Daku….

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah, daku panjatkan kesyukuran akan limpah kurnia dan hidayah-Nya daku masih lagi bernafas dan diberikan nilai iman dan Islam untuk terus berjuang atas muka bumi Allah ini.

Hari ini dan semalam…

Cuaca agak gelap dan malap.

Kadang-kadang daku bersyukur dengan kurniaan limpah-Nya, maka bumi Allah yang serba luas dan indah ini masih lagi diberikan nikmat titisan mutiara embun hujan menghampar ke bumi.

Namun, kadang-kadang…

Bagi hamba Allah ini…

Banyak erti dan makna titisan hujan yang menutir di bumi ini. Pelbagai peristiwa dan kejadian yang kulihat dalam penciptaan-Nya yang satu ini. Penuh dengan hikmah dan ketakjuban.

Sukar daku ingin katakan. Malah, manusia bukan ingin percaya dengan kata-kataku yang bukan terpandang pun dari kalangan hamba-Nya. Biarlah daku simpan peristiwa dan penilaian hatiku akan perkara ini.

Hakikatnya, daku merasai Allah sentiasa mendengar hati, permohonan dan keinginan hamba-hamba-Nya. DI kala hamba-Nya benar-benar mengharap dan mengadu pada-Nya, Dialah yang Maha Mendengar dan Menghiburkan hati hamba-Nya.

Dititiskan mutiara bagi hamba-Nya menyedari mereka tidak keseorangan dan dikurniakan ketenangan.

Dicurahkan nikmat yang indah agar hamba-Nya merasai Dia-lah  tempat mengharap dan memohon pertolongan.

Benar,

Walaupun daku tidak mampu untuk menyenangkan semua hati hamba-hamba-Mu, ya Allah…

Sekurang-kurangnya daku cuba menyampaikan apa yang kumampu, ya Allah…

Daku…

Tidak mengetahui

Jalan yang bersimpang siur

Penuh ujian walau ingin meneruskan

Bermohon

Moga Allah memberi kemudahan

Redha Allah

Meniti setiap jambangan hati

Mencari sinar, bimbingan dan redha Ilahi

Bukan canang mulut buah bualan

Bukan jemari tangan sengaja ingin menyampaikan

Ia

Cahaya ketakjuban dalam kegelapan malam

Sinar yang indah fatamorgana taman

Tiada harapan buat fana’

Mengharap pada yang baqa’

Sungguhpun

Sulit ditemui

Sukar mendalami

Jerih menjadi amali

Belum pasti digenggami

Ya Allah

Berbuat sesuatu hanya kerana-Mu

Meninggalkan sesuatu kerana-Mu

Nilam biru selaput gangsa

Goncang keinginan

Pendam rasa

Kerana Engkau-lah

Ila Ghayatul Khaswa

Sekiranya benar kehendak-Mu

Hadirkanlah kerana keredhaan-Mu

Sekiranya mungkar dari sisi-Mu

Hindarilah kerana kekuasaan-Mu

Tersirat hati

Mengapa tidak bersahabat?

Biarkan jiwa

Bukan pandangan jasad

Jika berkeinginan

Moga diteruskan

Walau bagaimana sifat jasad

Kerana jiwa tidak pernah mengharapnya

Kerana jiwa bukan hak milik jasad

Hal dalam kebenaran-Nya

Benarkanlah padaNya

Bukan manusia yang mencipta masa

Melainkan Dia pemilik saat dan ketika

Wahai Allah

Senang,payah, sulit, tenang

Engkau Maha Mengetahui

Sedangkan aku tidak mengetahui

Sentiasa,

Doaku

Panjatku

Jiwaku

Moga memelihara dan merahmati

jika memahami, Alhamdulillah.

-jika tidak memahami, Insya-Allah 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: