Peranan Musuh Islam dengan Kemusnahan Alam

Perkara yang berlaku di dunia kini telah lama diperhatikan. Bermula dari kejatuhan empayar Islam sehingga tertegaknya kuasa besar musuh Islam menguasai dan mentadbir dunia, peristiwa demi peristiwa makin banyak berlaku di mana-mana pada bila-bila masa.Ia tidak lagi menjadi asing dan makin menjadi-jadi.

Pelbagai amaran dan risikan telah dilakukan. Tetapi manusia tiada daya upaya untuk menolaknya. Bencana demi bencana belaku pada sekian masa yang tiada sesiapa boleh menentukan. Sekiranya ia berlaku kerana suatu kekurangan yang telah lama wujud, kebarangkalian berlaku sesuatu bencana  itu boleh diambil kira sebagai faktor setempat yang ada. Seperti mana bencana yang berlaku pada musim tengkujuh di kawasan Pantai Timur Malaysia. Saban tahun akan berlaku, kerana kawasan yang bertempat di angin Monsun Timur Laut, dari Laut China Selatan tentu akan terkena tempias perubahan cuaca tersebut. Maka, manusia boleh menjangkakan kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam jangka masa tersebut.

Malangnya, kini makin sukar manusia membidik sesuatu kejadian yang tidak diingini akan terjadi. Perangkaan manusia mengatakan sesuatu perkara akan terjadi semakin tidak menentu pada masa ini. Ia bagaikan menanti saat, apabila telah tiba tiada sesiapa mampu untuk menghalangnya.

Peristiwa demi peristiwa yang menimpa dunia tidak kira atas nama tingkah laku manusia, perubahan iklim dunia, atau bencaan alam yang menimpa, menggambarkan sesuatu kerosakan besar semakin mendekati dunia. Kejadian demi kejadian yang berlaku pada tahun-tahun yang mendatang, mencetus suatu penilaian yang tidak baik akan berlaku pada masa akan datang yang tidak ada dalam diari hidup manusia.

Lupakan seketika pada strategi manusia yang mengidam-idamkan dunia keamanan. Lupakan seketika perancangan manusia ingin mencari kedamaian dan kesenangan dengan pelbagai pembaharuan, kemewahan, dan hiburan. Lupakan seketika segalajenis teknologi ciptaan manusia yang sentiasa bangga-banggakan.

Pandang seketika pada setiap utusan Tuhan yang datang pada sesuatu umat. Lihat seketika mengapa mereka menjadi utusan Tuhan untuk menyebarkan kalam kebenaran dan menjauhi kebatilan.

Sejak dari nabi Adam sehingga ke nabi Muhammad s.a.w, tiada satu pun nabi yang tidak pernah melupakan umatnya tentang peristiwa akhir zaman. Tiada Nabi yang tidak pernah mengajar umatnya mengejar dan mentadbir dunia sehingga melupakan Tuhan. Dan, tiada Rasul yang mementingkan dirinya sendiri serta keperluannya sahaja dipenuhi seperti umat akhir zaman.

Jangan dipertikai isu siapa yang membuat propaganda, siapa yang menyebarkan permusuhan sesama manusia. Jangan ingin dipersalahkan manusia yang lain walaupun sememangnya dia yang menjadi dalang segala pertelingkahan yang berlaku kebelakangan ini.

Buka mata untuk memandang sedetik demi sedetik kejadian di dunia. Buka mata seluas-luasnya. Setiap kejadian yang berlaku di atas dunia ini menandakan sesuatu yang makin menghampiri. Ia mungkin tidak berlaku dalam setahun dua, atau lima tahun akan datang, kerana jangkaan masa manusia dengan penciptaan alam semesta adalah berada dalam dimensi yang berbeza.

Tetapi, yang pasti, peristiwa kiamat semakin menghampiri titiknya. Kemusnahan luar biasa semakin maju membuka tirainya. Manusia dan alam tidak akan mampu lagi melawan takdir yang telah ditentukan oleh-Nya.

Sebelum diperluaskan isu ini, bukannya diri ini ingin menakutkan sesiapa. Bukannya diri ini ingin membuatkan manusia berasa sia-sia apa yang telah diusahakan di dunia. Malah, mereka yang mencintai kemewahan dan hiasan duniawi sahaja akan berasa gerun untuk mendengar rentetan kisah kejadian ini.

Ini merupakan peringatan supaya manusia yang alpa dan sedar sedar dari tidurnya yang telah lama. Tidur di atas tilam yang empuk dan buaian nafsu yang sentiasa melengah-lengahkannya dari mentaati perintah Allah s.w.t. Alpa dengan kemewahan dan pemberian nikmat yang mewah tetapi hakikatnya hanyalah pinjaman yang sementara.

Oleh itu, wahai umat yang masih lagi mampu melihat matahari pagi hari di arah timur dan terbenam ke arah barat, mari kita selusuri satu persatu kisah dan peristiwa yang berlaku di dunia ini pada masa ini. Buka sehelai demi sehelai lembaran usia dunia yang telah direncanakan oleh Tuhan yang Maha Mengetahui.

Kebangkitan paksi sekular mula menguasai dunia setelah kejatuhan empayar Uthmaniyyah di Turki menandakan generasi Islam akan dipijak pada masa akan datang. Segala propaganda dan doktrin Yahudi dan Nasrani atau Kristian akan semakin mudah merajai dan mula mendapat tempat di atas hati umat Islam.

Kamal Attartuk sebagai pemimpin kilat selepas kejatuhan empayar Uthmaniyyah adalah permulaan kesesatan kepada perjuangan dan matlamat utama kejayaan ummah dan tujuan pemerintah memegang institusi kekhilafahan. Semangat cintakan negara, pelbagai revolusi dan perubahan untuk menolak agama sebagai panji utama dalam kehidupan mula disebarkan.

Setelah tertegaknya senandung Barat sebagai pemerintah dunia, tiada lagi manusia yang sedia ingin berjuang untuk mempertahankan agama serta saudaranya. Barat tidak perlu lagi memainkan peranannya melalui senjata setelah tamatnya perang dunia kedua. Mereka hanya cukup sekadar menyerang negara yang lain termasuk umat Islam hanya melalui ideologi, psikologi, saraf dan nadi manusia. Mereka telah lama meracuni umat Islam melalui serangan dalaman sebelum ditusuk senjata sebagai agenda luaran atau strategi tambahan.

Kini, Islam telah lama meninggal dari hati umatnya sendiri walaupun ia bukan lagi agama yang asing dan sulit untuk dikenali oleh mana-mana manusia ketika ini. Islam yang lahir dalam diri umatnya hanya sebagai agama warisan, bukan lagi anutan wahyu daripada Tuhan. Umat Islam mati dari menjunjung diri kalimah yang mulia dan mula memnuhi diri dengan kepentingan nafsu dan dunia semata-mata. Islam hanya gah atas namanya sahaja bukan menjadi amalan para umatnya.

Masjid, dewan, ilmuan, malah bangunan yang dibina seperti cendawan lepas kena hujan di akhir zaman ini. Ia bukan lagi dicpta untuk bersama-sama membangunkan ummah, strategi dakwah, dan niat untuk peribadatan kepada Allah s.w.t, tetapi untuk mencipta kemegahan di mata manusia dan dunia, menjadi institusi perlancongan, dan supaya semua orang mengenali kehebatan dserta kemewahan yang dia miliki dan ingin dipertontonkan.

YAHUDI DAN NASRANI DALAM AGENDA AKHIR ZAMAN

Tetapi, perkara terbesar yang umat Islam kini tidak pernah sedar dan ambil peduli ialah Islam adalah satu-satunya ad-din yang diredhai Ilahi. Islam sahaja yang boleh mengembalikan kegemilangan dan i menyelamatkan umatnya.umatnya. Ad-din Islam sahaja yang boleh mengembalikan keamanan pada dunia.

Kerana perkara inilah, dari sejak kejatuhan empayar Uthmaniyyah sehingga kini golongan cerdik pandai dan ilmuan yahudi dan nasrani tidak pernah lepas tangan dari menghancurkan perkataan aku ialah muslim, beriman kepada Allah yang Maha Esa dan Muhammad itu pesuruh Allah dari dalam hati semua orang Islam tidak kira berada di mana-mana dan bagaimana situasi hidup mereka. Golongan ini telah lama merencana agenda tersembunyi melalui prinsip-prinsip kemusnahan dalaman, bukan luaran dari setiap hati orang Islam. Malah, perkara yang paling umat Islam kini sememangnya jahil dan tidak pernah mengetahui ialah orang Yahudi dan Nasrani yang sememangnya dari dulu sehingga kini mengetahui Islam itu adalah agama yang benar dan mereka adalah golongan yang sesat, tidak pernah berdiam diri dari merosakkan hati dan keyakinan mereka dari meluruskan jalan di atas naungan semata-mata kerana Allah.

Kesannya, umat Islam tidak lagi meyakini Allah itu sebagai Tuhan Yang Maha Menciptakan. Umatnya sendiri tidak lagi meyakini dakwah Muhammad s.a.w itu menjadi petunjuk seluruh alam.

Ditusuknya jarum hidup setiap manusia untuk dunia. Disulam dengan racun cintakan harta dan pelbagai kemewahan yang ada yang menjadi miliknya.

Pelbagai doktrin dan propaganda tersembunyi telah lama disebarkan. Prinsip 3S, illuminati, freemason, antichrist, non religion, liberalisme dan sebagainya adalah agenda tersembunyi mereka yang tidak manusia ingin peduli siapa yang menjadi punca. Mereka mengucar kacirkan akidah, mereka memecahbelahkan kesatuan ummah, dan mereka mencipta pebagai persoalan falsafah, agama, dan teologi hidup manusia. Mereka mengajar manusia untuk sentiasa mengejar sifat-sifat dunia dan menganggap kehidupan akhirat sebagai khayalan minda semata-mata.

Strategi mereka cukup mudah. Mereka hanyalah bagaikan masterkey, yang menjalankannya adalah UMAT ISLAM itu sendiri. Dibukanya suatu perkara, umat Islam yang akan menyebarkannya. Dihidup suatu misi, orang Islam sendiri akan menjadi agen-agennya.

Tidak perlu heboh perikatan Mossad atau CIA, saraf dan minda umat Islam kini hanya berada di hujung jari mereka. Mereka telah lama mengawal hati, minda dan saraf manusia yang janggalnya tiada orang sedar. Sekiranya sedar sekalipun tidak orang ingin menjauhi.

Mereka kejar dan rosakkan akidah umat dari hujung kepala sehingga hujung kaki. Dari bangun tidur sehingga mati. Mereka bukan jahil dan bodoh dalam memahami pegangan al-Qur’an dan as-Sunnah, malaha mereka lebih mahir dan bijak dari cendiakawan Islam sendiri.  Pendeta yahudia dan nasrani telah lama mengkaji akan kedua-dua sumber pegangan umat Islam  ini. Mereka amat mengetahui Islam hanya akan berjaya sekiranya mereka bersatu dan berjuang atas nama agama. Mereka adalah satu-satunya tamadun manusia yang akan membangun apabila sama-sama berjuang menegakkan kalimah Lailahaillah Muhammadarasullah. Apabila akidah umat Islam menjadi benteng yang kukuh, tiada apa lagi senjata yang boleh merobohkan perisai keyakinan atas paksi kejayaan umat Islam di dunia ini mahupun di akhirat kelak.

APA KAITAN DENGAN KEMUSNAHAN ALAM?

Sebenarnya, kemusnahan alam tidak ada kaitan langsung dengan para pendeta dan cendiakawan yahudi dan nasrani. Mereka tidak mampu memutar alam dan memecah bumi walau sedikit pun, malah ingin menumbuhkan sepohon pokok pun bukan atas kecerdikan dan keupayaan mereka untuk melakukannya. Yahudi dan nasrani aka kristian tidak pernah merancang untuk mencipta gempa bumi pada hari-hari tertentu, atau banjir tsunami pada tempat-tempat tertentu.

Tetapi, ia adalah peringatan secara langsung daripada ALLAH Azza wa Jalla. Peringatan di atas pelbagai peristiwa dan tingkah laku manusia. Antara asbab utama bencana atau bala yang menimpa bumi saban kini adalah kerana kejahatan dan kehinaan manusia sendiri. Dia telah menyatakan memurkaan-Nya ­akan kelancangan manusia hidup di atas dunia. Dia telah membinasakan manusia yang semakin bongkak dan sombong menjadi ahli dunia. Serba serbi maksiat dan kemungkaran sering kali terjadi. Jijik dan busuk cara manusia membalas setiap nikmat, nyawa dan kesejahteraan yang dikuniakan kepada mereka selama ini. Dia telah menyebarkan amaran demi amaran bahawa kerosakan terbesar akan memulakan tirai permulaannya.

Permulaan sebuah perkembangan penceritaan telah disebarkan. Dunia ini hanya akan aman sekiranya umat Islam kembali hidup menegakkan kalimah dakwah dan menyebarkan ­ad-din diakukan oleh semua umat tiada yang terkecuali sehingga ke sepelusuk alam. Dunia ini hanya akan sejahtera sekiranya semua uamt Islam taat dan patuh perintah Allah dan Rasul-Nya, menjadikan amar ma’ruf nahi mungkar sebagai kerja utama dan yakin sepenuhnya setiap kejadian hanay akan berlaku atas izin daripada-Nya.

Tetapi, keamanan yang diharap-harapkan itu juga adalah salah satu lagi penceritaan terbesar suatu kisah akhir zaman. Ia adalah rangkaan kejadian di bawah ketentuan Tuhan.Apabila bangkitnya keamanan dan kesatuan ummah kembali di bawah panji-panji keagungan Islam, maka tirai kiamat makin lebar membuka lebarannya, dan tempoh masa dunia semakin lagi menghampiri ke penghujungnya.

Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dia tidak memerlukan sesuatu untuk menyatakan sesuatu perkara akan terjadi, cukuplah menyatakan “kun!” tiada apa-apa lagi yang boleh menghalang kekuasaan-Nya lagi.

Yahudi dan nasrani sudah lama mengakui akan perkara ini, dek kerana itu mereka mencari mencari helah agar ianya dijauhi. Disebarkan pelbagai kerosakan dan kemusnahan, moga-moga dunia ini tetap berada di bawah telunjuk mereka, sehingga kini. Sekiranya berlaku sekalipun, sudah ramai umat Islam yang sedia menemani mereka di sana nanti.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Walau bagaimana bijaknya perancangan yahudi dan nasrani mengatur akan sesuatu perkara, walau bagaimana kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia, walau bagaimana sikap sekalipun manusia dengan Tuhan yang Maha Esa, tiada satu kuasa boleh menandingi-Nya.  Manusia merancang helahnya ketika kewujudannya di dunia ini, sedangkan Dia telah merancang sebelum dunia ini belum diciptakan lagi.

Sedarilah wahai umat akhir zaman, sekiranya azab neraka ingin dijadikan matlamat dan tujuan, silalah mengajak manusia sentiasa berbuat maksiat dan menjauhkan diri dari mentaati perintah dan menjauhi larangan Tuhan.

–sambungan—

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: