Islam adalah Ad-dinku

Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera  ke atas Baginda Utusan Allah yang mulia, Muhammad s.a.w bersama ahli keluarganya dan para sahabat baginda yang diredhai Allah.

Hari ini cuma artikel pendek oleh sang penulis (sesiapa yang tidak berpuas hati, jangan beritahu). Hari ini ingin mengintroduce satu website baru. Masih baru dan segar lagi. Still new in our marketing now.

Baru-baru ini pengendali blog ini baru sahaja menjamah muka untuk meneliti website yang still new and fresh ini. Cuba melihat dan meneliti mana yang mungkin. Setelah didaftarkan sedikit informasi, cuba menyesuaikan diri dengan aplikasi dan funtions yang disediakan dalam website tersebut.

Picit sana, picit sini, ada dua tiga patah perkataan yang sudah cuba ditulis dalam website tersebut. Tak banyak, adalah sedikit. Sekadar test power. Mana tahu tiba-tiba meletup ketika sedang menulis…

Ingin bercerita bagaimana funtions dan aplikasi yang ada, penulis blog ini tidak pandai nak beritahu, sebab tidak beberapa mahir bab IT-IT ini. Nak kena buka kitab dan buku-buku tebal dulu baru boleh bagitahu. Jadi, kepada mereka yang ingin tahu kehebatan dan kelebihan website ini, boleh bertanya sendiri kepada si hacker webmaster ini. Itu pun kalau beliau sedia untuk melayan kerenah anda.

Tetapi, yang paling digemari ialah hiasan title terbaru yang telah dilihat. Cukup baik dalam design dan pengolahan seni khat aka photoshop (kot). Kekreatifan si penggodam, eh salah, si pereka cipta website tidak asing lagi ketika ini. Maka, penjelmaan title yang indah ini mungkin telah menjadi satu kebolehan yang tersendiri dalam fikiran si penggodam (eh salah lagi!) pereka cipta website tersebut. Daku nak tabik spring kepada web designer kerana menyediakan dan mencipta satu lagi title yang cantik itu. (siapa, angkat tangan!🙂 )

Dan, si webmaster turut memerlukan bantuan dan sokongan kepada sesiapa yang ingin membantu. Boleh bertanya kepadanya sebarang keperluan ataupun syarat untuk menjadi sebahagian daripada ahli majlis atau pembantu dalam pembangunan website ini.

Ada juga, sesiapa yang nak buat pengiklanan boleh memohon kepada penyelia tersebut. Harga atau sebarang pertanyaan boleh berunding lagi dengannya.

Apa-apapun, kepada sesiapa yang berani memerhati dan mengunjungi blog yang kerdil ini, dijemput beramai-ramai bertandang dan menyebar luaskan kepada teman taulan yang lain (minta maaf, tak ada nasi beriani). Ia sangat baik dijadikan sebagai medium dakwah di masa kerosakan ummah pada masa sekarang. Dengan lambakan website propaganda yahudi dan kristian, dan berjuta-juta website lain yang entah apa-apa (tak temasuk saifulislam. com), lebih baik anda menghulurkan tangan dan otak untuk membina idea di samping menyumbang saran dalam website ini.

Sebelum penutup bicara ringkas ini, daku ingin lagi menyampaikan peringatan di zaman kemusnahan ini. Ketika manusia sentiasa menongkak ke langit yang indah, jangan dilupakan tanah yag sentiasa dipijak-pijak. Tanpa tanah yang serba kotor dan gelap warnanya itu, ia yang menjadikan anda boleh mendongak dan memacu kaki sehingga ke langit.

Hidup ini perlu adanya pengorbanan dan susah payah. Pelbagai ragam dan hinaan manusia adalah suatu dari peristiwa yang pastinya menjadi sejarah. Menyediakan dakwah dalam pelbagai cara dan kaedah, jangan dilupakan siapa diri, dan siapa Rasulullah s.a.w. Baginda menyampaikan dakwah dengna penuh pengorbanan dan susah payah, meniti jalan yang serba penuh tohmahan dan hinaan, di samping pelbagai dugaan dan celaan dari musuh-musuh yang mendatang. Ziarah baginda s.a.w ke setiap rumah dan penjuru jalan hanyalah kerana satu perkara, iaitu dakwah. Mengajar dan menyeru manusia untuk bertauhidkan Tuhan yang Esa, Allah s.w.t, dan menafikan makhluk-makhluk lain sebagai pencipta. Dialah Allah, Dialah Tuhan yang layak dan wajib disembah.

Rasulullah sebagai utusan yang mulia. Rasulullah junjungan kasih yang sangat mulia buat diriku yang lemah ini. Daku mengucapkan selawat kepadamu, ya Rasulullah, moga-moga daku dan dia di kalangan umatmu yang engkau redhai…

Sebagai penutup kepada pengiklanan yang tak mengharapkan sanjungan ini, daku sebagai salah seorang pengunjung yang tidak setia dan serba tak kena (mungkin) kepada website tersebut, ingin merasmikan (eh salah lagi.. ) mengistiharkan website yang bakal meyandang gelaran pemusnah akaun bapa dan datuk serta anak menakan yahudi aka facebook and twitter perosak umat Islam, isla.my.

 

 

 

 

 

 

 

Jangan lupa bagitahu yang lain. Termasuk kepada iluvislam yang sememangnya pujaan ramai orang Islam, dan di entah mana-mana website ada lagi.

-jangan harapkan apa-apa ya! –🙂🙂🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: