Kebenaran diriku….

Kalamku….

Kini usiaku genap 23 tahun.

Genap sudah menghadapi usia sebagai pemuda.

Pemuda yang bagaimana?

Syabab?

Ghulam?

Rijal?

Daku lebih senang menjadi pemuda yang asing. Pemuda agama. Pemuda yang mengamlakn dan menyebarkan apa yang disyariatkan Islam.

Al-ghuraba.

Kini, Islam semakin menjadi asing. Islam tidak asing pada nama, kerana seluruh dunia kenal dan mengetahui akannya.

Tetapi, Islam asing dari pengamal dan menegak syariat-Nya. Asing dari mengamalkan sunnah kekasih-Nya. Asing dari berjalan dari umat Rasulullah s.a.w.

Sering kali manusia akhir zaman Rasulullah s.a.w mengungkapkan sebagai umat baginda. Namun, siapakah sebenarnya umat baginda?

Umat baginda ialah yang merindui baginda.

Umat baginda ialah yang cinta akan baginda.

Umat baginda ialah yang menegakkan dakwah, dan menyebarkan Islam sebagaimana yang diusahakan baginda sehingga bersinar di sekalian alam.

Sempena hari mulia ini,

daku ingin menyebarkan suatu kebenaran.

Kebenaran di sebalik kewujudan diriku yang hina ini.

Hina dan lemah di sisi tuhanku.

Ingin diceritakan,

Dalam hidupku kini ada satu jenis manusia yang benar-benar daku rindui .

Daku rindukan dan kasihi mereka bukanlah kehendak dunia.

Tetapi, kerana Allah s.w.t.

Mereka,

adalah orang yang terpenting dalam hidupku, kini. Ingatan dan kenanganku bersama mereka membawa daku mengenal dan semakin akrab dengan Allah s.w.t.

Mereka hanyalah manusia biasa. Bukan superman, batman, atau malaikat dari singgah sana-Nya.

Tetapi, mereka adalah mereka, yang biarpun mereka tidak sedar kepentingan mereka dalam hidupku, mereka adalah yang menjadi asbab daku kembali kepada Allah s.w.t.

Jujurnya,

Hanya ada dua orang sahaja yang membawa kesan ini.

Pertamanya, sahabat baikku.

Dia sahabat yang biasa-biasa sahaja. Tidak nampak apa-apa kelebihan dan keistimewaannya. Malah, kami ada sahaja yang bercanggah pendapat, ada juga yang sering ketawa bersama. Dia berbeza juga perwatakannya. Banyak berkata-kata, sedangkan daku lebih banyak berfikir, diam sendiri, mencari kata Ilahi.

Tetapi, kata-katanya sering masuk ke dalm jiwaku. Kata-katanya sering berpalun kembali kepada tuhanku.

Apabila bercerita atau menyampaikan sesuatu perkara, pasti diisbatkan kembali kepada perihal agama. Perihal segalanya wujud atas kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Berpaut kembali segala yang berlaku dalam pengetahuan dan kuasa Allah s.w.t.

Dia membuatkan daku sentiasa berfikir, melihat dan mengakui Allah adalah Maha Berkuasa, Bijaksana, dan segalanya.

Orang yang kedua pula,

Hhmmm…..

…………..

Sukar daku nak ungkapkan.

Tidak diketahui dari bahagian mana untuk dibicarakan.

Tetapi, inilah kehendak dan perjalanan yang wujud atas kehendak Allah.

Sungguh,

Daku tidak pernah benar-benar mengenali dan  mengetahui siapa akan dirinya.

Daku tidak pernah mengetahui siapa berada di sekelilingnya.

Daku tidak pernah sedari apakah kisah kehidupannya.

Bagaimana sifat dan peribadinya….

Bagaimana hati dan pengetahuannya…

Tetapi, yang daku ketahui….

Dia yang Allah ciptakan asbab buat diriku untuk kembali merenung dan mengetahui, Allah yang Maha Berkuasa, Allah yang Menciptakan segala-galanya.

Daku tidak mengenali, tetapi Allah Maha Mengetahui.

Daku tidak mempercayai, tetapi Dia yang Maha Menepati.

Daku bukan merancang, tetapi Dia yang Maah Menentukan.

Kerana itu,

Apabila berfikir dan mengingatinya,

Daku kembali bertawajuh kepada Allah s.w.t.

Apabila daku cuba berbuat sesuatu dan menilai sesuatu perkara,

Daku sedar dalam perancangan dan pengetahuan Allah s.w.t.

Kerana itu,

Walau daku bukanlah sesiapa,

daku sentiasa mendoakan mereka. Berterima kasih kepada mereka.

Biarpun mereka tidak pernah mengetahui apa yang daku rasai,

Biarlah daku sentiasa palunkan doa moga-moga Allah s.w.t sentiasa merahmati dan memelihara insan-insan ini.

Moga-moga mereka turut mengagungkan-Mu.

Moga-moga mereka turut mengenali-Mu.

Moga-moga mereka turut akrab dan membesarkan-Mu.

Semoga sentiasa mencari dan mengenali Allah s.w.t.

Semoga sentiasa menilai cinta dan rindu yang teragung buat Allah s.w.t.

Semoga mengenali erti taat, takut, dan harap semata-mata kepada Allah s.w.t.

(Terbit dari satu kata hati. Suatu hari, daku bertanya dalam diri, siapakah yang paling penting dan engkau rindui daalm hidup ini? Daku berkata, ‘mereka yang membantu daku dalam mengenal dan membesarkan Allah s.w.t.’)

 

May ALlah always bless us. 

Inna Allah maa’na

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: