Solat (2)

Kisah dan rencana ini kesinambungan dari artikel yang lalu.

Semoga ada manfaat. InsyaAllah

SUATU KISAH.

Ini kisah benar.

Kisah yang menjadi pengajaran buat orang yang beriman dan  mengetahui nilai keduniaan, dan betapa besarnya nilai akhirat yang kekal selama-lamanya.

Kisah ini berlaku pada zaman nabi Allah Musa a.s.

Seorang wanitadari kaum Bani Israel datang keapda nabi Musa a.s. dan berkata: “ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah melakukan dosa besar, tetapi aku telah bertaubat kepada Allah s.w.t. Maka doakanlah bagiku semoga Allah s.w.t mengampuni dosa dan menerima taubatku.”

Lalu nabi Musa a.s. bertanya, “apakah dosa yang telah engkau lakukan?”

“Ya Rasul Allah! Sesungguhnya aku telah berzina, kemudian aku melahirkan seorang anak dan aku telah membunuh anak itu.”

Mendengar sahaja jawapan wanita itu, murkalah nabi Musa a.s. “Pergi engkau dari sini sekarang juga, hai wanita pendosa dan penzina! Moga-moga Allah tidak menurunkan api dari langit yang akan membakar kami semua disebabkan oleh kelakuan keji kamu.”

Pergilah wanita itu  dalam keadaan yang sangat sedih hati. Ketika itu, datanglah malaikat Jibril a.s. yang turun membawa wahyu, sambil berkata kepada Musa a.s.: “hai Musa, Allah menyuruhku menyampaikan firman-Nya kepadamu: ‘mengapakah engkau menghalau wanita yang bertaubat itu, hai Musa!  Bukankah engkau masih boleh mendapati orang yang lebih jahat daripada wanita itu?”

Nabi Musa a.s. terpegun sebentar lalu bertanya kepada Jibril a.s.: “siapakah pula  orang yang lebih jahat daripada wanita itu?”

Jawab Jibril: “itulah orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.”

********************

Kisah ini pula dipetik dari kitab al-Kaba’ir karangan Imam Zahabi.

Pada suatu ketika, seorang lelaki datang menziarahi saudara perempuannya yang baru sahaja meninggal dunia. Dalam pada dia menolong menguruskan penanaman jenazah ke dalam liang lahad saudaranya itu, tiba-tiba dompetnya terjatuh ke dalam kubur tanpa disedari olehnya dan orang lain, sehinggalah semua orang pulang ke rumah masing-masing.

Apabila lelaki tersebut menyedari yang dompetnya tiada, lantas dia mengagak dompetnya itu telah terjatuh ke dalam liang lahad saudaranya itu.

Maka, dia pun kembali semula ke kubur tersebut dan terus menggali semula. Namun alangkah terperanjatnya, dari dalam kubur tersebut memancar api yang panas dan menyala-nyala! Segera ditimbuskan kembali kubur itu dengan tanah dan tanpa terfikir lagi akan dompetnya yang berada dalam kubur itu.

Dengan rasa takjub dan kesal, dia pulang ke rumah dan menemui ibunya. Sambil menangis teresak-esak, dia berkata: “oh, ibuku! Ceritakanlah kepadaku perihal saudara perempuanku dan amal yang telah dikerjakan selama ini…” Terkejut dengan soalan itu, ibunya bertanya: “mengapakah kamu bertanya sebegitu?”

Kata lelaki itu: “aku melihat kuburnya keluar api!” Dia menceritakan apa yang telah dilihatnya sebentar tadi.

Mendengar ungkapan anaknya itu, menangis si ibu dan berkata: “Wahai anakku, pada pemerhatian ibumu ini, saudara perempuanmu tidak berbuat apa-apa yang besar kesalahannya, melainkan dia selalu meremehkan waktu solat dan melewatkan solat pada waktunya.”
DOSA MELALAIKAN SOLAT

“Maka celakalah orang yang solat. (Iaitu) orang yang lalai dalam solatnya.”   (surah al-Ma’un: 4-5)

Allah menjanjikan neraka Wail buat orang yang melalaikan solat.

Bagaimanakah pula orang yang sengaja meninggalkan solat?

Nauzubillah…

Lindungilah kami dari orang yang lalai mengerjakan perintah-Mu

Peliharalah kami dari orang yang alpa  mentaati perintah-Mu

Bimbinglah kami atas jalan keredhaan-Mu.

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang melaksanakan solat, ya Tuhan  kami, perkenankanlah doaku.” (surah Ibrahim: 40)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: