Alhamdulillah…. Berjaya!

Ini bukan cacatan perjalanan. Tetapi atas nikmat dan kurniaan Allah s.w.t

Ia berlaku lama, sejak suatu ketika dahulu. Daku ingatkan tiada apa-apa balasan atau balasan selanjutnya. Tetapi, rupa-rupanya nukilan diterima dan dimaklumkan oleh assistant editor majalah tersebut.

Apa yang boleh kukatakan, pertama-pertamnya daku bersyukur atas nikmat dan rezeki kepada hamba-Nya yang lemah ini. Daku berterima kasih kepada editor dan pihak pengurusan majalah. Terima kasih kerana sudi jua membaca karyaku, sudi mengedit, dan sudi menerbitkan nukilanku.

Nukilan itu bersifat kehidupan dan kekeluargaan. Ia terhasil dari fikiranku, dan situasi yang berlaku dalam kehidupan di Malaysia kini.

Ramai orang yang sering berkata akan perkara yang sama. Ia bagai isu yang hangat, terutama pada golongan muda mudi, yang gemar berpasangan dan fikir akan hubungan antara lelaki dengan wanita sehingga membawa ke jenjang pelamin.

Diasbabkan sering menjadi bahan bualan dari rakan seusia dan pelbagai pihak, ia membuatkan daku berfikir. Terus berfikir sehingga mengkaji. Terus mengkaji sehingga cuba daku menghuraikan isu tersebut melalui cara tersendiri.

Alhamdulillah, akhirnya disiarkan jua. Daku ingatkan hilang dari penglihatan dari catitan mereka, rupa-rupanya masih lagi dalam rekod, tanpa buangan.

Sangat lama. Seingat daku, daku menulis sejak tahun yang lalu. Hampir setengah tahun baru keluar khabar berita.Jadi, perangkaan masa yang panjang dan tanpa khabar berita, menyukarkan daku untuk terus menulis dan malas untuk menghantar karya.

Hal ini kerana beberapa perkara. Antaranya kerana daku menulis berniat untuk disebarkan. Maka, apabila penulisanku tiada khabar, maka misi utamaku menulis terhalang dan hilang.

Maka, dakwah yang ingin disampaikan terhalang. Niat penulisanku tidak kesampaian.

Ia membuatkan sukar untuk terus menghantar karya. Boleh jua dikatakan berputus asa, walau lebih kepada malas sebenarnya (ish,ish,ish… :()

Jadi, daku lebih gemar untuk menulis di laman ini. Bila-bila boleh terus menulis, dan bila-bila masa akan disebarkan.

Maka, ramai yang boleh melihat, ramai yang boleh menimba pengetahuan dan pengajaran.

Gembira?

:) Alhamdulillah. Ya, gembira jua. Hal ini kerana inilah nukilan pertamaku yang berjaya diterbitkan oleh majalah. Hakikatnya, daku sebenarnya memang kurang untuk menghasilkan karya dan ingin diterbitkan oleh majalah.

Ukiran hati…

Terima kasih kepada mereka yang sering memberikan dorongan dan mendoakan daku untuk cuba memperbaiki, terus menulis, dan menghasilkan karya. Daku doakan semuanya sentiasa dirahmati Allah, dan sentiasa dalam peliharaannya.

Perkara ini membuahkan semangat buat diriku kembali.Insya-Allah, daku cuba untuk terus mengkaji dan menyelidik. Seterusnya cuba menghasilkan karya kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Jakallah kepada semua yang sentiasa mendorong. Hanya Allah yang boleh membalas jasa kalian. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memelihara kalian.

Amin.

 

-karya yang diterbitkan itu atas usaha dan di samping berbincang dengan beberapa rakan dan kenalan. Alhamdulillah, lengkap dan disiarkan.

-boleh dilihat dalam majalah aniqah (Jun 2011).

-Jazakillah atas dorongan 🙂🙂. (Agghh… sukar nak cakap. Kalau boleh nak lafaz dengan lisan sendiri. Tetapi, tidak pandai –dan tak mahu buat- dalam laman ini)

– semoga terus berjaya apa yang diusahakan. Semoga Allah merahmati dan memelihara diri dan yang lain sentiasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: