Kepentingan Amal dan Keperluan Usaha

Nukilan ini boleh dikatakan sebagai sambungan pada artikel yang lepas. Cuba menghuraikan lebih terperinci akan mengenai dua perkara, iaitu amal dan usaha.

Kadang-kadang ketika melalui kehidupan ini,

manusia sering menyangka mereka mampu berdiri dengan kaki sendiri.

ketika menempa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu bidang, sangkaan manusia lebih berkisar kepada kebolehan dan usaha yang gigih yang telah dilaksanakan.

Sukar mendengar dari kata-kata yang mereka beruaha atas amal kerana Allah. Hanya mukaddimah cakap yang mereka bersyukur kepada Allah, yang lain melalut akan peranan yang apa yang telah dikerjakan untuk mencapai kecemerlangan yang didambakan.

Maka,

Siang dan malam bersengkang mata.

Tidak mengira masa, kerja dan kerja, mencatit dan mengira di sini sana.

Sibuk dan penuh konsisten.Bagai semua kehendak adalah di bawah ketentuannya berdasarkan apa yang telah diusahakannya.

Daku suka mengambil pengajaran akan perkara yang berlaku dalam kehidupan.

Suatu ketika sedang buat kerja di dalam makmal, tiba-tiba peralatan makmal meletup. Siapa yang akan merangka kesan di sebalik peristiwa?

Sedang bawa kereta di jalan raya, tiba-tiba dilanggar oleh kereta atau kenderaan lain di belakang. Siapa yang merancang untuk berlaku ini semua?

Sedang tekun menjawab kertas peperiksaan, tiba-tiba perut meragam dan kecemasan, siapa pula yang merancang untuk berlaku kejadian yang tidak semena-mena?

Kerana itu, manusia hanya mampu merancang, dan ada kuasa lain yang menentukan.

Itulah Tuhan. Allah Azza wa Jalla.

Perbincangannya, apakah sebaik-baik perancangan? Usaha atau amal?

Apabila dua perkara ini diperbandingkan, ada satu perkara yang akan meningkat, dan satu lagi akan direndahkan.

Dua Perkara.

Kini, ramai orang menilai usaha yang melonjakkan nama dan pencapaian seseorang. Mereka melaksanakan usaha yang berterusan dan sentiasa peningkatan, kerana berkeyakinan itulah yang menjadi sumber kejayaan.

Malangnya, sifat asyik dan ghairah akan mengejar kejayaan ini, usaha lebih diutamakan dari amal yang wajib dan lebih afdal untuk dilakukan. Hal ini menyebabkan amal menjadi rendah dan hilang kepercayaan.

Amal, yang nyatanya suatu keyakinan dan menjadi asbab utama kepada sesuatu pencapaian, adalah tali utama penghubung kepada Allah s.w.t. Amal ialah suatu ibadah. Ia bagaikan usaha ghaibiyyat, kerana tiada pertalian khusus kepada kejayaan yang diharapkan, tetapi lebih bernilai dan berharga, dan menjadi tonggak utama untuk mencapai kejayaan.

Sebagai misalan, sekiranya mengharapkan rumah dan kereta, perlu lebih banyakkan berbuat amal kebajikan dan bersedekah.Mengharapkan  kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran, kena banyak sampaikan peringatan, solat dan berdoa kepada Allah s.w.t.

Kerana zahir sifat amal tidak bersangkut paut akan perkara yang diharapkan, maka ramai orang yang telah meninggalkan usaha atas amal yang sentiasa diperintahkan Allah s.w.t dan saranan Rasulullah s.a.w. Perkara ini menyebabkan umat Islam lebih mempercayai akan asbab kejadian, dari yang menciptakan setiap kejadian.

Bergantung kepada makhluk, lupa kepada Khalik.

Perkara dalam ketentuan Allah.

Hakikat setiap kejadian dan ketentuan adalaah milik Allah. Semua orang memgetahui akan perkara ini. Tidak kira dia muslim atau kafir, semua mempercayai ada kuasa yang kuat yang menguasai akan sesuatu perkara di dunia ini.

Malangnya, pengaruh suasana dan persekitaran sentiasa mengalpakan manusia. Hanya sebenar-benar mukmin yang akan meyakini akan janji-janji Allah, yang akan meyakini sesuatu perkara itu akan berlaku atas kehendak dan ketentuan Allah.

Namun, Allah menilai jua atas usaha yang dilaksanakan oleh manusia. Seperti mana pepatah arab, man jadda wa jadda (siapa yang berusaha dia akan dapat), bertepatan dengan prinsip sunnatullah, dan tidak mengingkari peranan syariatullah.

Keutamaan dalam berpegang pada amal lebih daripada usaha ibarat kerja yang dilakukan oleh seorang pekerja di bawah kepimpinan majikannya. Pekerja yang lebih bekerja penat lelah dalam urusan kerjanya tanpa mempedulikan peranan majikan, sama ada untuk tunjuk dan patuh di bawah majikannya, berapakah peratus yang dia akan peroleh akan hasil yang diharapkannya, berbanding seorang pekerja yang berkerja akan seupayanya, tapi lebih patuh dan mengenali peranan majikannya akan perkerjaan yang dilaksanakan oleh perkerja tersebut?

Justeru, hubungan amal yang merupakan usaha untuk mengeratkan tali penghubung dengan Allah lebih dipandang dinilai oleh Allah s.w.t dari usaha sendirian yang tidak pernah ingin meletakkan pandangannya dan ketentuan dalam milik Allah s.w.t.

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.” (Al-An’am: 59)

Yang meningkat, yang melemahkan.

Perkara yang akan semakin bertambah apabila usaha lebih tawajuh dan yakin dari amal ialah semakin bertambah urusan keduniaan.Apabila semakin meningkat kerja dan usaha, semakin tiada yang sempurna, menjadi semakin leka, dan semakin tamak dengan perkara pencarian.

Apabila bertambah urusan keduniaan, semakin berkurang pula peranan sebagai hamba Allah yang wajib berhubung dengan Allah. Kewajipan dan kefardhuan yang diperintahkan, akan mula diabaikan. Solat, ibadah, kekeluargaan, dan hubungan sesama manusia menjadi renggang dan ada jurang. Sifat sendiri-sendiri, menghakis sifat kekitaan. Akhirnya, urusan akhirat diabaikan, sedangkan itu yang paling utama perlu disempurnakan.

Namun, sekiranya amal yang lebih fokus dan bertambah di samping usaha sekadar keupayaan, maka hubungan dengan Allah akan meningkat, dan kecintaan akan keduniaan akan terhakis. Diri akan sentiasa merasa cukup dengan nikmat dan rezeki pemberian Allah. Keperluan sentiasa berasa dipenuhi. Jiwa menjadi tenang dan tenteram. Urusan kehidupan, kekeluargaan, dan sesama manusia akan sempurna dalam tanggungan dan kewajipannya.

Yang paling utama, urusan akhirat dalam perhatian dan junjungan, urusan dunia diperhati dan dalam jinjingan.

– Harap tiada masalah. seperti yang pernah diusulkan, tidak mampu untuk menulis kerap seperti dahulu. Kadang-kadang dua kali, kadang satu kali di laman ini. (Boleh kan?)

– Alhamdulillah, sekarang sihat wal afiat. Harapnya diri dan yang lain sentiasa sihat dan tersenyum sentiasa.

-sekiranya terbeban akan sesuatu urusan, banyakkan bersabar. Tiada manusia yang sentiasa senang, tiada orang yang sentiasa ok, tiada masalah. Hubungkan masalah dan pertolongan Allah, jaga amal dan istiqamah. insya-Allah beroleh ketenangan dan kemudahan.

-Allah maana. Biiznillah. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: