Menghampiri destinasi baru.

Jauh…

di kawasan pedalaman.

Penempatan bukan seperti di bandar, bukan seperti di pekan samudera.

Penduduk yang ramai,tetapi serba kekurangan.

Mungkin agak lama berada di sini. Mentarbiah diri, dan memperbaiki sifat diri yang serba kurang sana sini.

Keluar dari kelompok hidup mudah dengan segala kemewahan dan kesenangan duniawi.

Membuka mata dan minda. Cuba melihat kesukaran dan kekurangan orang lain, yang tidak pernah diketahui.

Mereka, belajar dengan apa yang ada. Kehidupan, kewangan, dan segala-galanya.

Dipenuhi berdasarkan kemampuan.

Benarlah. Ramai manusia mudah lupa apabila mereka senang. Mereka mula mengingati dan sedar apabila ditimpa kesukaran.

Ketika itu, baru sujud dan tekun melaksanakan ibadah. Mempelajari agama, mendidik keluarga dengan angan-angan dunia, dan akhirat yang kekal selama-lamanya.

Walaupun penduduk di kawasan ini bukanlah dari golongan kaya raya, tetapi mereka sekeluarga dan masyarakat setempat berpegang teguh dengan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Mereka tekun mendengar peringatan, sesama masyarakat saling memberi peringatan.

Tetamu atau kunjungan dari luar disambut dengan meriah. Walaupun mereka bukanlah dari golongan yang berkemampuan, tetapi tetamu diberi keutamaan.

Diri ini meneruskan kembara….

Menuju jalan menghampiri Allah yang Maha Esa.

Moga dakwah dan peringatan terus cuba disampaikan, agar beroleh jalan yang diredhai Allah.

Kerana, dakwah umat akhir zaman bukan kerja persendirian, bukan jua kerja segolongan,

tetapi ia kerja mulia Rasulullah, kewajipan untuk dijalankan kepada umatnya yang sebenar-benar ummat di akhir zaman.

-mungkin masa yang lama tidak boleh menulis secara kerap. Kawasan tidak pasti baik atau tidak saluran untuk online. Insya-ALlah, daku cuba apa yang semampu memenuhi ruang ini sebaik mungkin.

-tak sempat menelaah rencana itu. Kemudian nanti, insya-Allah

-don’t give up. Teruskan usaha, yang membawa natijah kebaikan.

– doakan  di sini. Sungguh, tiada daya upaya atas kembara kerana sendiri…

-daku doakan semoga gembira sentiasa dan dirahmati Ilahi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: