Solat.(1)

Hayya ‘ala assolah

Hayya ‘ala assolah

Hayya ‘ala falah

Hayya ‘ala falah

Laungan azan lima kali sehari semalam menandaan masuknya waktu solah bagi seluruh umat Islam. Takbir bergema dari rumah Allah, mengajak sekalian muslim supaya bersama-sama melaksanakan ibadah yang wajib baginya.

Sungguh, tinggi martabat ibadah solah pada pandangan ad-din Islam. Ia bukan lagi suatu canang atau ajakan kepada sesiapa yang ingin melaksanakan. Jika melaksanakan, menbdapat ganjaran pahala, jika tidak melaksanakan, akan rugi dan tercela.

Tetapi, solah kepada sekalian muslim yang telah akil baligh adalah wajib. Tiada yang terkecuali, melainkan tiada akal dan uzur syari’e.  Tidak kira berada di mana-mana atau apa sahaja yang sedang dilakukan, apabila tibanya waktu solah, maka wajiblah agar disegerakan.

Segala aktiviti yang melalaikan dan kepentingan lain, segera diberhentikan.

Berkumpul dan bersatu membuat satu barisan atau saf yang sama, menanti imam melaungkan, “Allahuakbar.”

SKETSA KEHIDUPAN

“Ah, lecehlah. Kita tengah sibuk ini. Tak sempat siapkan kalau sembahyang nanti.”

“Orang tahulah. Macam la kita tak tahu hukum hakam agama.”

“Malaslah. Sembahyang dekat bilik kat senang. Bukan tak boleh pun.”

“Pergi-pergi dahulu. Nanti aku datang.”

Dialog biasa manusia apabila mendengar orang mengajak solah di masjid atau di surau secara berjemaah. Pelbagai jenis kerenah dan ragam. Ada sahaja yang tidak kena dan dijadikan sebagai alasan.

Ramai muslim kini mengambil mudah menilai kepentingan solah. Ramai orang beranggapan solah sendiri-sendiri pun boleh buat, tiada salahnya dari sisi agama. Ramai juga yang berpandangan, solah buat di bilik lagi mudah, tak perlu susah-susah pergi berjemaah ke masjid.

Yang lebih hiba dan mendukacitakan, langsung tak reti dan faham  untuk bersembahyang. Leka terus dibuai mimpi duniawi. Ramai yang mengajak, dibuat saja-saja tidak tahu.

Hidup segan, mati tak  mahu.

Mendengar telahan dan reaksi sekalian umat kini, telah nyata dan dapat dibidik, di mana iman seseorang muslim itu.

Apabila antara syariat yang paling tinggi dan agung yang diperintahkan oleh Allah s.w.t tidak dilaksanakan, ternyata iman yang setebal kulit bawang itu semakin nipis dan bila-bila masa sahaja boleh hilang.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w, apabila semakin tibanya hari kiamat, ramai orang beriman pada waktu pagi, tetapi kafir di waktu petang. Ramai juga yang beriman di waktu petang, tetapi kafir di waktu pagi.

Hakikatnya, kejayaan sebenar ummah Islam hanya terletak dalam solah.

SOLAH- MENUJU KEJAYAAN

Mengapa selepasa kalimah solah di dalam  azan dikaitkan dengan kejayaan?

Di manakah buktinya?

Sedari atau tidak, kejayaan yang ditimpa dengan nama, pangkat dan harta, bukanlah kejayaan yang dimaksudkan. Itu hanyalah  pencapaian. Pencapaian  setelah berusaha.  Pencapaian setelah bertungkus lumus dalam sesuatu bidang atau kerjaya.

Kejayaan sebenar ada dalam  solah. Buktinya?

“Sungguh beruntung orang-orang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.”  Surah al-Mukminun:1-2)

Berjayalah kepada orang yang menjaga solatnya. Bukan sahaja menjaga solat dari segi waktu yang diafdalkan, malah jua kerana khusyuk dan khudu’ (rendah diri) ketika melaksanakan.

Kejayaan bagi para mukminin pula bukan sahaja terletak di akhirat semata-mata. Malah, turut buat kehidupan di dunia.

Melindungi diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Melindungi diri dari masa yang sia-sia.

Istiqamah dalam melakukan kerjaya.

Yang paling utama,

Ketenangan dalam meneruskan kehidupan. Tidak kira disibukkan dengan perkara apa, menerima cercaan dan menjadi hina, miskin dan papa, atau tidak mampu menggapai keindahan dunia, orang yang menjaga dan khusyuk solat hanya kepada Allah s.w.t sentiasa tenteram dan tenang meneruskan kehidupannya.

Segala urusan yang dilaksanakan kembali kepada Allah s.w.t. Dia Maha Mengetahui apakah yang terbaik buat hamba-Nya yang taat, takut, dan harap padanya.

Inilah antara nikmat buat orang yang menjaga solatnya. Dipelihara dari perbuatan dosa, dijauhkan dari godaan syaitan dan dunia.

– sedang berada di perantauan. Melihat dan mempelajari sesuatu tentang kehidupan, di samping tujuan utama mengenali dan akrab dengan Allah.

-jaga kesihatan sentiasa bersama yang lain. 

-semoga Allah merahmati dan memelihara sentiasa

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: