Jiwa yang Menang, Jasad yang Sederhana

Minggu ini agak kesibukan. Tesis perlu disiapkan. Assignment, projek dan sebagainya, semua bersangkut paut dan perlu diselesaikan dengan segera. Paling tidak, hujung bulan ini sudah seleai 60% projek, assignment banyak sudah dihantar, dan sebagainya.

Pilihanraya kampus (PRK) pula bermula pada minggu ini. Semua perlu pergi mengundi, tiada yang terkecuali. Maka, walaupun tidak terlibat secara langsung dengan kempen PRK, memang menjadi kewajaran untuk mengundi memandangkan masih lagi pelajar di universiti ini. Menang atau kalah, tidak tahu lagi. Malam ini katanya keputusan akan diumumkan oleh pihak suruhanjaya pilihanraya.

Tetapi, PRK sidang ini makin terhad rasanya untuk masa berkempen dan minggu pilihanraya. Teringat masa tahun pertama, PRK rasanya 2 minggu diadakan masa untuk berkempen di samping buang poster di sana sini. Itu belum kira nak pergi di setiap kuliah. Agak riuh dan meriah juga PRK masa itu. Tetapi kini makin singkat pula masanya. Kertas yang sesuai untuk dijadikan pamplet, poster dan sebagainya makin kurang dan hanya warna putih sahaja yang kelihatan. Serba putih. Mungkin nak lestari kot. Tapi bukan konsepnya warna hijau?

Berdasarkan analisis sendiri, nampaknya makin banyak pihak yang kurang senang dengan PRK di mana-mana universiti. Ntah bermula dari mana, dan kenapa bertujuan sedemikian. Tambahan lagi universiti ini tak layan sangat dengan pilihanraya. Lagi macam buat tak ambil peduli.

Pihak luar berkemungkinan mula buat pakatan dengan kemunculan PRK. Tidak kisah pembangkang atau kerajaan. Dua-dua sama. Mana ada pihak yang betul-betul mengamalkan sistem berteraskan keadilan dan seangkatan dengannya. Nampak baik dengan penampilan dan janji-janji yang ditaburkan. Tujuan sulit bukan sesiapa pun tahu. Lebih-lebih lagi nak hebohkan itu ini, begitu begini tentang sesuatu perkara adalah dari golongan dia. Lagilah nampak baik semua apabila hadir depan mata.

Ntahla…

******************

Ketika merungkai aspek jiwa dan jasad, kedua-dua aspek ini pasti akan menjadi saling berkaitan.

Hubungan antara jiwa dengan jasad ibarat roda basikal dan tayar basikal. Ia saling melengkapi.  Lahiriahnya, jiwa dan jasad telah diciptakan dalam setiap peribadi manusia. Namun, konsep jiwa dalam peribadi manusia akan hilang (bukan berubah) setelah melakukan perkara yang melanggar perintah Tuhan, suka pada kemaksiatan dan kemungkaran. (Ahli maksiat, fasid, kufur = neraka Allah)

Jasad ialah penciptaan yang akan wujud apabila manusia itu dilahirkan. Ungkapan inggeris bagi jasad ialah body. Human body. Jasad bersifat fizikal, boleh dilihat, dipegang, dan dirasa akan kehadirannya. Sifat utama jasad manusia hanya bersifat sementara. Jasad tetap akan melalui perubahan kerana perbezaan masa dan usia.

Tetapi tidak pada komplikasi jiwa. Jiwa yang wujud dalam peribadi manusia, sekiranya bernaung utuh atas kuasa yang Maha Kuasa, sentiasa melalui getir dalam menyucikan jiwa, menjauhi lingkaran kehidupan yang melalaikan dan menjauhkan peribadi dari berada petunjuk Tuhan, jiwa itu wujud atas sifat yang tenang, dan yakin akan kekuasaan Tuhan. Jiwa itu tidak gusar akan sesuatu perkara yang tidak menyebelahi pihaknya, jiwa itu redha dan syukur sekiranya ada keburukan dan kebaikan yang menimpa dirinya. Jiwa itu teragung dengan kewujudan yang Maha Esa. Jiwa itu kekal di bawah pemilik-Nya, Allah s.w.t.

Jiwa dalam ungkapan inggeris lebih dikenali dengan istilah soul. Sifat jiwa tidak bertempat dan tidak dapat dinilai dengan pancaindera. Ia termasuk salah satu dari cabang perkara-perkara yang ghaib.Ia bagaikan spirit atau semangat dalam peribadi manusia. Tanpa kehadiran jiwa yang tenang, manusia akan hidup dengan tiada harapan dan kekosongan, walaupun jasadnya mewah dengan kekayaan dan harta benda.

Semua perkara di dunia ini jasad itu miliki. Namun, sekiranya hanya jiwa sahaja hilang daripada jasad, walau harta dan anak pinak sekeliling pinggang, dia tetap akan merasa kosong dan terasa seperti ada sesuatu  kekurangan.

Hubungan antara jiwa dan jasad sentiasa dikombinasi dengan perkara hati dan ruh dalam agama. Ruh dalam agama bukanlah sesuatu perkara yang boleh dilihat dengan pancaindera, jauh sekali ingin dianalisis menggunakan teknologi ciptaan manusia. Ruh bersifat abstrak. Ia tidak berjisim atau berjirim. Tiada perkara yang membayangkan sesuatu sebagai ruh, kerana hakikat ruh hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu.

“Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah, ruh itu daripada urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”  (Surah al-Isra’:85)

Begitulah jua perkaitan antara ruh dalam peribadi jiwa dan jasad. Ruh ad-din tidak bernaung atas peribadi jasad. Tetapi ruh hanya dapat bersatu dengan jiwa, bukan atas keperibadian jasad. Menilai kehadiran ruh dalam jiwa tiada peralatan manusia yang boleh merungkainya, tetapi boleh diketahui melalui sifat danperibadi manusia yang memilkinya. Ketaatan, kebaikan dan sifat soleh terpancar dari kelakuan dan wajahnya kerana penilaian yang tinggi akan ruh ad-din dalam jiwanya. Oleh hal demikian, walau jasad itu berada dalam serba kekurangan dan tiada kemudahan, jiwanya tetap kental, kuat dan meninggikan martabat ruh ad-din yang mulia pada pandangan Allah Azza wa Jalla.

Suatu hari ketika Umaiyyah ingin menyeksa Bilal ibn Rabah kerana keengganannya mengikut agama jahilliah, dia dengan lantang menegaskan bahawa jiwanya bukanlah milik sesiapa, tidak akan dimiliki oleh sesiapa. Keenggannya untuk mensyirikkan Allah, Bilal diseksa dengan tidak keperimanusiaan kerana menegakkan ad-din yang Maha Esa. Dia disebat, dipalu, dihimpit dengan batu besar atas dadanya, dan dijemur di tengah matahari yang terik. Tetapi, mulutnya tidak lekang dari menyebut “Ahad, Ahad, Ahad.

Sungguh, Allah itu Maha Mendengar suara dan rintihan hamba-hamba-Nya. Bilal dibebaskan oleh sahabat yang mulia, Abu Bakar as-Siddiq. Pembebasannya bagai kemenangan buat Islam. Dia sahabat yang ulung dan sentiasa berada di belakang Rasulullah. Setia menemani dan mempertahankan Rasulullah s.a.w. Tidak ada tolok bandingannya iman Bilal akan Allah dan Rasulnya. Baginya, apalah ingin dibandingkan kesenangan dunia buat akhirat yang kekal selama-lamanya.

Bilal ibn Rabah dimuliakan dengan muazzin utama Rasulullah s.a.w. Laungan azan Bilal didengari oleh para malaikat sehingga ke arasy Allah s.w.t. Bilal telah dijanjikan dengan nikmat yang kekal di al-jannah sana.

Sumayyah ialah seorang wanita yang miskin dan hidup serba kekurangan. Kerjanya hanyalah ibarat kuli di zaman Jahiliyyah. Dia merupakan seorang hamba kepada Abu Hudzaifah bin Mughiroh.

Sumaiyyah bukanlah golongan yang terkenal dan mendapat sanjungan dari masyarakat Jahiliyyah. Kehadirannya tidak pernah ingin dikenali dan dihargai. Hidupnya sebatang kara. Tiada satupun kedudukan yang istimewa ditempatkan kepadanya di bawah aturan pada masa Jahiliyah.

Tetapi di bawah ad-din yang diredhai Allah, nama Sumaiyyah bukanlah asing dan sentiasa medapat sanjungan. Ruhnya mempertahankan ­ad-din Allah sentiasa harum mewangi dan subur dalam renungan. Jiwanya begitu suci dan bersih. Keyakinannya utuh pada janji Allah dan Rasulnya tidak pernah berbelah bagi. Apabila didengari akan sabdaan Baginda s.a.w akan janji buatnya adalah syurga, bertambah tegar dia mempertahankan keimanannya apabila semakin berat seksaan buatnya orang para musyirikin Makkah terhadap Sumaiyyah dan keluarganya.

Akhirnya, dia wanita pertama syahid dalam Islam. Darahnya yang mengalir penuh kesucian dan dinobatkan darah syuhada di sisi Islam. Pengorbanannya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Tuhan-nya yang Maha Esa tiada bandingannya dengan umat zaman sekarang.

Mereka ialah pemilik jiwa yang menang. Mendermakan jiwa yang mulia adalah puncak tertinggi dari kedermawanan.Walau dihimpit pelbagai mehnah dunia, tidak ada takut dan bimbang, kerana hidup dan mati semata-mata kerana mencari redha Allah s.w.t.

Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, “Bukanlah orang kaya itu orang yang banyak harta benda, tapi sejatinya orang kaya itu ialah orang yang kaya jiwanya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim).

– tentang website itu, menanti hari yang teristimewa untuk mendaftar. Wait until the right time. Insya-Allah🙂 (blog ini tetap meneruskan kalamnya yang tidak seberapa)

-jaga kesihatan. Jangan banyak buat aktiviti yang berat dan membebankan.

-semoga Allah merahmati dan melindungi sentiasa🙂

One response

  1. saya yang menulis🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: