Kaya itu Bahagia?

Perkara ini bunyinya seperti normal pada masyarakat kini. Berkata tentang kekayaan dan kemewahan, pasti ramai yang ingin memiliki. Tidak kira yang masih remaja atau yang sudah dewasa, sehingga ke tua bangka pasti akan teringin di hati ingin mengecapi nikmat kekayaan.

Kekayaan melambangkan kemewahan. Kemewahan menjanjikan kesenangan. Itu prinsip mudah bagi semua orang untuk mengerti betapa bernilainya keinginan memiliki kekayaan.

Suatu hari pernah menghadiri suatu seminar tentang suatu produk jualan secara langsung. Sedang si moderator yang telah menjadi orang terkaya dan terhebat dalam syarikat ini bertanya kepada para peserta, “siapa yang tidak ingin menjadi kaya?” “Siapa yang ingin menjadi jutawan?”

Pasti para peserta yang hadir akan mengakui akan perihal yang ditanyakan oleh si moderator. Kekayaan dijadikan asbab utama untuk menghadiri seminar tersebut. Bagi kebanyakan peserta, mewah dengan kewangan di samping hidup sentiasa berduit akan menjanjikan kesenangan yang berpanjangan.

Walau tidak diluahkan melalui tindakan, hati telah mengakui itu adalah kepastian.

Tetapi, benarkah kekayaan itu menjamin kebahagiaan?

SUATU KISAH

Kisah ini berlaku di suatu wilayah.

Ada seorang lelaki yang sangat ingin untuk bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Ketika hayatnya, dia sentiasa berdoa kepada Tuhan agar menemukan dirinya dengan Nabi Khidir a.s.

Sehinggalah pada suatu hari, Allah memakbulkan doanya. Dia ditemukan dengan nabi Khidir dengan keizinan dari-Nya. Lantas bertanya Nabi Khidir, “sekarang aku sudah berada di hadapanmu. Katakan, apakah yang engkau inginkan daripadaku?”

Berkata lelaki tersebut, “wahai Nabi Khidir yang mulia. Aku ada suatu permintaan yang mohon engkau  doakan buatku kepada Tuhan. Keinginan ini telah lama terpendam dalam sanubariku. Tetapi masih tidak tercapai sehingga sekarang.”

“Apakah dia?”

“Begini. Aku sangat ingin menjadi orang kaya. Orang yang sangat kaya dan memiliki pelbagai kemewahan. Dengan kemewahan yang diberi, tentu aku akan berasa lebih bahagia dari kini.”

Nabi Khidir menjawab, “kalau begitu, engkau pergilah mencari seorang yang sangat kaya. Pergilah berjumpa dengannya. Bertanyakan kepadanya segala yang engkau inginkan. Dan terangkan kembali kepadaku segala sifat yang wujud padanya yang engkau inginkan. Pergilah.”

Dengan serta merta, lelaki tersebut terus bergerak ke seluruh wilayah perkampungannya untuk mencari lelaki terkaya yang dia teringin menjadi sepertinya. Setelah beberapa lama, dia bertemu dengan seorang lelaki dewasa yang lagaknya seperi orang kaya, dan mempunyai pelbagai kemewahan yang sangat menakjubkan pada pandangannya.

“Adakah kamu orang yang terkaya di sini?”

“Tidak. Ada seorang lagi yang lebih kaya dan sangat mewah daripadaku. Dia tinggal di hujung kawasan ini.” Jawab lelaki kaya tersebut.

Lelaki itu terus berjalan lagi dan bertemu lelaki terkaya yang dimaksudkan. Memang benar kata-katanya. Dia mempunyai beberapa bidang tanah yang luas, pelbagai kenderaan mewah, ramai pekerja, rumah yang tersergam indah, dan seorang isteri yang sangat cantik dan jelita. Segala nikmat dunia bagaikan dimiliki olehnya.

“Lelaki inilah yang aku cari-cari selama ini,” kata lelaki tersebut dengan girangnya di dalam hati.

Tanpa berlengah masa, dia terus berjumpa lelaki terkaya itu. “Adakah kamu orang yang paling kaya di wilayah ini?”

“Ya,” jawabnya. “Kenapa bertanya begitu?”

“Aku ingin sangat menjadi seperti kamu. Tolonglah benarkan aku mengetahui apakah yang engkau perolehi dan berapa banyakkah harta kekayaan yang kamu  miliki.”

Terdiam lelaki terkaya tersebut. Setelah beberapa ketika dia berkata, “wahai anak muda. Janganlah engkau terlalu mengagung-agungkan kekayaan dan kemewahan yang aku miliki. Dia tiada apa-apa nilainya lagi buat diri aku sendiri.”

Terkejut besar lelaki itu. Begini punya kekayaan tiada nilai katanya? Sedangkan lelaki itu beranggapan segala nilai dan kesenangan wujud apabila di dalamnya. Apakah yang sebenarnya terjadi?

“Dengarlah cerita aku dahulu wahai anak muda. Kemudian engkau fikirlah kembali kata-kataku dan hajat kamu ke mari dan mencariku di sini.”

“Seperti yang engkau lihat sekarang, aku memiliki pelbagai jenis kemewahan dan kekayaan. Segala yang wujud di atas dunia ini bagai aku telah memilikinya sekarang. Rumah yang indah, keluarga yang ramai, isteri yang cantik jelita, tanah yang luas, perkerja yang ramai dan sebagainya, semuanya ada di dalam tanganku sehingga kini.”

“Suatu hari, isteri yang aku cintai selama ini jatuh sakit. Dia sakit dengan sangat teruk dan terlalu lama kesakitannya itu terjadi. Semakin hari semakin teruk. Wajahnya kelihatan begitu pucat dan tubuhnya menyusut dengan sangat cepat. Aku terlalu gusar dan bimbang dengan keadaannya. Dialah isteri aku yang paling aku cinta dan sayang di dunia ini. Tiada yang lain daripadanya bagi diriku.”

“Setelah agak lama keadaanya sebegitu, dia mengadu kepadaku. “Wahai suamiku. Sekiranya aku meninggalkan dunia ini pasti engkau akan mencari wanita yang lebih cantik dan jelita daripadaku. Lebih baik dan sebagainya lagi berbanding dengan aku. Harta kamu banyak ,kamu mampu untuk memberikan segala-galanya.Kelak, engkau akan melupakan aku dan meninggalkan aku sendirian di dalam kubur sahaja.”

“Aku menafikan sekeras-kerasnya. Aku menyatakan dengan bersungguh-sungguh akan dia yang paling aku sayang dan aku cintai dalam hidupku. Tiada wanita yang lain dalam hatiku selain daripada dia. Sebagai bukti kesetiaan dan kecintaan aku padanya, aku sanggup potong kemaluan sendiri.”

“Setelah beberapa ketika kemudian, isterinya kembali sihat. Semakin hari semakin sihat dan cergas semula seperti sedia kala.Malangnya, kesihatan dia bukan membawa kegembiraan kepada diriku, sebaliknya penuh dengan kehinaan dan kebencian kepadaku. Segala-galanya hancur dan musnah. Kesetiaan yang selama ini aku harapkan, rupa-rupanya hanyalah angan-angan kosong buat diriku sendiri.”

“Aku benci dengan semua pekerja yang aku ada di sini. Harta kekayaan yang aku miliki tiada nilai buatku kini. Aku tidak rasa apa-apa kesenangan dan kebahagiaan dalam diriku, walaupun orang ramai melihat aku tersenyum kagum akan kemewahan aku miliki. Hidup aku kini kucar kacir, tidak tenteram dan penuh dengan kebencian.”

“Isteri aku kini baru aku sedari adalah isteri yang hina dan zalim. Dia bukan isteri yang baik walau wajahnya cantik dan sebagainya. Wahai pemuda, ketahuilah. Anak-anak yang ramai yang engkau lihat sekarang ini bukanlah anak aku sebaliknya anak haram hasil hubungan zina isteriku selama ini dengan para pekerjaku. Mereka telah melakukan perkara ini sejak lama sebelum aku menjadi begini lagi.”

“Aku berpesan kepada engkau, wahai lelaki. Janganlah engkau berkeinginan untuk memilki kekayaan yang hanya indah dan serba mewah depan matamu. Engkau tidak pernah ketahui apa yang terjadi di belakangmu. Apa yang wujud di sebalik itu. Sudahlah. Berhentilah berfikir dan berkeinginan untuk menjadi sepertiku. Cukuplah engkau dengar dan ambil pengajaran akan kisah sebenar dalam hidup aku kini.”

Terkesima lelaki tersebut. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi. Dia melangkah pergi meninggalkan lelaki kaya itu, dan bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Maka, Nabi Khidir bertanya kepadanya apakah yang  dia inginkan dan terangkan sifat-sifatnya agar baginda boleh berdoa kepada Tuhan.

Dengan lapang dada, lelaki itu hanaya berkata, “cukuplah Nabi Khidir a.s. Tiadalah gunanya aku menjadi kaya sekiranya hidupku nanti penuh derita dan gelisah sentiasa. Doakan sahaja aku sentiasa bersifat qanaah dan sederhana dalam memenuhi keperluan yang ada.”

PENGAJARAN.

Kesedaran dan keinginan untuk menjadi kaya bukanlah suatu halangan. Jadilah ia jika ini suatu impian. Tidak semua manusia mempunyai hati dan fikiran yang sama, ada yang lebih suka hidup bersederhana, ada yang suka hidup mewah dan senang sentiasa, ada juga yang mengimpikan hidup kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang.

Pelbagai ragam manusia, pelbagai lagak dan tingkah lakunya. Dunia ini dipenuhi pelbagai peristiwa, hanya manusia yang tidak pernah ambil peduli, risau dan gelisah hanya mengenai dia atau keluarganya.

Tetapi, beringatlah. Walau sesiapapun anda, bagaimana carapun hidup anda, janganlah hanya menjadikan kepentingan duniawi sebagai matlamat dan impian. Sekiranya kekayaan itu adalah keinginan, biarlah hanya berada pada sifat luaran, bukan tertusuk utuh dalam hati. Apabila telah terpaut hati ingin meraih harta dan kekayaan, penyakit hati akan merebak dalam diri anda. Sombong, ta’ajub, riyak, tamak, sum’ah dan sebagainya akan tertanam dan menjalar dengan sendiri dalam diri dan tertanam dalam hati.

Tetapi, apabila kekayaan itu hanyalah sifat luaran, ia tidak menjadikan diri tidak terpengaruh dengan kekayaan yang dimiliki. Sekiranya dilimpahi keuntungan yang berganda pada hari tersebut, tidak dilupakan kepada orang yang lebih memerlukan, mencari jalan untuk menuju dan kembali kepada Tuhan. Sekiranya kekurangan yang menimpa pada hari tersebut, tidak meracau dan maki hina orang di sekelilingnya. Muhasabah diri, mencari mana yang tersalah dan terkurang dalam amalan dan tingkah lakunya. Koreksi dan menegur diri dan masyrakat sekeliling akan kemungkinan kesalahan dan kemurkaan Tuhan telah dilakukan oleh diri dan sesama mereka.

Ad-din yang mulia bukanlah penghalang mencari erti hidup senang dan dilimpahi nikmat kekayaan. Tetapi, berpada-pada dalam mencari sumber rezeki, dan berupaya meninfakkannya kembali. Biarlah kekayaan itu menjadikan manusia berasa semakin rendah diri, bukan semakin bongkak dan menunjuk-nunjuk kelebihan diri. Biarlah jua kekayaan itu bukan dimasukkan ke dalam hati, cukup sekadar ia kurniaan Ilahi.

Abdurahman bin Auf bukan sahabat yang berjuang untuk meraih kekayaan. Saidina Uthman r.a. bukanlah menjadi kaya untuk diraih segala keuntungan.

Mereka sentiasa menginfakkan harta yang dimiliki kepada ad-din yang suci. Mereka sedia berkorban harta dan jiwa kerana semata-mata mencari jalan untuk menuju firdausi.

Buat pengajaran terakhir, ketahuilah. Ujian kesenangan itu lebih besar dari ujian kesusahan. Betapa ramai yang kufur kepada Allah kerana kemewahan yang dikecapinya daripada orang yang kufur kepada Allah kerana kesususahan yang dialaminya?

Dari Abdullah bin Zubair r.a berkata, wahai manusia! Sesungguhnya Nabi s.a.w pernah bersabda: kalaulah anak Adam ini diberi satu lembah daripada emas nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang kedua. Dan sekiranya diberi lembah kedua nescaya dia berkeinginan untuk mendapatkan lembah yang ketiga. Dan sentiasa tidak akan merasa cukup perut anak Addam ini kecuali dipenuhi dengan tanah (kubur). Namun satu rahmat terhadap hamba-Nya, yang dari mencintai dunia kepada mencintai Allah (Azza wa Jalla). (HR. Bukhari)

Persoalannya, kebahagiaan itu sebenarnya terletak di mana?

————————————

Jawapan: Kerana Yuna telah dikenali ramai akan kehebatannya memanjat pokok kelapa. Keupayaannya tidak asing lagi berkaitan dengan dirinya. Semua orang pun tidak boleh mempertikaikan kehebatannya lagi. Jadi, timbullah keyakinan oleh orang ramai akan keupayaannya sekiranya disuruh sekali lagi pergi memanjat pokok kelapa.

Tetapi, orang ramai tidak pernah melihat Yuna memetik buah dari pokok tersebut. Hanya sekadar memanjat. Kerana tidak pernah dilihat orang akan keupayaan yuna memetik buah kelapa, mereka tidak yakin akan keupayaan yuna untuk memetiknya apabila disuruh orang secara tiba-tiba untuk melakukannya. Mereka hanya boleh percaya yuna boleh melakukannya berdasarkan kepada keupayaannya memanjat pokok kelapa.

Oleh itu, keyakinan akan datang setelah segala bukti telah nyata dilihat, didengar dan dirasai oleh mata, telinga dan seluruh anggota. Sebaliknya, mereka tidak akan yakin, mungkin hanya sekadar mempercayai akan sesuatu perkara akan terjadi.

Dek kerana itulah, keyakinan (bukan sekadar percaya) paling terbesar adalah meyakini akan kebenaran perkara yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera, iaitu keyakinan pada perkara ghaib seperti kiamat, syurga, neraka, mizan, titian sirat, dan sebagainya. Keyakinan ini bukan hanya keyakinan biasa oleh pandangan mata manusia, tetapi melalui keyakinan yang wujud atas dasar yang kukuh, iaitu iman dan takwa. Sebagaimana akan firman-Nya yang Maha Mulia bermaksud:

“Allah yang menurunkan kitab (al-Qur’an) dengan (membawa) kebenaran dan neraca (keadilan). Dan tahukah kamu, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat?”

“Orang-orang yang tidak percaya adanya hari kiamat meminta agar hari itu segera terjadi, dan orang-orang yang beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahawa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang-orang yang membantah tentang terjadinya kiamat itu benar-benar tersesat jauh.”  (Asy-Syura’: 17-18)

Walaupun sebegitu, mendapat keyakinan yang tinggi akan sesuatu perkara yang ghaib, yang pastinya telah dijanjikan dan ditetapkan oleh Allah s.w.t, bukanlah semudah menyatakan terus “aku beriman”.  Keyakinan ini ada dugaan dan musuh yang nyata serta paling benci dengan orang yang beriman, iaitu syaitan yang dilaknat selama-lamanya oleh Allah Azza wa Jalla. Syaitan dan Iblis akan menggoda dan menghasut manusia supaya meragui akan janji-janji yang telah ditetapkan olehnya, dan hanya melihat tidak berbuat apa-apa. Tetapi, apabila ketetapan itu terjadi, manusia yang meragui akan janji-janjinya terpinga-pinga malah menyesali akan kelalaian dan menjauhkan diri dari meyakini dan beriman akan perkara tersebut.

“Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan janji (Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah; dan penipu (syaitan) datang memperdaya kamu tentang Allah.”  (Al-Hadid: 14)

Sesungguhnya, benarlah Allah s.w.t yang Maha Mengetahui dan Maha Menentukan segala-galanya pada setiap penciptaan-Nya di dunia ini. 🙂

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: