Kisah Ahmad dan Puteranya.

Hujung minggu hari itu baru sahaja pulang sebentar ke kampung halaman. Perjalanan pada waktu petang di lalu lintas Pulau Pinang memang sibuk. Pin pon-pin pon. Macam-macam jenis kenderaan dan menyesakkan. Walau bagaimanapun, setelah sampai ke seberang, kesesakan semakin berkurang. Alhamdulillah.

Mengambil masa antara 1jam hingga 1jam 30 minit tidaklah terlalu membebankan daku untuk pulang ke kampung pada hujung minggu. Malah, waktu petang menjadi kegemaran kerana banyak betul kerja di universiti nak kena siapkan. Syukur kepada Allah, ibu dan ayah sentiasa menanti kepulanganku dan bertanya, “nak balik pukul berapa? Nanti nak masak nasi lebih.”🙂

Nak kata selalu pulang, tidak selalu juga. Dalam 1 bulan hanya dua tiga kali sahaja. Cukuplah sekadar menghiburkan diri dengan suasana yang berlainan daripada universiti sambil bersantai di rumah tengok TV.

Biarpun tidak lengkap di sini sana untuk urusan kehidupan dalam institusi kekeluargaanku, daku sedar manusia mana ada bersifat sempurna. Zaman ini, jauh sekali.Maka, tompang dan capik itu sudah menjadi tugasanku.  Kurang dan lebih itu cubaku jadikan sebagai tanggungjawabku.

Rasa kebertanggungjawaban untuk pulang menjenguk kedua ibu bapaku semakin besar semenjak adik beradikku semuanya telah ramai tinggal berjauhan. Ada di KL, ada di Selangor, dan Terengganu. Tinggal abang dia seorang di Pulau Pinang, pulau mutiara (mana ada mutiara….). Di rumah pula hanya tinggal adik paling bongsu sahaja. Jadi, kekosongan seisi keluarga pasti dirasai oleh ayah dan bonda.

Apabila ibu dan ayahku mencium pipi di kiri dan kananku, daku terasa mereka terlalu rindukan anak-anaknya dan mengasihiku. Malah, ketika tangan mereka telah bergerak memasak nasi dan menguruskan tugasan, atau mata mereka sanggup bersengkang untuk mencari sesuap nasi dan menambah baik urusan kekeluargaan, daku rasa terlalu besar pengorbanan mereka untuk anak-anak untuk terus belajar sehingga di universiti.

Kadang-kadang, kusampaikan pesanan jua pada adik-adikku yang lain. Walau sejauh mana pun kamu melangkah mahupun mencapai kejayaan, jangan dilupakan buat jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa. Hubungilah mereka dan pulanglah apabila telah ada kelapangan. Wang ringgit dan pangkat bukan itu yang mereka minta, melainkan kejayaan, kepulangan dan ziarah kalian itu yang mereka harapkan.

Daku cuba untuk menjadi anak yang taat dan soleh. Supaya boleh sentiasa doakan buat ibu bapaku ketika di dunia ini ataupun sehingga ke akhirat nanti.

Kerana itu, ada satu perkara yang daku tidak boleh uruskan. Daku tak boleh duduk lama-lama di rumah. Kerana kurang sistem tarbiah. Itu yang balik sehari dua sahaja. Agar kepulanganku membawa natijah agama, bukan hanyut buaian dunia.

Sehari dua tapi kerap untuk setiap bulan. Lebih terkesan bukan?🙂

****************************

Ingin dititipkan suatu kisah teladan. Kisah seorang anak yang betapa didikan ibu bapa membawanya kepada keyakinan kepada yang Maha Berkuasa.

Ahmad bin Harb mempunyai seorang putera yang masih kecil. Sejak dari kecil lagi,dia telah menyampaikan aspek ketauhidan kepada puteranya. Dia mengajarkan kepada puteranya itu agar sentiasa meletakkan segala keyakinan dan kepercayaan hanya kepada Allah s.w.t.

Suatu ketika, Ahmad berkata kepada anaknya, “setiap kali engkau menginginkan kepada suatu makanan atau apa sahaja, maka pergilah kamu ke jendela itu. Kemudian katakanlah:

“ Ya Allah, aku minta…”

Sejak hari itu, puteranya akan pergi ke jendela apabila menginginkan suatu kemahuan. Maka, setiap kali puteranya bergerak menuju ke jendela, Ahmad bin Harb dan isterinya segera bersedia mempersiapkan segala sesuatu yang diinginkannya.

Pada suatu hari, kejadian luar biasa berlaku dalam rumah Ahmad bin Harb. Ketika itu, si anak merasa lapar. Sedangkan kedua-dua orang tuanya tidak ada di rumah. Mereka telah keluar meninggalkan anak mereka keseorangan.

Seperti kebiasaaan, apabila mempunyai apa-apa keinginan, si anak akan menuju ke jendela dan mula meminta. Apabila sampai sahaja ke jendela, maka diapun mula menyampaikan hajatnya.

“Ya Allah, aku minta  sepotong roti.”

Seketika itu jua diterima sepotong roti oleh anaknya. Maka makanlah roti tersebut tanpa berasa janggal sedikit pun. Ketika pulang kedua orang tuanya, terkejut mereka melihat si anak sedang duduk memakan roti.

“Dari manakah engkau mendapat roti ini?”

“Dari Dia yang telah memberikan roti kepadaku setiap hari.”

Sedarlah bahawa kedua ibu bapanya. Anak yang masih kecil dan tidak mengetahui apa-apa itu telah meletakkan keyakinan yang jitu kepada Allah s.w.t. Aspek kesolehan pada si anak terpampang walau usianya yang masih lagi kecil.

Sebagai kesimpulan, benarlah anak yang masih kecil tidak pernah lahir dengan membawa dosa. Setelah hanya ada ajaran atau petunjuk, mereka terus melaksanakannya. Mereka tiada akal untuk melahirkan logik untuk melakukan sesuatu perkara. Hati yang jernih dan keyakinan yang jitu menjadikan permintaan mereka makbul di sisi Tuhan. Bagai kain yang putih bersih, didikan pertama daripada ibu bapa yang akan mencorakkan kehidupan dan keperibadian mereka.

Sekiranya dipenuhi dengan unsur tauhid dan tarbiyah aulad dengan Allah dan ad-din-Nya, maka itulah didikan yang diterima, dan buah minda mereka yang pertama. Sekiranya dipenuhi mereka dengan lagu-lagu dan industi hiburan tanah air, lambat laun banyaklah lagi penyanyi dan pelakon walau usia masih belum kenal dunia. Sekiranya dipenuhi naluri dan minda mereka dengan rock dan perkara caca merba, jangan terkejut sekiranya mereka lebih dahsyat dari apa yang diperhati oleh mereka.

Oh lupa. Esok start kertas peperiksaan. Kertas subjek kegemaran. Dan, please pray for me 🙂

Buat si kecil, berehatlah dengan tenang. Moga tawa dan tangismu sentiasa menghiburkan hati dan  diri yang sedang berjuang..

Buat diri 🙂, semoga cepat sembuh dan cerdas seperti sedia kala. Jika sesuatu yang terkurang, bagitahu NC atau hubungi talian hotline:0070152525

May Allah always bless U. Semoga Allah sentiasa meredhai diri dan kelahiran 🙂.

-Dengan syarat,

Taatlah pada Dia, takutlah pada Dia, dan mengharaplah pada Dia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: