Ilmu atau Iman? (1)

Sudah baca sehingga pengakhiran kisah dan rencana akhir zaman yang daku terterakan pada minggu yang lalu?

Sudah selesai menilai dan di manakah kebenaran dan kedudukan kita ketika ini?

Ingin percaya atau tidak?

Daku tidak boleh berhentikan nukilan sekitar yahudi dan rancangannya hanya kerana idea yang bermain di fikiran. Tetapi ada suatu yang menghampiri, tetapi ramai lagi yang masih enak dibuai mimpi.

Kunci kepada kalian manusia yang masih akan terselamat daripada fitnah ini bukanlah lagi peranan ilmu pengetahuan, yang rata-rata ramai manusia percaya ini yang kaan menjana kemenangan dan kemuliaan pada umat Islam. Tetapi adalah atas nama Allah, iman itu yang lebih penting dinilai dan dipraktikkan oelh setiap lapisan masayarakat setiap hari.

Tiada yang terkecuali.

Titik.

Ini pengalaman dan realiti hidupku sendiri. Suatu ketika dahulu, daku antara manusia yang menolak peranan iman menjana kemuliaan kehidupan. Bagiku, ilmu itu lebih penting untuk ditimba dan didalami, baru iman itu diselusuri.

Malah, daku juga berpandangan, iman tidak akan hadir tanpa adanya ilmu pengetahuan. Orang berilmu semakin bertambah imannya. Malah, dengan ilmu pengetahuan, keyakinan pada iman tentu akan bertambah.

Bukan bermakna daku tidak bersetuju dengan iman selari dengan ilmu pengetahuan, tetapi hatiku diselaputi keghairahan mengejar erti keduniaan, sehingga ilmu itu yang menjadi perjuangan, semata-mata.

“Ah.. iman bagiku sudah mencukupi dengan apa yang dimiliki,” getus hatiku suatu ketika dahulu.

HANYA BERILMU ITU BERIMAN?

Ketika itu, daku terlupa suatu perkara, orang berilmu juga suatu ketika akan bongkak dengan ilmunya. Orang berilmu juga suatu ketika akan dihijab kembali oleh ilmunya.

Ternyata, kini ramai yang bersikap dan bertoleransi dengan keadaan sedemikian. Bukan sedikit orang berilmu kini. Jika dahulu ramai orang buta huruf di negara ini, kini mungkin hanya 10% yang masih tidak mengenal A,B,C.

Walaupun begitu ramai yang berilmu pengetahuan, ternyata ramai lagi yang rosak akidah dan buat kerja menyonmgsangkan norma dan fitrah. Sana sini penuh manusia yang suka berlaku keji dan hina. Bukan sahaja hina pada pandangan Allah, malah hina pada pandangan manusia.

Mereka bukan orang yang buta huruf lagi, tetapi telah menuntut ilmu sejak di bangku sekolah lagi.

Yang lebih malangnya, manusia yang berilmu kini telah mati melihat ketidak seimbangkan ini sebagai suatu musibah dan murka dari Allah. Hati manusia melihat semua perkara seperti hanya kebiasaan. Tidak kena pada batang hidung sendiri, tidak mengapa. Apabila telah terkena, baru nak mengadah.

Itulah kehancuran hati orang beriman. Iman semakin hari semakin lupus pada wajah manusia. Mereka tidak lagi mengerti apakah nilai agama. Mengapa perlu belajar agama.

Cukuplah sekadar guru di sekolah ada silibus pendidikan moral dan agama. Cukuplah sekadar menghantar anak ke sekolah agama di serata negara sehingga ke negara timur tengah.

Apabila telah menerima sijil dan ijazah, mereka telah digelar orang beragama.

Ustaz.

Ustazah.

Dr.

Pensyarah.

Pangkat dan ilmu yang dijadikan nilai untuk menyatakan iman. Maka, pakcik dan makcik di kampung yang tidak mampu menuntut ilmu tinggi-tinggi, kerjanya hanya sebagai pesawah, penoreh getah, dan petani, tidak mampu menjadi orang beriman.

Rencana dunia telah merosakkan manusia menilai, mengapakah setiap orang perlu agama? Mengapa setiap manusia perlu memahami dan mempraktikkan apa yang wujud dalam al-Qur’an dan as-Sunnah.

Itulah rancangan sang musuh Islam, yang ramai tidak menyedari. Musuh syaitan kepada anak Adam, musuh Yahudi dan Nasrani akan kebenaran dan kekuatan orang yang berpegang dengan kebenaran ad-din Islam.

(bersambung…)

 

Hari ini ingin ke tempat yang ramai manusia menyebut nama Allah. Tapi masalahnya permohonan untuk ke sana masih tidak diterima.

Rakan baik sudah diterima permohonan. Tinggal daku dan beberapa rakan lain lagi yang tidak.

Teringin sangat ke sana.

Boleh belajar mengenal Allah dan membesarkan Dia.

Menambah cinta dan rindu kepada Dia.

 

Mohon tolong doakan semoga dipermudahkan dan diterima oleh Allah ke sana…

Nanti boleh doakan untuk diri dan yang lain moga-moga sentiasa dirahmati dan dipelihara oleh Allah sentiasa.

 

Semoga sentiasa sihat sejahtera

Semoga Allah memelihara dan merahmati sentiasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: