Buatmu ya Rasulullah…

 

Ya Rasulullah

Daku baitkan kalam yang lemah ini buatmu

Moga-moga kami dalam lingkungan umat yang sentiasa  dirindui olehmu.

Suatu ketika

Fatimah menangis akan kepulanganmu

Kotoran, najis dan debu jalanan

Mengalir air matanya

Sebak di nafasnya

Tanda kasih ikhlas kepadamu

Tidak sanggup kehinaan menimpa buat ayah tercinta

 

Suatu ketika

Engkau direjam, dimaki dan dihina

Dirimu dicerca, dipukul dan ditentang dengan senjata

Ancaman dan pembunuhan

Kutukan dan celaan

Silih berganti

Menentang teguh sahabatmu yang diredhai

 

Suatu ketika

Jibril sebak keadaanmu

Ingin dihulurkan balasan

Tidak sanggup dilihat engkau sedemikian rupa

Sedih dan pilu

Marah dan murka akan si durjana

Tetapi

Engkau sentiasa tabah

Agungnya kasihmu pada mereka walau tanpa ikatan saudara

Mendoakan di suatu masa

Subur dan damai tanahnya

Patuh dan taat si jahil dan murka

Kepada Allah Azza wa Jalla

 

Tabahnya dirimu

Sabarnya hatimu

Tidak pernah mengenal putus asa

Tidak mengenal lelah dan alpa

Diseru dari rumah ke rumah

Dari Makkah ke Madinah

Sanak saudara

Pemimpin dan pembesar istana

Tujuanmu hanyalah satu

Bertauhidkan Tuhan Yang Maha Esa

 

Wahai Utusan Allah

Kami semakin jauh

Berkurun dikau meninggalkan kami

Kegemilangan buat ad-din yang diredhai

Kegembiraan buat para awwalin dan mujahidin

Pahir getir perjuangan menyebarkan wahyu Allah

Menahan cercaan dan permusuhan si musyrikin Makkah

Besarnya pengorbananmu, ya Rasulullah

Menegakkan kalimah Maha Keagungan-Nya,

Allah s.w.t

 

Wahai Rasulullah

Ketika ini

Sunnahmu

Pengorbananmu

Jasamu

Hanyalah mampu kami dengar melalui cuping kecil telinga

Sirahmu

Hanya terpampang di atas pena ahli sejarah

Teladanmu

Hanya berputar di atas mata yang lemah

Terlalu leka dan alpa

Tiada pengaruh dan kesan dalam kehidupan

Pengorbanan dan kesabaranmu menyebarkan agama Allah

Sukar dihadam dan menjadi ikutan

 

Kini

Kata-katamu adalah benar

Islam kembali dagang

Dakwah kembali menjadi asing

Pengorbananmu bagai tiada nilainya

Kewujudanmu hilang dibayangi hiasan dunia

Ramai umatmu

Malangnya

Ramai lagi cintakan dunia

Dari mengenali engkau seorang Rasul dan Nabi yang mulia

 

Akan muncul suatu masa

Mereka yang mengembalikan kegemilangan syiar Islam

Bangun dari tidur yang lena

Sedar dari alpa dan leka

Menghargai dan meneladani

Sukar dan perit

Korban dan jasamu

Mereka sayangkan dirimu

Mereka mentaati perintah Allah dan dirimu

Mereka kasih akan dikau

Berbangga di kalangan umatmu akhir zaman

 

Buatmu Utusan Allah

Kala sepi sinar fajar keesokan hari

Moga-moga kami sentiasa berpayung di bawah landasan sunnahmu,

Muhammad bin Abdullah

Ya Habibullah

Semoga syafaatmu menaungi kami

Semoga pengorbananmu sebahagian dari tujuan hidup kami

 

Buatmu wahai diri

Sekiranya tersimpan sesuatu di hati kecilmu akan ungkapanku,

Ketahuilah

Peribadi jasad tidak pernah ada nilainya di sisi Tuhanku

Bagi-Nya

Mereka yang teragung dan termulia

Hanyalah hamba-hamba-Nya

Yang beriman dan bertakwa

Jadilah manusia yang bergelar hamba Allah

Bukan manusia yang mengejar dunia dan menjauhi fitrah

 

sudah lama ya … 🙂 masih seperti dulu 🙂 🙂 . Semoga sentiasa tersenyum dan sihat sejahtera.

-teringin nak hantar artikel di sana. Insya-Allah, bila rasa ringan tangan tentu akan salurkan

– Jaga kesihatan 🙂 banyakkan makan makanan berkhasiat dan minum air suam. Pastikan tidur dan rehat yang cukup. Sentiasa tenangkan fikiran, dan kurangkan bebanan. Berzikir, selawat, baca al-Qur’an dan mengharap sentiasa kepada-Nya.

-segan…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: