Monthly Archives: Jun 2011

Menghampiri destinasi baru.

Jauh…

di kawasan pedalaman.

Penempatan bukan seperti di bandar, bukan seperti di pekan samudera.

Penduduk yang ramai,tetapi serba kekurangan.

Mungkin agak lama berada di sini. Mentarbiah diri, dan memperbaiki sifat diri yang serba kurang sana sini.

Continue reading →

Advertisements

Kisah Orang-orang Soleh. (1)

Sudah sebulan daku meneruskan  kembara.

Jalan masih berliku, penghujung perjalanan masih belum tahu.

Sebegitupun, dalam mencari jalan mengenal dan mendambakan cinta dan redha Allah s.w.t,

Semoga sentiasa dalam petunjuk dan jala;n yang lurus.

Beroleh rahmat dan bimbingan dari-Nya,

Bagi menambah amal,

Mengislah diri agar menjadi lebih baik (atas keizinan-Nya)

dan yakin akan segala janji pilihan Allah s.w.t

*****************************

Cuba berdepan dengan isu zuhud.

Menilai di mana letaknya nilai zuhud.

Pakaian?

Tingkah laku?

Kemiskinan?

Ingin tahu lebih lanjut, daku bawakan dua tiga kisah dari orang-orang soleh sebagai renungan agar sama-sama memahami di mana sebenarnya nilai zuhud.

InsyaAllah

(pernah dibentangkan suatu ketika dahulu mengenai istilah ini dalam suatu nukilan. Boleh ‘belek’ kembali sebagai pencerahan.)

Continue reading →

Alhamdulillah…. Berjaya!

Ini bukan cacatan perjalanan. Tetapi atas nikmat dan kurniaan Allah s.w.t

Ia berlaku lama, sejak suatu ketika dahulu. Daku ingatkan tiada apa-apa balasan atau balasan selanjutnya. Tetapi, rupa-rupanya nukilan diterima dan dimaklumkan oleh assistant editor majalah tersebut.

Apa yang boleh kukatakan, pertama-pertamnya daku bersyukur atas nikmat dan rezeki kepada hamba-Nya yang lemah ini. Daku berterima kasih kepada editor dan pihak pengurusan majalah. Terima kasih kerana sudi jua membaca karyaku, sudi mengedit, dan sudi menerbitkan nukilanku.

Continue reading →

Coretan Kembara.

Ini perkara baru.

Belum lagi pernah dinukil sebelum ini sepanjang pengembaraan mencari dan mengenali Tuhan.

Tetapi, kali ini cuba untuk menulis sedikit kisah perjalanan, kerana ada kesan yang mendalam melalui peristiwa yang berlaku. Membuatkan daku berfikir dan menharapkan sesuatu.

Malangnya ia tidak wujud di mana-mana kawasanan yang pernah dituju dalam negara Malaysia.

Sukar.

Jadi, dinukilkan di sini sebagai peringatan dan pengalaman yang perlu diambil pengajaran sepanjang kembara ini.

(tak boleh lebih-lebih, secret :))

Continue reading →

Kepentingan Amal dan Keperluan Usaha

Nukilan ini boleh dikatakan sebagai sambungan pada artikel yang lepas. Cuba menghuraikan lebih terperinci akan mengenai dua perkara, iaitu amal dan usaha.

Kadang-kadang ketika melalui kehidupan ini,

manusia sering menyangka mereka mampu berdiri dengan kaki sendiri.

ketika menempa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu bidang, sangkaan manusia lebih berkisar kepada kebolehan dan usaha yang gigih yang telah dilaksanakan.

Sukar mendengar dari kata-kata yang mereka beruaha atas amal kerana Allah. Hanya mukaddimah cakap yang mereka bersyukur kepada Allah, yang lain melalut akan peranan yang apa yang telah dikerjakan untuk mencapai kecemerlangan yang didambakan.

Continue reading →

Amal Dan Usaha.

Menulis dalam rangka yang baru untuk hari ini.

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan baru-baru ini baik dan memberansangkan. Memang tak dijangka dan luar dari perangkaan. Suatu yang sangat besar dan terkesima apabila melihat result yang dikeluarkan baru-baru ini.

Apa yang boleh daku nyatakan, ini semua kurniaan dan anugerah dari Allah s.w.t. Kerana, di luar kemampuan dan keupayaan daku untuk mencapainya. Melihat ada keupayaan diri, sememangnya sukar untuk melonjakkan kaki pada tahap ini.

Bagi diriku,

Daku hanya mampu berusaha sedaya yang ada. Ini semua ketentuan Allah, ini adalah anugerah dari yang Maha Esa.Daku bersyukur akan kurniaan Allah pada hamba-Nya yang lemah dan sentiasa memerlukan-Nya ini.

Seboleh yang dijangkaui, sejauh yang dimiliki.

Hakikatnya, segala ketentuan dan keputusan adalah milik-Mu.

Continue reading →

Ilmu atau Iman? (2)

Ini adalah sambungan dari artikel lepas. Tergendala kerana kekurangan ilham dan bahan.

Semoga bermanfaat.

Continue reading →

Ilmu atau Iman? (1)

Sudah baca sehingga pengakhiran kisah dan rencana akhir zaman yang daku terterakan pada minggu yang lalu?

Sudah selesai menilai dan di manakah kebenaran dan kedudukan kita ketika ini?

Ingin percaya atau tidak?

Daku tidak boleh berhentikan nukilan sekitar yahudi dan rancangannya hanya kerana idea yang bermain di fikiran. Tetapi ada suatu yang menghampiri, tetapi ramai lagi yang masih enak dibuai mimpi.

Kunci kepada kalian manusia yang masih akan terselamat daripada fitnah ini bukanlah lagi peranan ilmu pengetahuan, yang rata-rata ramai manusia percaya ini yang kaan menjana kemenangan dan kemuliaan pada umat Islam. Tetapi adalah atas nama Allah, iman itu yang lebih penting dinilai dan dipraktikkan oelh setiap lapisan masayarakat setiap hari.

Tiada yang terkecuali.

Titik.

Continue reading →