Coretan Kembara.

Ini perkara baru.

Belum lagi pernah dinukil sebelum ini sepanjang pengembaraan mencari dan mengenali Tuhan.

Tetapi, kali ini cuba untuk menulis sedikit kisah perjalanan, kerana ada kesan yang mendalam melalui peristiwa yang berlaku. Membuatkan daku berfikir dan menharapkan sesuatu.

Malangnya ia tidak wujud di mana-mana kawasanan yang pernah dituju dalam negara Malaysia.

Sukar.

Jadi, dinukilkan di sini sebagai peringatan dan pengalaman yang perlu diambil pengajaran sepanjang kembara ini.

(tak boleh lebih-lebih, secret :))

Kali ini melalui perjalanan yang jauh.

Sungguh, daku tidak sangka akan melalui perjalanan sehingga ke peringkat ini.

Ketika rakan-rakan yang lain telah menuju kea rah yang berbeza, terpaksa diri ini menempuh laluan yang berbeza dengan mereka. Alhamdulillah, ada rakan yang lain sebagai teman buat kembara pada laluan ini.

Bagai dari utara ke selatan, hampir 12 jam perjalanan menuju destinasi. Masa yang panjang dan penglihatan yang luas daku cuba adaptasi dalam diri, mpga-moga ada points yang boleh kuambil bagi laluan ini.

Hujan yang renyai-renyai menjadi asbab menyejukkan kenderaan yang kami naiki dan pandangan. Bukan mudah. Kenderaan terus bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain tanpa henti. Hanya, apabila telah sampai waktu untuk solat dan makan, maka kenderaan berhenti untuk berehat seketika.

Memang penat dan letih. Terutama sekali kepada pemandu. Kami, Alhamdulillah boleh berehat dan berbual  sesama sendiri bagi menghilangkan jemu dan lelah sepanjang perjalanan.

Segala puji bagi Allah, akhirnya sampai jua ke tempat yang dituju sekitar hampir tiba waktu maghrib. Bantuan yang diberikan oleh orang tempatan begitu baik. Tempat untuk berehat, makaanan, iktikaf di masjid, dan mendengar peringatan yang disampaikan oleh orang lain diisi sepanjang tiba di destinasi tersebut.

PALING TERKESAN.

Perkara yang paling membuatkan daku terkesan dan membuahkan harapan ialah suasana dan penduduk di sekitar tempat tersebut.

Cukup terkesan dalam diri ini. Suasana sepeprti ini tidak pernah wujud dan pernah dilihat dengan realti sepanjang daku bermusafir selama ini.

Penduduknya benar-benar menamalkan apa yang disyariatkan dalam ad-din. Mereka menjaga pergaulan, ikhtilat, dan peranan mereka sebagai penduduk tempatan yang mengamalkan Islam.

Para jemaah dan penduduk tempatan, masya-Allah, ramai yang berjubah putih, berserban, dan wajah bercahaya  ketika berbual. Almost, penduduk tempatan di kawasan tersebut (lebih menyerupai kawasan kampung) akan menuju ke masjid untuk solat jemaah bersama-sama.

Majlis yang diadakan dalam masjid itu akan dihadiri oleh ramai orang. Sama ada dari kalangan pelajar, penduduk tempatan, atau masyarakat yang luar baru tiba di kawasan itu.

Malah, Di kampung itu jua ada sekolah madrasah. Konsep madrasah ditubuhkan untuk melahirkan pelajar yang alim, mahir dan perpengetahuan dalam bidang agama,  di samping memberi penekanan dalam tahfiz al-Qur’an. Proses pembelajaran pula mengambil masa sekitar 8-10 tahun. Kebiasaannya, madrasah ditubuhkan di kawasan masjid yang tertentu. Golongan muda seusia sek. rendah sehingga sek. menengah semuanya belajar dalam sistem dan madrasah yang sama.

Pelajar madrasah yang rata-rata berpakaian serba putih. Dari serban sehingga ke jubah mereka bersama-bersama menuju ke masjid. Pendidikan arab adalah satu kemestian. Nyatanya, mereka tidak belajar SPM, dan bukan sealiran dengan sistem sek. pondok.

Mengenai kaum wanita di kawasan perkampungan tersebut, masya-Allah. Daku tidak pernah melihat suasana kaum wanitanya sebegini. Sama ada di tempatku berada, belajar, mahupun di mana-mana kawsasanan yang pernah daku pergi di Malaysia.

Mereka sentiasa menjaga aurat. Bukan itu sahaja,rata-rata mereka bertudung labuh, dan ramai pula yang memakai niqab. (Daku ingat lagi kisah-kisah yang ditonton dalaam TV mengenai suasana agama di sekitar Indonesia. Dan, mereka seperti dalam suasana rancangan TV tersebut!)

Bagi penduduk kampung yang beragama Islam, boleh dikatakan keseluruhan wanita mereka memakai pakaian yang longgar. Tudung mereka semuanya labuh ke paras dada.  Yang memakai niqab pula bagai suatu yang berbeza. Berbeza dari keadaan pemakai. Sekiranya di tempatku atau kawasan yang lain pernah kutuju, pasti kedengaran manusia yang janggal, pandang pelik, dan  pelbagai penafsiran negatif. Tetapi, di kawasan itu pula, suatu yang berbeza dirasai. Wanitanya bagai bebas untuk berpakaian seadanya, niqab, dan tiada perasaaan yang berbeza seperti dirasai oleh wanita di tempatku. Tiada reaksi yang negaif langsung, sama ada melihat keadaan mereka atau bpegaulan mereka dengan penduduk sekitar. Mlaah, ia menjadi suatu toleransi dan budaya di kampung tersebut.

mereka juga bebas berikhtilat walau dalam pakaina serba tertutup dan ramai pula yang berpurdah. Mlaah, ramai antara mereka yang menjadi peniaga, menjual baju, dan menjaga kedai runcit. Tetapi, batasan pergaulan terpelihara. Apabila bukan mahram mahupun kaum lelaki berada di dalam kawasan kedai, maka mereka akan melihat dari jauh atau luar. Anak-anak akan menjadi teman atau sebagainya.

Sungguh, suasana yang serba dalam amalan dan usaha agama ini membuatkan daku begitu merasai indahnya perkampungan itu.  Malah, perasaan lebih tenang dan tenteram sama ada pada hati atau  mata dirasai di sana.

Benarlah. Sesiapa yang benar-benar mengamlakan apa yang dinyatakan al-Qur’an, dan ditekaknkan olenh as-Sunnah, maka Allah pasti memelihara mereka. Terpelihara dari godaan nafsu,dunia, dan syaitan, terhindar dari azab Allah dan api  neraka.

Dijauhkan dari fitnah dan manusia. Dilindungi dari pandangan mata yang hina.

Hakikatnya,

Mereka bukanlah gologan-golongan berada dan kaya. Mereka bukanlah mewah dengan harta dan benda.

Tetapi, mereka indah dan kaya dengan amalan dan usaha agama.

Bertanya kepada seorang rakan, “mengapakah mereka boleh mengamalkan dan hidup dalam suasana sebegini,bukan di tempat kita?”

Jawabnya, “kita diuji dengan kesenangan, mereka diuji dengan kesusahan.”

Dalam hatiku, daku sentiasa berdoa moga-moga roh yang hidup dalam suasana agama di perkampungan tersebut boleh daku bawa pulang ke tempatku. Walaupun daku tidak mampu untuk mengubah suasana buat satu masyarakat dan perkampungan, daku masih boleh fikirkan sesuatu buat mereka yang berada di sekelilingku. Adik beradikku, ayah dan ibuku, mahupun rakan-rakanku.

Dalam jiwaku jua, daku berdoa moga-moga kelak lahir dari institusi kekeluargaanku yang hidup dalam amalan dan roh ad-din Islam. Mengekalkan kecemerlangan melalui jambatan akhirat, yang menjadikan duniawi sebagai keperluan dan usaha pencarian.

Alangkah indahnya harapanku tercapai.

Inginku bawa kesan itu dalam kehidupan.

(Ada yang yang sangat menonjol dari peristiwa dan pengalamanku di tempat tersebut. Yang paling sangat-sangat terkesan. Membuahkan suatu ilham dari Tuhan.Tetapi tidak boleh dikisahkan di sini. Daku simpan sehingga suatu hari nanti. Biiznillah…)

 

-Alhamdulillah… Moga-moga sentiasa ceria dan gembira.

🙂. Insya-Allah, bacaan yaasin dan doa selamat buat beliau. Semoga dirahmati Allah buatnya di alam sana. (teringat lagi ada menulis tentang perkara ini suatu ketika dulu…)

-Penulisan itu membuatkan diri ini berfikir sesuatu. Apabila kelapangan, insya-Allah hasilkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: