Monthly Archives: Mac 2011

Sifat Haiwan dalam Sifat Manusia

Sejarah telah mencatatkan bahawa ketika permulaannya sebuah tamadun, manusia tidak mempunyai apa-apa etikadan adab dalam setiap perbuatan,tingkah laku  dan pergaulan harian. Sikap gasak,kasar, tidak bertolak ansur dan mudah berbalah sesama sendiri terbukti pada suatu ketika dahulu.

Ketika dekad berganti dekad, kurun berganti kurun, dan zmaan berganti zaman, manusia telah menjadi semakin maju dengan dari segi perkembangan otak dan ilmu pengetahuan. Ilmu telah menobatkan manusia untuk hidup secara bertamadun, ada larangan dan perintah dari pemimpin yang berkuasa. Mereka mula hidup dengan kepimpinan, dan ada toleransi tertentu kepada pergaulan dan tata susila sesama agama dan bangsa.

Ketika perkembangan demi perkembangan dicapai oleh manusia, teknologi terkini dan inovasi tercanggih mula direka cipta dari semasa ke semasa. Kemudahan dan kesenangan mula digapai. Kerja yang diuruskan semakin mudah. Kemajuan dan kehidupan semakin merubah.

Malangnya, ketika bertambah agung manusia hidup bertamadun dari segi sumber dan taraf kehidupan, manusia semakin janggal dan alpa akan nilai tatasusila dan sifat kemanusiaan, yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, demi kemewahan dan keagungan yang didamba-dambakannya.

Continue reading →

Pilihan dalam Menentukan Keputusan

Alhamdulillah, hari ini pagi cuaca agak baik. Terang dan berkicauan sang burung menyambut keindahan alam ciptaan Tuhan.

Bunyi unggas yang saling kedengaran membayangkan makhluk lain sentiasa mengatakan sesuatu yang tidak diketahui oleh buat sama kehidupannya. Kicauan, ngauman,  mahupun cicikan, semua bunyi yang kedengaran telah membezakan setiap jenis sepesis haiwan.

Mereka berkomunikasi dan membezakan antara haiwan yang lain dengan suara yang wujud dalam diri mereka. Mereka berjumpa dan berkenalan hanya melalui bunyian, dan bau bukan manusia mampu untuk menghasilkan.

Keindahan ciptaan makhluk yang bernama haiwan telah membayangkan betapa hebat-Nya sang pencipta alam. Dia menciptakan tanpa batasan, dia menciptakan tanpa memerlukan sesiapa pun seperti manusia untuk dijadikan sebagai bantuan.

Kemuliaan dan segala pujian buat yang Maha Besar yang menciptakan alam. Segalanya adalah milik-Mu, segalanya akan kembali kepada-Mu.

 

Continue reading →

Peranan Musuh Islam dengan Kemusnahan Alam

Perkara yang berlaku di dunia kini telah lama diperhatikan. Bermula dari kejatuhan empayar Islam sehingga tertegaknya kuasa besar musuh Islam menguasai dan mentadbir dunia, peristiwa demi peristiwa makin banyak berlaku di mana-mana pada bila-bila masa.Ia tidak lagi menjadi asing dan makin menjadi-jadi.

Pelbagai amaran dan risikan telah dilakukan. Tetapi manusia tiada daya upaya untuk menolaknya. Bencana demi bencana belaku pada sekian masa yang tiada sesiapa boleh menentukan. Sekiranya ia berlaku kerana suatu kekurangan yang telah lama wujud, kebarangkalian berlaku sesuatu bencana  itu boleh diambil kira sebagai faktor setempat yang ada. Seperti mana bencana yang berlaku pada musim tengkujuh di kawasan Pantai Timur Malaysia. Saban tahun akan berlaku, kerana kawasan yang bertempat di angin Monsun Timur Laut, dari Laut China Selatan tentu akan terkena tempias perubahan cuaca tersebut. Maka, manusia boleh menjangkakan kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam jangka masa tersebut.

Continue reading →

Buatmu ya Rasulullah…

 

Ya Rasulullah

Daku baitkan kalam yang lemah ini buatmu

Moga-moga kami dalam lingkungan umat yang sentiasa  dirindui olehmu.

Continue reading →

Islam adalah Ad-dinku

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera  ke atas Baginda Utusan Allah yang mulia, Muhammad s.a.w bersama ahli keluarganya dan para sahabat baginda yang diredhai Allah.

Hari ini cuma artikel pendek oleh sang penulis (sesiapa yang tidak berpuas hati, jangan beritahu). Hari ini ingin mengintroduce satu website baru. Masih baru dan segar lagi. Still new in our marketing now.

Continue reading →

Cinta Itu Adalah Fitrah.

Nukilan ini amat jarang diperkatakan dalam ruangan blog ini. Tidak gemar juga sebenarnya untuk menulis kalam seperti ini.Tetapi, memandangkan hari yang khusus dan istimewa ini, daku cuba untuk menghuraikan dan membuat satu penilaian tentang perkara ini.

Bagi menulis suatu kalam mengenai cinta, penulisan artikel yang serba pendek ini mungkin tidak cukup baik untuk menghuraikannya. Jika dilihat pada orang yang pernah menulis tentang cinta, untuk puisi cinta sahaja sudah sampai berbelas-belas muka surat. Ada orang menulis hanya huraian mengenai masalah dan persoalan cinta pula boleh sampai berjilid-jilid bukunya. Belum masuk lagi bab novel picisan cinta yang sudah tentu berlambak di pasaran. Inikan pula nak dibandingkan dengan artikel pendek untuk menghuraikan kebenaran di sebalik kalimah cinta. Tak memadai rasanya untuk dibuat penilaian dengan karya-karya yang lain tu.

Fi kulli hal, perkara ini tetap berlaku di mana-mana dan kepada sesiapa. Yang semakin rasa tidak gemar ialah semakin hari daku lihat manusia semakin hilang pedoman meraih matlamat hidup, dan mencari makna sebenar kehidupan sebenar yang diciptakan oleh-Nya.

Terutama pada persoalan yang paling banyak didengari; CINTA.

Continue reading →

Kaya itu Bahagia?

Perkara ini bunyinya seperti normal pada masyarakat kini. Berkata tentang kekayaan dan kemewahan, pasti ramai yang ingin memiliki. Tidak kira yang masih remaja atau yang sudah dewasa, sehingga ke tua bangka pasti akan teringin di hati ingin mengecapi nikmat kekayaan.

Kekayaan melambangkan kemewahan. Kemewahan menjanjikan kesenangan. Itu prinsip mudah bagi semua orang untuk mengerti betapa bernilainya keinginan memiliki kekayaan.

Suatu hari pernah menghadiri suatu seminar tentang suatu produk jualan secara langsung. Sedang si moderator yang telah menjadi orang terkaya dan terhebat dalam syarikat ini bertanya kepada para peserta, “siapa yang tidak ingin menjadi kaya?” “Siapa yang ingin menjadi jutawan?”

Pasti para peserta yang hadir akan mengakui akan perihal yang ditanyakan oleh si moderator. Kekayaan dijadikan asbab utama untuk menghadiri seminar tersebut. Bagi kebanyakan peserta, mewah dengan kewangan di samping hidup sentiasa berduit akan menjanjikan kesenangan yang berpanjangan.

Walau tidak diluahkan melalui tindakan, hati telah mengakui itu adalah kepastian.

Tetapi, benarkah kekayaan itu menjamin kebahagiaan?

Continue reading →

Buat Peringatan Hati Ini…

Hari ini hari Jumaat. Jumaat turut digelar sebagai Saiyyidul Ayyam, iaitu penghulu segala hari.

Kenapa penghulu segala hari? Wallahua’lam. Tidak tahu nak katakanan macamana. Tetapi, sejak zaman Nabi Allah Adam a.s. sehinggalah ke zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, pelbagai peristiwa dan kejadian yang telah berlaku pada hari Jumaat.

Peristiwa yang melambangkan suatu kegemilangan dan kebesaran Tuhan. Peristiwa yang mengazabkan dan menakutkan bagi sekalian makhluk ciptaan Allah, melainkan jin dan manusia.

Bagi daku, Jumaat memberikan beberapa kelebihan berbanding hari lain. Tidaklah terlalu banyak, tetapi cukuplah daku mengiktiraf hari Jumaat sebagai hari yang sejahtera (lestari?) dan mulia di sisiku dan ad-din yang diredhai Allah Azza wa Jalla.

Hari Jumaat juga biasanya daku banyak masa kelapangan.  Pelbagai kerja dan lain-lain aktiviti boleh dijalankan. Sejak dari masuk universiti ini sehinggalah ke hari ini, Jumaat biasanya tiada kelas yang berat dan jadual yang mampat seperti hari lain.

Malah, hari Jumaat biasanya daku mula menulis. Pagi-pagi yang cerah, dengan sinar mentari yang masih muda dan kesejukan pagi yang mendamaikan, sungguh baik untuk daku cuba mencari ilham atau membaitkan ilham yang selama ini berada di minda, hanya tidak dilalui oleh tangan untuk menukilkannya. Jadi, kebanyakan pada waktu terluang dan masa yang senang, daku akan menulis pada hari Jumaat,  kurang pada waktu yang lain.

Continue reading →

Antara YAKIN dan PERCAYA

Kadang-kadang suka bermain dengan istilah. Bagi daku, istilah dalam suatu perkataan memberikan suatu nilai yang tidak terkira. Sekiranya tersalah menghasilkan istilah yang tepat berdasarkan kondensi yang telah ditentukan, sebarang perbuatan ke arahnya tidak mendatangkan hasil yang bermakna.

Begitu juga apabila menghasilkan suatu nukilan atau tulisan. Tidak semua perkataan yang dibaitkan itu adalah sewajarnya diperhatikan pada nilai luaran. Kadang-kadang membawa makna yang berbeza, bergantung kepada perkara yang dibaitkan, dan apa yang ingin disampaikan.

Hanya, sekiranya penulisan itu adalah sebuah fakta, tidak dapat tidak hendaklah jelas dan tidak bersimpang siur dalam memahami isi yang telah dihasilkan. Fakta adalah muktamad. Tiada pertikaian melainkan ada dalil lain untuk kembali diperbincangkan.

Sekiranya penulisan itu berbentuk suatu pandangan, luahan atau coretan hati, maka terdapat beberapa istilah yang digunakan tidak menjelaskan keadaan. Istilah itu nampak simple dan biasa, sebaliknya ia cukup mendalam dan ada makna yang berbeza. Istilah yang dihasilkan mungkin tidak diketahui sesiapa, melainkan orang yang benar-benar hidup dengan cara menulis, atau mengetahui keadaan dan peristiwa yang berlaku kepada diri penulis.

Dari segi istilah, perkataan tahu apa yang ditulis dan mahu apa yang ditulis, atau ‘menulis’ dan ‘penulis’  sudah ada makna tersirat yang berbeza. Cuba cari maknanya jika bijak dan pandai.

Continue reading →