Musuh Utama dan Belitannya atas Manusia

“Eh, kau sudah bermusuh dengan Johan? Baru semalam aku nampak korang berbaik-baik. Ini mesti kes pecah amanah lagi…”

“Kau tak tahu Bedah semalam Mek Pah itu bergaduh lagi dengan dengan sebelah rumahnya. Tak pasai-pasai laki dia juga terlibat perang sebab nak defend bini dia tak buat salah.”

“Ala Mat, esok-esok baik la tu. Sikit je. Biasalah orang perempuan….”

Biasa terdengar manusia bergaduh atau bermusuh sesama sendiri. Bila kedua-dua belah pihak tiada kesefahaman, dan ingin menang sesuatu keadaan, hal permusuhan dan perkelahian pasti tidak dapat dielakkan lagi.

Begitu perihal permusuhan sesama manusia yang sedia lihat dan dikenal pasti. Tetapi bagaimana pula dengan musuh yang tidak nampak, tetapi wujud di sana sini?

TAK PAYAH BERSELIMUT

Biasa terdengar musuh yang tidak nampak ini ialah musuh yang berselindung atau musuh dalam selimut. Namun, ada lagi makhluk yang wujud dan hidup di dunia ini, yang tak perlu berselindung untuk menyebarkan permusuhan dengan orang yang lain. Mereka begitu tangkas dan cerdas, kerana itulah tugas harian mereka, iaitu menyebar dan menghasut manusia untuk berbuat kejahatan dan kerosakan di atas muka bumi ini.

Iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Golongan penderhaka dan musuh utama anak Adam dan Hawa semenjak zaman dari Nabi Adam a.s lagi. Mereka ini bukan seperti manusia, hidup serumpun dan jangka hayatnya setakat 60-70 tahun sahaja, tetapi mereka hidup berpuak-puak malah boleh berjangka hayat sampai beratus-ratus tahun. Mungkin syaitan yang wujud semenjak dari zaman Renaissance masih lagi hidup dan menjalankan kerjanya sehingga kini.

Kerana itu, ramai orang yang suka berbuat jahat ternyata mereka tidak keseorangan. Yang pasti, teman utama dan saudara mereka ialah suku sakat syaitan, yang bijak merancang dan menyatakan persetujuan.

GODAAN DAN HASUTAN UMAT

Namun, bukan itu yang ingin dikisahkan di sini. Ternyata, budak kecik, orang jahil,  cerdik pandai, orang muda sehinga pakcik tua semua mengakui wujudnya musuh yang tidak nampak ini. Hanya keinginan dan kuasa untuk menghalang,  menjauhi  serta menjadi anak buah syaitan itu yang tak dapat diakui.

Ramai yang cerdik pandai atau yang kaya raya tetapi tetap suka ambil duit haram dan rasuah. Ramai yang miskin dan papa tetapi suka juga mencuri dan merempat tak mahu berusaha. Ramai anak muda pendakwah tetapi masih suka tengok perempuan di facebook atau di internet yang berlambak. Malah, ramai wanita muslimah pakai serba labuh tetapi mata ligat cari kaum lelaki dan pemuda segak bergaya, kemudian mengumpat dengan rakannya di sebelah.

Nyatanya, usaha menghasut dan menggoda manusia buat Iblis dan syaitan ada pelbagai cara dan kaedah. Mereka sudah hidup berkurun belajar dan berusaha menyesatkan manusia, inikan pula manusia yang setahun jagung nak melawan usaha dan dakyah syaitan laknatullah. Sekiranya perangai manusia itu seperti perangai syaitan, maka mudahlah usaha mereka untuk menghasut orang tersebut melakukan kejahatan. Namun, sekiranya seseorang itu baik akhlaknya dan tingkah lakunya, cara yang lebih strategik dan susah payah pula yang perlu digunakan oleh para syaitan laknat itu.

Kalau tiada iman yang kental dan utuh serta hidup sentiasa dengan berjemaah, nescaya hanyut juga para pendakwah, alim ulama’, para mufti, malah cendiakawan sekalipun. Tidak terlepas wahai saudara saudariku sekalian. Kerana sejak lahir di dunia ini, sudah ada syaitan yang mendampingi kalian.

Hanya berjaya atau tidak dengan tipu daya mereka, itu sahaja.

Ternyata dengan zikrullah, doa pendinding atau pelindung, serta menghampirkan diri kepada Allah itu sahaja jalan untuk menjauhkan diri dari godaan dan hasutan mereka. Hal ini kerana mereka tetap makhluk Allah, tiada kuasa dan upaya melainkan segalanya dengan izin Allah Azza wa Jalla.

WANITA SEBAGAI SENJATA UTAMA

Kepada para wanita yang terkini dan inovasi,

Sedarilah kalian tergolong dari senjata utama Iblis dan para syaitan.

Sekiranya kalian marah dan beremosi dengan kenyataan ini, sememangnya kalian mengakui perempuan dan segala spesis kaum wanita masa ini adalah mainan syaitan. Mudah sahaja para Iblis dan syaitan ini mempergunakan anda, petik jari sahaja anda pasti menurut kehendak mereka. Malah, marah itu salah satu usaha syaitan menghasut dan menanam jarum keji dalam diri kalian.

Tetapi sekiranya kalian beristigfar dan bertaubat apabila menerima kenyataan ini, ternyata kalian tetap menjadi musuh utama para syaitan. Para syaitan ini amat membenci anda, dan mereka tetap ingin menggoda anda (malangnya tidak berjaya) sehingga ke penghujung nyawa. Ternyata, anda memang hebat dan superb dalam melawan hasutan syaitan, kerana jiwa dan jasad anda setia hanya kepada yang Maha Kuasa.

Pendek kata, kepada para wanita bertaubat dan benar-benar solehah, tiada can-lah para syaitan nak tawan anda menjadi barang mainan mereka.

Kenapa berkata begini?

Sesungguhnya, terdapat sepasukan Iblis yang tersebar di seluruh tempat. Mereka adalah syaitan-syaitan yang berkeliaran. Dia antara mereka ada yang berkumpulan di jalan-jalan untuk menyambut kaum wanita yang keluar rumah dengan bersolek.

Dari Ibnu Zubair, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “sesungguhnya wanita itu, ketika datang dari depan, dia datang dalam bentuk syaitan, dan ketika pergi (menghadapkan ke belakang) dia diperlihatkan diri dalam bentuk syaitan pula. Kerana itu pula, jika salah seorang di antara kamu melihat seseorang yang menarik perhatian, maka hendaknya dia segera mendatangi isterinya, supaya yang demikian itu dapat menolak (gelojak) yang ada dalam dirinya. (HR. Muslim)

Di antara syaitan-syaitan ini ada yang pakar untuk membuat indah bahagian tubuh wanita, dengan menampakkan goyangan-goyangan tubuh dan keindahan tubuh badan dalam pandangan orang yang melihatnya. Mereka melakukan hal itu siang dan malam, dan hanya sedikit sahaja beristirehat. Sedangkan sebahagian besar syaitan melakukan kegiatan itu bersungguh-sungguh di sebalik kegelapan.

Syaitan-syaitan ini membuat indah kaum wanita itu dalam pandangan sebahagian orang yang melihat ke arah mereka, agar semakin banyak orang yang menimbulkan dosa. Para pelaku maksiat akan semakin mudah terjerumus ke dalam perbuatan dosa dan kemaksiatan, manakala orang-orang yang wara’ dan soleh akan melihat pada perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

Said ibn. Musayyab pernah berkata, “setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”

LELAKI SEBAGAI MANGSA

Yang nyata, lelaki sekarang yang serba lemah dan longlai ini yang sentiasa menjadi mangsa. Mereka sudahlah hanya mempunyai satu sahaja nafsu, dan nafsu ini sahaja menjadi tumpuan mereka. Dek kerana janggalnya mereka untuk menolak keinginan nafsu ini, lelaki yang gersang dan hanyut dengan godaaan syaitan menjadi mangsa yang parah kepada pemangsanya, iaitu wanita sebagai barang permainan syaitan.

Gelojak syahwat bila-bila masa sahaja boleh hilang kawalan. Sekiranya bujang, naiflah keadaanya. Sekiranya berkahwin, bolehlah jua mencari jalan melepaskan syahwatnya. Tetapi, para lelaki yang seperti ini sebenarnya bukan mampu berbuat apa-apa dengan keadaan mereka. Kerana mereka adalah mangsa, bukan pemangsa seperti yang dicana-cana oleh media massa.

Mangsa seksual dan pelbagai jenis gangguan moral yang wujud di dunia ini menyatakan lelaki sebagai pemangsa atau pelaku kejadian. Benar, itu mereka yang melakukan tetapi hanya dinilai akan kelakuannya selepas kejadian. Tetapi, sebelum kejadian, merekalah mangsa godaan para wanita di mana-mana sahaja yang entah apa yang diletakkan para tubuh badan mereka, sehingga wujud pelbagai keinginan jahar dalam fikiran.

Dari Usamah bin Zaid r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling besar sesudahku, kecuali fitnah ke atas kaum lelaki kerana kaum wanita.”  (HR. Bukhari dan Muslim)

Tidak jatuh suatu kuasa dunia bukan hanya kerana seorang wanita. Tidak tunggang terbalik kisah jutawan dan pemain golf antarabangsa kerana godaan para wanita. Tidak hancur sebuah kubu iman tok alim, tok siak dan para ulama’ kerana terpengaruh dengan kepersonaan dan godaan para wanita.

Ibn. Abbas menyatakan, “tidak ada di kalangan orang-orang terdahulu yang menjadi kafir, kecuali gara-gara wanita, dan orang-orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita (pula).”

Betapa beratnya ujian para lelaki soleh yang mungkin masih wujud di dunia ini untuk mempertahankan akidah dan iman mereka. Bukan kerana tidak tahan dengan godaan para wanita, tetapi kerana bimbang hancur hati mereka sedikit demi sedikit  dari mentaabbudi perintah Allah dengan keupayaan yang mereka masih ada, kerana banyaknya wanita senjata syaitan di sana sini.

Dari Abi Sa’id al-Khudri, dari Nabi s.a.w.: “hendaklah kalian takut terhadap (godaan) dunia, dan takut pula kalian terhadap (godaan) wanita.”  (HR. Muslim)

Peliharalah diri dari menjadi mainan syaitan. Sungguh, gerak diri dan pakaian itu sahaja sudah menjadi daya tarikan dan buah hasutan mudah oleh syaitan. Kerana itu, di sebalik keindahan dan kebenaran yang disyariatkan, diri ini sentiasa berpesan ada perkara yang manusia tidak pernah kenal di mana batasan dan perhentian, iaitu keinginan nafsu syahwah dan godaan utama syaitan laknatullah.

Wahai wanita yang nafsunya tak terbilang kata, peliharalah jiwa raga dari menjadi barang permainan nafsu dan syaitan durjana. Tanyalah iman sebelum berpakaian atau membuat penampilan, bukan kerana kehendak dan keinginan yang nyata bila-bila masa sahaja boleh menjadi buah pemikiran si laknat syaitan.

Mungkin mudah menyatakan lelaki sekarang bermata jalang (memang banyak pun…) tetapi tidak boleh terus salahkan mereka sekiranya kalian sentiasa pandai untuk berpakaian dalam berpakaian. Nafsu yang pelbagai pada wanita membuatkan mereka leceh dan lemah menilai satu nafsu yang wujud pada lelaki, sehingga sanggup menonjol di sana sini, tetapi bagi lelaki, mereka sudah lama ‘rosak’  kerana kerenah dan penampilan anda.

Diri sendiri mungkin sentiasa boleh dipelihara, tetapi bagaimana pula dengan orang lain yang sentiasa melihat penampilan dan perwatakan anda?

Satu pandangan,

Pembuat atau pelaku zina itu bermula daripada lelaki,  tetapi pemula dan penghasut kejadian zina itu bermula daripada perempuan.

Ada sesiapa nak membantah?

– kepada para lelaki dan wanita yang benar-benar menjaga hati dan penampilan diri, anda bukan ketegori dalam rencana ini. Insya-Allah

Oh, wanita, kenapa suka menarik perhatian para lelaki yang nyata kini iman hanya senipis kulit bawang bagi mereka? Kenapa tiada kalian menjauhkan diri dari menampang tubuh buat kipas angin dan bunga rampai para syaitan durjana?

Oh lelaki, kenapa lelaki zaman ini suka menjadi mangsa godaan dan tusukan kecelakaan oleh para wanita? Kenapa anda tidak lagi berkeinginan memaut kalimah tarbiyah dan kukuhnya nilai iman dan dakwah? Daku dengar kalian ialah pemimpin sedangkan yang kulihat kalianlah yang senang dipimpin (oleh godaan dan pesona permainan syaitan). Sekiranya kalian berani  pegang makna dakwah dan tarbiyah, pasti para wanita takut nak berpakaian tetapi telanjang seperti kini.

Oh iman, kenapa nilaimu begitu mahal dan tak ternilai sehingga tidak ramai yang sanggup untuk memikulmu, wahai iman?

Oh, takwa, masih wujudkah segelintir manusia di dunia ini yang mengagung dan berkeinginan kepada engkau, ketika berjuta lagi sedang mengira dan mencongak harta yang diperoleh hasil jualannya untuk warga dunia?

Ya Allah, sekiranya dunia ini penuh dengan manusia yang gemar mencongak nafsu dan mengira apa yang diperoleh untuk syahwatnya, biarlah aku menjadi hamba-Mu yang memalingkan nafsu semata-mata mencari keredhaan yang telah Engkau tetapkan.

Tangisan jiwa mengharap redha dan rahmat Allah buat mereka. Daku berdoa mereka sentiasa terpelihara dan dalam bimbingan-Mu, ya Allah.

Kini, tiada lagi upaya menjauhkan segala jenis fitnah dan nista. Melainkan Engkaulah yang akan memimpin dan melindunginya….

-Tomorrow the last paper…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: