Suatu ungkapan

Mungkin ada yang sedar akan perkara ini, dan mungkin ada yang tidak.

Berbicara tentang sifat-sifat manusia, melihat pada suatu keadaan atau personaliti seseorang telah membayangkan keadaan peribadi orang tersebut.

Biasa terdengar pepatah mengatakan, apa yang berada di luar, itulah yang berlaku di dalaman.

Namun, tidak semua keadaan luaran manusia menunjukkan etika atau sifat peribadi dalamannya walaupun ada peratus akan mempengaruhinya.

Apabila seseorang suka berkata akan sesuatu, dia menyukai akan perkara itu
Apabila seseorang membenci akan sesuatu, dia tidak akan menyentuh atau menyebut akan perkara itu.

Kebiasaan ramai orang apabila dia inginkan sesuatu, maka tentu sekali dia akan berkata akan perkara itu.

“Aku mahu rumah besar!”
“Amin ingin jadi jurutera bila besar nanti.”

“Atuk nak kahwin lagi, cucu.”

Dan pelbagai lagi.

Hakikatnya, apa yang tersembunyi dalam hatinya hanya akan terluah apabila dia suka berkata atau melihat pada perkara tersebut.

Faktor luahan boleh berlaku dalam pelabgai keadaan. Biasanya, manusia mudah meluahkan melalui keadaan lisan.

Tetapi, boleh juga berlaku melalui anggota berlainan, seperti tangan dengan menulis, kaki dengan selalu ke tempat tersebut, mata dengan selalu melihat, dan telinga dengan selalu mendengar.

Jadi, faktor luahan apa yang terpendam dalam jiwa seseorang adalah berbeza-beza. Sekiranya dia jenis suka berkata-kata, maka mulut menjadi penantaranya. Jika kuran0g berkata-kata, maka anggota lain yang akan menjadi pengantaraannya.

Kebiasaannya, apabila manusia kurang berkata-kata, maka tangannya pula akan berbicara ( melalui kaedah penulisan).

Malah, sememangnya ramai orang menulis untuk meluahkan isi hatinya, apabila dengan berkata-kata tidak mampu memuaskan hatinya.

Apa-apapun, alhamdulillah, Allah menciptakan manusia ini sifatnya berbeza-beza. Ini yang menjadikan uniknya penciptaan manusia, yang sesungguhnya sebaik-baik penciptaan.

Oleh itu, untuk mengenal sifat dan keperibadian seseorang, kenal jua cara dia menyampaikan. Kerana, tidak semua manusia itu sama, tidak semua manusia bijak berkata-kata.

Begitu jua apabila seseorang tidak suka atau bencikan akan sesuatu keadaan. Dia tidak akan mahu langsung perkara tersebut terlintas dalam fikirannya. Ingin mendengar pun tidak, apalagi ingin diingati.

Apabila keadaan itu yang berlaku, adalah mustahil sama sekali dia suka berkata perkara tersebut, sedangkan pada masa yang sama mulutnya berkata benci akan perkara itu. Bermakna, hatinya masih menginginkannya, dan hatinya tidak dapat menafikan.

Hanya, sekiranya dia memberi peringatan supaya tidak hampir akan perkara tersebut, baru perkara itu akan diungkapkan.

Bukankah peringatan itu menghindari daripada kelalaian?

Suatu kisah.

Suatu hari, seorang cendiakawan terkemuka kota Basrah datang menziarahi Rabiatul Adawiyah yang sedang terbaring sakit. sambil duduk di sisi perbaringan Rabiah, dia berbicara akan kebenciannya pada dunia.

Maka, dihina dan dicaci dengan pebagai perkara yang melibatkan dunia yang seakan-akan dia benar-benar membencikannya.

Apabila melihat keadaan itu, Rabiah berkata: “Sesungguhnya hati kamu sangat mencintai dunia ini. Jika benarlah engkau tidak mencintai akannya, tentu engkau sama sekali tidak akan menyentuhnyanya  dan menyebutnya berulang kali seperit ini. Sesungguhnya seorang pembelilah yang akan mencela-cela barang yang ingin dibelinya.

“Ketahuilah, jika engkau tidak merasakan akan apa-apa kepentingan dengan dunia ini, tentulah engkau tidak akan memuji-muji atau ingin pula memburuk-burukkan keadaannya. Engkau menyebut-nyebut dunia ini seakan-akan sebuah peribahasa, ‘barangsiapa mencintai akan sesuatu, maka ia akan sering-sering menyebutnya.”

________________________

Apabila Allah diletakkan dalam jiwanya, pasti dan yakin, Allah akan bersamanya walau senang atau susahnya dia.
Apabila makhluk diletakkan dalam jiwanya, pasti dan yakin, suatu hari makhluk itu akan meninggalkan dia.

Mana-mana orang pasti sukar mempercayai dan meyakini akan perkara yang tidak nampak. Kerana itulah ramai orang sukar ingin mendampingi dan memautkan hatinya kepada Allah s.w.t.

Itulah iman. Hanya orang  yang kenal nilai iman sahaja kenal akan tuhannya.

Manusia ialah makhluk atau penciptaan-Nya, manakala Allah itu khalik atu penciptanya. Setiap yang diciptakan sifatnya adalah lemah, kerana perlu dicipta, dan setiap yang mencipta adalah kuat dan perkasa, kerana dia yang menciptakannya.

Oleh hal demikian, jiwa yang terpaut pada Allah tidak akan hilang dan fana’ walau Allah tidak pernah terpampang dan dipandang oleh kedua-dua matanya. Ia kekal, kerana itulah adalah kurnia dan petunjuk dari-Nya. Diberikan pengetahuan atau makrifah agar hatinya mengetahui siapa akan dirinya, dan siapa pula yang menciptakannya.

Dengan keizinan-Nya segala-galanya bisa terjadi.

Dengan pengetahuan-Nya dicipta akan fungsi sepotong hati.

Begitu juga sekiranya seseorang yang meletakkan segala pengharapan dan perhatian kepada makhluk-Nya, suatu hari pasti akan meninggalkan dia.

TIdak kira bagaimana keadaan, apabila sudah tiba masanya, apa yang hidup pasti akan pergi dan meninggalkan dunia ini.

Ketika itu, hanya yang baqa’ akan  terus kekal. Yang fana’ telah hilang dan meninggalkan.

Jadi, ingin jiwa terpaut pada Allah, atau makhluk yang berada dalam jiwanya?

yang  lain, insya-Allah pada artikel lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: