Ilmu atau Iman? (2)

Ini adalah sambungan dari artikel lepas. Tergendala kerana kekurangan ilham dan bahan.

Semoga bermanfaat.

PERINGATAN DARI KELALAIAN

Teringat lagi. Dahulu, daku perjuangangkan ilmu untuk suatu kepentingan peribadi. Peranan untuk sesuatu yang perlu dimiliki,suatu yang perlu pada wajah dunia kini.

Sumber kepada kewangan. Sumber kepada kerjaya. Sumber kepada masa depan.

Daku lalai dalam mengerti ilmu pada pandangan Allah. Pernah hati ini bongkak dan sombong pada suatu ketika apa boleh berhujah dan menyatakan pandangan kepada orang ramai yang tidak mengetahui.

Seperti diri sendiri sahaja yang bijak. Orang lain semua tidak mengetahui dan memerlukan ilmu pengetahuan.

Nyata sekali, itu hanyalah dugaan dan godaan syaitan semata-mata. Daku nafikan peranan iman dalam menuntut ilmu pengetahuan. Daku nafikan Allah yang ciptakan ilmu dan iman yang lebih penting perlu dimartabatkan dari ilmu pengetahuan.

Apabila gologan pendakwah yang tidak setinggi mana ilmunya menghampiri, maka orang yang tinggi ilmunya ini menolak dari golongan ini mendekati. Ketika menghampiri, mula ditebak dengan pelbagai jenis hujah dan pandangan. Golongan pendakwah yang nyata hanya tidak seluas mana ilmu di dada, kurang kata dan pandangannya. Tetapi, mereka lebih sabar dan mulia, sentiasa  konsisten mempraktikkan ilmu yang mereka ada.

Puaslah hati si berilmu dengan hujah yang mereka luahkan. “Sudah ternyata aku benar, kamu salah.”

Malangnya, mulut sahaja berani dan pandai bersuara, tidak pada amalannya. Dakwah bagi golongan ilmuan ini tidak pula dilaksanakan. Hanya dakwah atas notis kerja, bukan demi kepentingan ummah.

Bukan kerana Allah.

Maka, ketika ini baru disedari, antara penyakit diri ini dahulu dan orang berilmu ialah sombong dengan ilmu yang dimiliki. Apabila telah diiktiraf oleh jabatan dan sebagainya dengan takhta ilmu yang dimiliki (walaupun hanya atas sekeping ijazah), mula sukar menerima kenyataan untuk bersama orang yang lemah dan tidak setinggi mana pun darjatnya. Malang sungguh dahulu, lalai dan alpa. Tidak teguh mentauhidkan Allah, dan mengajak orang lain beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Tidak boleh menerima ajakan untuk berdakwah. Sukar menerima orang lain tiab-tiba mengajak beriman kepada Allah s.w.t.

Kini, Allah s.w.t telah menunjukkan pada hamba-Nya yang lemah ini jalan kebenaran. Sehinggalah pada suatu ketika, Allah  membuktikan kekuasaan dan segala-galanya. (Syukran ya Allah. Tiada suatu kuasa yang mampu menandingi ketentuan-Mu. Sungguh, makhluk tiada kuasa. Allah Maha Kuasa.) Dia membuka hijab ilmu pengetahuan yang menyeliputi hatiku. Dia Membuktikan kekuasaan-Nya. Dia Maha Melakukan apa sahaja pada hamba-hamba-Nya.

Barulah kusedari, betapa iman itu yang meletakkan kemuliaan darjat sang manusia di atas kehidupannya. Iman yang menyelamatkan ramai orang dari leka dan alpa dengan tipuan sulit wajah dunia.

DIA yang menyelamatkan hamba-Nya ini dari hanyut godaan dan tipuan dunia. DIA yang membimbing daku dari kerosakan iman kerana pelbagai kemewahan dan kepentingan yang sementara.

Daku bersyukur akan kurniaan-Mu ya Allah. Daku berdoa dan memohon pada-Mu moga dipermudahkan dan diperlapangkan jalan buat mereka mengerti dan memahami betapa agungnya beriman dan bertakwa kepada-Mu.

Amin.

KATA MUSUH ISLAM

Seorang bishop berkata, “Jiwa manusia yg benar2 digenggam oleh tuhan Nabi Muhamad saja yang akan terselamat dari fitnah ini.”

Mereka telah merancang dan memutarkan peranan sebenar ilmu kepada iman. Ilmu yang sepatutnya sejalan untuk kembalikan manusia beriman kepada Allah, dihilangkan fungsinya dengan bayangan harta dan nilai dunia.

Tidak kiralah ilmu itu untuk bidang agama, sains mahupun falsafah, semuanya manusia lihat dan mempelajari untuk kepentingan keperibadi dan harta benda..

Maka, sifat azali manusia, mudah untuk menilai dan mengambil apa yang terpampang di depan mata, walaupun hakikatnya yang tersembunyi itu yang paling berharga dari segala-galanya.

Apa yang boleh diperolehi untuk diri apabila telah berjaya nanti?

Bagaimana kehidupan selepas jangka masa ini?

Berjaya musuh Islalm untuk memecah belahkan ummah. Semakin tinggi ilmu yang diperolehi, semakin tinggi darjat yang akan diberi. Apabila darjat dan pangkat mula mengiktiraf diri, pandangan pada manusia sekeliling mula lemah dan hina dengan kemuliaan yang diberi.

Dulu, niat ikhlas menuntut ilmu hanya kerana Allah. Untuk beribadah kepada-Nya.

Kini, hilang segala niat dan tujuan asalnya. Setelah ditombak dengan pangkat dan harta.

Kerana itu, fikirkan dan nilailah kembali petikan terakhir ini, kerana ia sememangnya kelebihan kepada hamba pilihan Allah s.w.t.

“Kerana iman kepada tuhan..

Manusia spt ini adalah diluar kemampuan vatican…”

PESANAN DARI SEORANG YANG DICIPTAKAN LEMAH

Wahai manusia, sedarilah. Umat kini berada di penghujung dunia. Bukan ilmu yang menilai iman seorang manusia, tetapi setiap orang di seisi rumah, seisi keluarga perlu mengenali dan mempraktikkan saranan agama. Ketahuilah, apa yang dimiliki kini suatu ketika akan pergi. Tetapi apa yang diamalkan di dunia ini, itu yang dipersoalkan nanti.

Kepada semua pejuang ilmu, tundukkanlah ilmu itu pada paras yang paling rendah. Akhir zaman ini, ilmu sahaja tidak akan menyelamatkan iman anda. Sebaliknya, jiwa dan hati anda yang mengenal Allah, dan berjuang seperti mana Rasul Allah yang akan menyelamatkan anda.

Teruskanlah berjuang kepada pejuang ilmu pengetahuan. Serulah ilmu untuk manusia mengenal Allah. Serulah dengan ilmu manusia kembali beriman kepada ALLAH. Serulah dengan ilmu supaya manusi kembali mentaati perintah dan menyembah Allah….

Tundukkan ego yang ternyata menjauhkan diri sendiri dari beriman kepada Allah. Apabila sampai masanya manusia menyeru supaya beriman, jangan teragak-agak untuk bersama mereka.

Jangan tipu wahai manusia yang masih sedar. Zaman permulaan Islam tersebar sudah kembali. Zaman era manusia yang serba jahililliah moden ini (orang islam kafir tanpa disedari) memerlukan kembali gerak pertama kerja Nabi.

Terakhir, beriman itu jua sebahagian dari cabang ilmu pengetahuan. Iman, ilmu mengenal Allah. Iman, ilmu sepadu taat, takut, dan harap kepada Allah. Bimbinglah  keluarga untuk beriman kepada Allah dan laksanakanlah dakwah walaupun sepotong ayat. Peliharalah keluarga dan kerabat terdekat dari kerana IMAN ADALAH LEBIH PENTING DAN UTAMA DALAM PERJUANGAN ILMU PENGETAHUAN.

“Taklukkan ilmu dalam iman, baru akan mengerti erti sebenar kejayaan.”

Daku berpesan atas pengalaman sendiri. Bukan rekaan semata-mata untuk kepentingan laman ini.

Biiznillah.

 

-ada rakan yang telah bertolak ke tempat lain. Daku, masih menanti keputusan. InsyaAllah isnin ini akan diketahui.

-doakan sentiasa🙂

-jaga diri, dan yang lain.

-semoga sentiasa dalam kerahmatan dan peliharaan Allah s.w.t. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: