Bukti Kecintaan Kepada Allah (1).

“Ali, aku sudah jatuh cinta!”

“Oh, kekasihku, mengapa hari ini engkau berdiam diri? Apa yang tidak disenangi olehmu? Apa yang telah berlaku kepadamu?”

“Indahnya sekiranya kita sentiasa dapat bersama, wahai Melah!”

Kata-kata yang indah.

Melankolia.

Mempersonakan.

Itu bukti kecintaan oleh manusia apabila hatinya mereka telah bertaut untuk bercinta. Apabila terjalin untuk mencintai satu sama lain, semuanya bagai indah dan mempersonakan. Tidak nampak langusng di mana kelemahan, di mana kesilapan. Tiada apa yang mampu menghalang kisah cinta mereka. Walau diserang oleh segerombolan musuh, dipisahkan di antara benua, mahupun perlu diredha hutan belantara dan lautan api, tetap sanggup dihadapi demi membuktikan kasih cinta mereka.

Malangnya, apabila telah dapat dan dikecapi nikmat yang diharapkan, kisah cinta yang indah dan penuh halangan dahulunya menjadiu pudar. Hilang dibawa masa dan ketika. Mereka yang indah dan dipuja suatu ketika dulu, menjadi bahan mual dan bisu ketika bersama.

Tiada lagi manifestasi kisah romeo dan juliet. Tiada lagi binaan mewah Syah Jahan kepada kekasihnya Mumtaz.

Kini, anjing dan kucing mencari bahan untuk dibuat cerita.

KEKUATAN CINTA MANUSIA

Mencari kesempurnaan dalam cinta manusia, pada suatu hari nanti akan berakhir . Percayalah. Walau seindah dan sehangat mana pun waktu bercinta dahulu, suatu ketika akan diselubungi perasaan jemu dan buntu.  Bertemu dengan jalan susah dan kaku. Semua menjadi serba tidak kena, ada sahaja silap dalam pandangan matanya.

Cinta ini sifatnya lahir dari nafsu. Fitrahnya, hubungan mula terjalin kerana daya tarikan yang dirasai wujud antara satu sama lain. Nafsu menyatakan keinginan, anggota badan melaksanakan usaha dan perlaksanaan.

Kisah cinta yang indah dan hangat dahulu telah berakhir. Berakhir kerana hasrat dan keinginan pada pasangan telah pun diterima. Apa lagi yang diharapkan pada empunya badan? Nafsu yang menyatakan keinginan telah terima apa yang diharapkan. Syaitan yang sentiasa membisikkan godaan dan kesesatan, sentiasa mencari buah sasaran. Apabila segalanya telah diterima, hilanglah harapan yang diletakkan, hilang jua punca kepada kekuatan menjalinkan hubungan.

Ketika itu, tanggungjawab yang melahirkan kekuatan untuk meneruskan hubungan. Sekiranya lalai dan alpa akan peranan dan tangungjawab, hilanglah nilai cinta dan hubungan yang suatu ketika dahulu menjadi harapan.

Tanggungjawab mengisi kekosongan yang wujud dalam hubungan yang masih dijalinkan. Dengan tangungjawab sebagai ketua keluarga, mendidik anak, menjaga hubungan kekeluargaan dan sebagainya, ini yang menjadi buah untuk meneruskan kehidupan.

Mengisi ruangan tanggungjawab pula bukanlah tugas yang mudah. Perlu pengorbanan yang kematangan dalam membuat penilaian. Sekiranya tersilap langkah yang diambil, akan terkesan kepada manusia yang lain. Perlu dilakukan dengan penuh sabar dan rasional akal berfikir apa yang telah berlaku, agar tidak merosakkan hubungan dan peranannya kepada orang lain.

bersambung…

– beberapa hari lagi akan berpuasa. Banyakkan membaca al-Qur’an, beribadah, amal kebajikan, doa, dan sebagainya untuk persiapan di bulan yang mulia.

– buat yang lain, puasa penuh. H-d-, belajarlah berpuasa penuh. H-ja-, belajarlah untuk tarawikh  (salah) berpuasa. Kecil-kecil cili api…🙂

-buat si kecil, jangan susahkan diri ya.  (nak suruh puasa, kecil lagi🙂 )

-Banyakkan bersabar dan bertakwa pada Allah. Moga-moga tergolong dari kalangan hamba-Nya yang bertakwa. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: