Monthly Archives: Ogos 2011

Tudung dan wanita

Bukan nak tegur.

Tetapi ingin beringat.

Beringat untuk diri sendiri dan kepada manusia yang lain.

Dalam kebanjiran besar fenomena manusia melihat kepada peredaran masa dalam bab berpakaian, ada kalanya ramai yang terlupa menjengah makna hal dan haram dalam berpakaian.

Asal nampak  cantik dan menarik, pakai sahaja.

Manusia yang digelar wanita fitrahnya sentiasa ingin kelihatan cantik dan tertarik.

Manusia yang bergelar lelaki pula fitrahnya tertarik kepada apa sahaja yang cantik dan menarik.

Daya yang seperti positif dan negatif pola magnet ini adakalanya bawa kebaikan, tetapi kini lebih kedengaran membawa kepada kejahatan.

Masalah sosial dan moral remaja.

Masalah anak tak ada ayah, zina.

Masalah, masalah, masalah….

Continue reading →

Kebenaran diriku….

Kalamku….

Kini usiaku genap 23 tahun.

Genap sudah menghadapi usia sebagai pemuda.

Pemuda yang bagaimana?

Syabab?

Ghulam?

Rijal?

Continue reading →

Kisah Pertaubatan Hassan Basri

Pada mulanya Hassan Basri adalah seorang pedagang batu permata, kerana itu ia dijuluki Hassan si pegadang mutiara. Hassan mempunyai hubungan dagang dengan Byzantium, kerana itu ia berkepentingan dengan para jeneral dan menteri Kaisar. Dalam sebuah peristiwa ketika berpergian ke Byzantium, Hassan mengunjungi perdana menteri dan mereka berbincang-bincang beberapa saat.

“Jika engkau suka, kita akan pergi ke suatu tempat.” Menteri mengajak Hassan.

“Terserah kepadamu,” jawab Hassan. “Ke manapun aku akan menurut.”

Maka menteri memerintahkan agar disediakan seekor kuda untuk Hassan. Setelah menteri dan Hassan naik ke punggung kuda, berangkatlah mereka menuju ke padang pasir. Sesampainya di tempat tujuan, Hassan melihat sebuah khemah yang diperbuat dari brokat Byzantium, diikat dengan tali sutera dan dipancang dengan tiang emas di atas tanah. Hassan berdiri di kejauhan.

Continue reading →

Bukti Kecintaan kepada Allah (2)

(sambungan dari artikel yang lalu)

KECINTAAN MANUSIA VS KECINTAAN ALLAH

Hakikatnya, kecintaan manusia bersifat lemah dan sementara. Lemah kerana memerlukan manusia lain untuk menyatakan cinta. Sementara kerana nafsu yang wujud dalam diri yang menyatakan keinginan kepadanya.

Tetapi, cinta Allah adalah keajaiban dan penuh ketakjuban. Cinta Allah bukan memerlukan pancaindera normal manusia untuk menilai hadirnya cinta. Cinta Allah itu Maha Luas dan tiada langusng sempadan baginya.

Mencintai tanpa mengetahui siapa zat yang dicintai. Namun, wujud bukti Dia yang dicintai. Keagungan-Nya terserlah. Kebesaran ternyata wujud di depan mata.

Continue reading →