Dua Kisah Menyintai Allah.

Kelam kabut jadinya.

Minggu ini penuh dengan kerja dan macam-macam untuk diselia.

“La, yang ini tak siap lagi?”

“ Sensory Dr. nak tengok minggu depan. Nak kena key in data dalam laptop dulu ini.”

“ Isshh… tak sempat nak siapkan kerja makmal petang ini. Banyak lagi result tak dapat. Esok dah nak kena sambung kerja lain. Macamana ini?”

Ini antara dialog spontan bila dah terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Rasanya bukan sebab selalu tertangguh buat kerja, tetapi memang tak pernah bijak untuk menguruskan masa. Itu yang last-last minit rasa masih banyak lagi yang tak kena. Walaupun sudah mula dari awal semester lagi kerja di sini.

Hhhhmm… begitulah. Bila dah sibuk, memang betul-betul sibuk. Rasa macam tak boleh nak buat semua. Kelam kabut semua kerja. Masa makin tak menentu. Tidur, makan, buat itu ini, habis berterabut. Solat pun tertangguh (Astaghfirullah.. ampunkanlah daku ya Allah…). Berpusing-pusing.

Kerja mudah sudah jadi susah. Hari ini boleh selesaikan, tertangguh sampai minggu depan. Memang kelemahan dan kekurangan diri sendiri.Hhmm…

Ini sudah akhir bulan Februari. Minggu depan sudah bulan Mac. Tesis perlu tulis dengan cepat. Banyak rujukan lagi perlu dilihat. Banyak perkara lagi perlu diperbetulkan.

Walau apa-apapun, Alhamdulillah. Pensyarah sudah melihat perkembangan semasa tentang projek yang dijalankan. Dia pun berpuas hati dengan perkembangan tersebut dan meminta kalau boleh dipersegerakan hasil eksperimen yang masih belum selesai.

Dah exhausted hamba Allah sorang ini. Moga-moga Allah sentiasa menemani, memberi kemudahan, dan memberikan kekuatan kepadaku dan kepadanya jua. Amin.

Untuk itu, ada mengarang suatu artikel atau nukilan. Tapi, memang tiada kesempatan untuk selesaikan penulisan, dengan masa yang tidak mengizinkan. Banyak lagi nak kena edited dan sebagainya.

Hanya, peringatan dari sumber blog manusia yang lain yang boleh dikutip dan diinputkan dalam blog ini. Sebagai renungan dan peringatan, yang pastinya diperlukan sentiasa oleh para solehin dan mukminin.

Moga-moga memberikan manfaat, dalam meraih kasih dan rindunya kepada Tuhan yang Maha Agung, dan menjadi hamba-Nya yang sentiasa terpaut hati hanya semata-mata kepada-Nya.

***********************

Kisah Kasih Seorang Wanita kepada Allah.

Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa  seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya tidak menyedekahkan sesuatu apa pun kepada orang lain. Maka suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah wanita itu ketika suaminya tiada di rumah. Peminta sedekah itu berkata, “Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu”.

Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar permintaan peminta sedekah, lalu diberinya 3 keping roti. Lalu peminta sedekah itu berlalu dan mengucapkan terima kasih. Dalam perjalanannya, dia bertemu dengan lelaki munafik tersebut lalu lelaki munafik itu bertanya kepada peminta sedekah, “Di manakah kamu mendapat roti ini?” Maka pengemis menjawab, “Orang di rumah sana memberiku”.

Orang munafik mengetahui bahawa rumah yang dimaksudkan adalah rumahnya, lalu dia pulang dengan perasaan marah dan berkata kepada isterinya, “Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu apa pun kepada sesiapa?” Isterinya menjawab, “Aku berikan roti kepada pengemis itu kerana Allah S.W.T”.

Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya, maka dia menjadi sangat marah lalu menyalakan dapur rotinya sehingga panas. Kemudian dia berkata kepada isterinya, “Berdirilah dan campakkanlah diri kamu ke dalam api ini kerana Allah”.

Isterinya akur dengan kehendak suaminya lalu memakai perhiasannya dan berhias sehingga cantik. Orang munafik itu berkata, “Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini”. Isterinya menjawab, “Seorangkekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedangkan aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku (Allah).

Setelah itu, wanita tersebut terus terjun ke dalam dapur tempat membuat roti yang panas lalu orang munafik tesebut menutup tudung dapur dan beredar dari situ. Setelah tiga hari, orang munafik itu pun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa kecacatan pada dirinya berkat kuasa Allah.

Kemudian terdengarlah orang munafik itu suara dari langit yang berkata, “Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami”.

*********************

Kisah Seorang Pemuda Menyintai Allah.

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa A.S. berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa berada di hadapannya maka dia pun berkata, “Wahai Nabi Isa, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut zarah cintaku kepadaNya”.

Berkata Nabi Isa, “Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat zarah itu”. Berkata pemuda itu lagi, “Wahai Isa, kalau aku tidak terdaya untuk satu zarah, maka kamu mintalah untukku setengah berat zarah”. Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa A.S. pun berdoa, “Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat zarah cintanya kepadaMu”. Setelah Nabi Isa berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, “Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu”. Selesai sahaja Nabi Isa berdoa, maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salamnya, lalu Nabi Isa berkata, “Aku ini Isa”. Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,

“Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat zarah cintanya kepadaKu. Demi Keagungan dan KeluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekali pun tentu dia tidak mengetahuinya”.

Kurniakanlah diri-diri ini sentiasa kasih dan cinta hanya semata-mata buat-Mu.

Janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau menunjukkan kebesaran dan kemuliaan-Mu kepada hamba -Mu ini.

Palingkanlah hati kami dari renungan yang semakin jauhnya kami mengharap dan bersujud kepada-Mu.

Wahai Tuhan yang dicintai dan dirindui.

Moga-moga kami tergolong di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa menghampiir, memerhati dan mengingati-Mu.

Amin…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: