wujud di dunia ini pada ketika itu, tidak akan dapat mengelak dari kejadian yang pasti berlaku.

Seorang kaya hilang rasa inginkan harta. Seorang miskin mencicit lari terlupa dia tidak punya apa-apa. Seorang pemimpin boleh terjun dari singgahsananya. Seorang ibu boleh terlupa siapakah anaknya.

Begitu dahsyatnya peristiwa kiamat. Makin hari makin lupa manusia ingin jadikannya sebagai iktibar, bahawasanya setiap kejadian yang dijanjikan Allah itu pasti akan terjadi.

“Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).” (Ghafir: 59)

“Maka bersabarlah (wahai Muhammad, dalam perjuangan menegakkan Islam), sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi dosamu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (Ghafir :55)

Moga-moga dijauhkan dari mereka yang tidak menyakini (beriman) dan dijauhkan dari sesuatu musibah yang bukan diri menjadi ahli.

Amin.

Continue reading →