Amal Dan Usaha.

Menulis dalam rangka yang baru untuk hari ini.

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan baru-baru ini baik dan memberansangkan. Memang tak dijangka dan luar dari perangkaan. Suatu yang sangat besar dan terkesima apabila melihat result yang dikeluarkan baru-baru ini.

Apa yang boleh daku nyatakan, ini semua kurniaan dan anugerah dari Allah s.w.t. Kerana, di luar kemampuan dan keupayaan daku untuk mencapainya. Melihat ada keupayaan diri, sememangnya sukar untuk melonjakkan kaki pada tahap ini.

Bagi diriku,

Daku hanya mampu berusaha sedaya yang ada. Ini semua ketentuan Allah, ini adalah anugerah dari yang Maha Esa.Daku bersyukur akan kurniaan Allah pada hamba-Nya yang lemah dan sentiasa memerlukan-Nya ini.

Seboleh yang dijangkaui, sejauh yang dimiliki.

Hakikatnya, segala ketentuan dan keputusan adalah milik-Mu.

AMAL DAN USAHA

Dalam perjalanan dan pengembaraanku kali ini, baru daku sedari, sebenarnya dalam hakikat pemberian Allah s.w.t dan kejayaan manusia, ada dua perkara yang menjadi asbab kepada pencapaian mereka.

Iaitu amal dan usaha.

Biasa kita terdengar yang manusia berjaya merangkul kecemerlangan dalam sesuatu bidang dan inovasi berdasarkan usaha yang mereka laksanakan.

Pelbagai jenis usaha. Dari yang baik sehingga yang tercela, ada sahaja yang manusia berfikir dan akan melakukan.

Keyakinan pada usaha menjadikan manusia leka, asyik, dan ghairah untuk mencapai tujuan, dengan sebarang jenis usaha yang dilakukan. Sanggup bersengkang mata, bekerja siang dan malam, tidak mengira masa dan usia, kerana terasa betapa bernilainya masa buat kerja dna usaha mereka.

Akibatnya, ramai yang meninggalkan peranan dan tangungjawab sebenar manusia itu diciptakan. Tanggungjawab akan inistitusi kekeluargaan mula diabaikan dan tidak dititikberatkan. Kewajipan dan kefardhuan yang nyata diperintahkan, lebih-lebih lagi cuai dan tidak peduli perlu atau tidak untuk dilaksanakan.

Berjayalah sudah agenda musuh-musuh Islam mengoyahkan dan menjauhkan ummat Islam daripada Tuhan. Dunia yang perlu dimiliki, akhirat biar rugi. Hakikatnya, dunia suatu hari akan pergi, akhirat yang entah bagaimana yang akan menanti dan sudah pasti menjadi tempat destinasi.

Ketika itu, tiada lagi mengelat dan meng’ular’. Sebarang kelakuan dan perbuatan di dunia akan dihisab satu persatu.

Satu persatu.

Sedetik ke sedetik.

Jika kerja yang dilaksanakan itulah yang akan menyelamatkan diri dari perhitungan Allah dan menempatkan ke jannnah, alhamdulillah.

Jika tidak, nauzubillah.

Bagaimana pula amal?

Amal ialah usaha jua. Tetapi amal lebih dinilai pada usaha yang menghubungkan si pelaku dengan Tuhan yang menciptakannya.

Amal merangkumi aspek ibadah. Maka, amal yang dilakukan semata-mata kerana Allah, bukan sahaja memberikan kebaikan pada harapan si pelaku, malah dinilai pahala dan mulia si Allah s.w.t.

Pelbagai bentuk amal yang boleh dilakukan oleh manusia. Solah, sedekah, zakat, takwa, syukur, dan sebagainya, itu adalah amal yang telah dinyatakan oleh al-Qur’an dan as-Sunnah yang perlu dilakukan oleh setiap ummat Islam.

Amal membawa natijah kebaikan kepada manusia dalam kehidupan. Apa yang dihajati akan tercapai, malah Allah memberikan yang lebih baik dari apa yang dihajatkan. Sifat mulia akan lahir pada peribadi pelaku yang sentiasa berbuat amal lebih dari usahanya. Sama ada dalam urusan sesama manusia, mahupun dengan Allah s.w.t.

Tanggungjawab akan peranannya sebagai hamba Allah, peranannya sebagai ummah, ketua keluarga, ahli keluarga, sesama rakan dan jiran dan hubungan sesama manusia akan terjalin apabila benar jalan manusia itu beramal buat Allah.

Belum lagi dikira akan balasan kepadanya di akhirat kelak. Segala jenis nikmat dan kelebihan akan diberikan.

Nyatanya, amal itulah yang dipandang mulia oleh Allah. Usaha sebagai peranan manusia kerana dia telah diciptakan.

Amal juga membezakan seseorang itu muslim yang beriman atau muslim tidak beriman, atau bukan muslim yang mengEsakan Tuhan. Hanya mukmin yang yakin pada amalan lebih dari usaha untuk menentukan sesuatu kejayaan.

-jazakillah atas segala-galanya. Daku tidak mampu dan boleh sampaikan apa-apa atas beberapa halangan dan kekangan yang ada.

-Insya-Allah, ada kekuatan dan dorongan yang baik untuk meneruskan perjuangan. Semoga Allah memudahkan sebarang urusan dan murahkan rezeki pada hamba-Nya ini apabila memohon kelak.

-jaga diri dan yang lain. Perbanyakkan melakukan amal(solah, al-quran, zakat..) dan istiqamah.

-sekali lagi, terima kasih🙂. Sentiasa mengingati dan mendoakan.

-Semoga Allah merahmati dan memelihara sentiasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: