Pesona Rasulullah dengan Anak Kecil

Perjalanan semakin menuju ke pengakhiran.

Rintangan, dugaan, dan keseronokan yang ditimba dalam kembara kali ini,

daku cuba mengambil iktibar, pengetahuan, dan pengajaran dalam rencana kehidupan.

Apa yang daku peroleh, dalam mengenali dan mencari nilai cinta kepada Allah, ia perlukan pengorbanan dan mujahadah. Berhijrah dari kehidupan biasa, mencari nilai hidup manusia diciptakan di dunia.

Apa-apapun, daku akan selesai kembara ini tidak lama lagi. Insya-Allah…

***************

Dalam mencontohi sifat dan didikan dalam bidang kekeluargaan, ramai orang suka mencari dan melihat kaedah terkini dalam didikan anak.

Pelbagai kaedah. Ramai orang telah merencanakan pelbagai keutamaan kaedah mendidik anak. Sama ada melalui kaedah didikan barat mahupun islami.

Apa-apapun, daku lebih senang melihat didikan dan pesona yang terhasil dari kaedah Nabi s.a.w. sebelum dimodifikasi oleh kaedah lain sebagai penambah baikan mendidik anak di zaman yang serba kemerosotan moral dan akidah.

Kerana Islam adalah jalan hidup yang lengkap, tidak ada satu aspek hidup pun yang tanpa arah dan tujuan. Justeru, tanggung jawab sebagai ibu bapa muslim adalah menanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Inilah kewajipan yang menjadi penyelamat bagi seisi keluarga daripada azab Allah di dunia dan di akhirat kelak.

Semoga Allah menjadi tempat pelindung, kerana Dia sebaik-baik pelindung.

Rasulullah s.a.w sangat baik kepada anak-anak dan sangat mengasihi mereka. Baginda s.a.w suka mengusap kepala anak-anak dan mendoakan untuk mereka. Apabila ada anak-anak yang mendekati baginda, baginda akan mengendong dan menunjukkan perasaan yang kasih sayang kepada mereka. Kadang-kadang, baginda akan menjulurkan lidahnya agar kana-kanak gembira dan tertawa melihat teletahnya. Apabila baginda berbaring, baginda  akan memerintahkan agar si anak duduk di kaki atau dada baginda.

Apabila ada beberapa orang kanak-kanak, baginda akan memerintahkan agar mereka mebentuk barisan, kemudian baginda merentangkan tangannya, dan bersabda, “Larilah ke mari, siapa  yang paling cepat menyentuhku, akan memperoleh hadiah.” Kanak-kanak pun akan berlari kepada baginda. Beberapa anak akan jatuh ke dada dan yang lain akan jatuh ke perut baginda. Kemudian baginda akan memeluk dan mencium mereka.

Ada ketikanya, apabila baginda bertemu dengan kanak-kanak, baginda akan menyalami mereka, meletakkan tangan baginda di kepala mereka, dan mengendong anak kecil. Baginda akan mudah rasa terharu apabila melihat seorang ibu yang mencintai bayinya. Pernah beliau bersabda, “barang siapa yang dikurniakan anak-anak oleh Allah s.w.t., dan dia mencintai anak-anaknya, dan juga menunaikan kewajipan terhadap mereka, maka dia akan selamat dari neraka jahannam.”

Apabila Rasulullah s.a.w. bertemu kanak-kanak ketika pulang dari perjalanan, baginda akan mengangkat mereka dengan penuh kasih sayang kemudian mendudukkan mereka  di depan ataupun di belakang mereka  di depan atau pun di belakang beliau di atas unta. Kanak-kanak juga sangat mencintai baginda. Begitu kanak-kanak melihat baginda, mereka akan berlari kepada beliau. Baginda akan mengangkat mereka satu persatu dan mencium mereka,  baginda akan memberi kurma ataupun buah-buahan segar  yang lainnya. Apabila Rasulullah mendengar seorang bayi yang menangis, baginda akan memendekkan solat jemaah ketika menjadi imam, agar ibunya akan menjadi tenang.  (Khasail Nabawi)

Anas r.a. telah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat lembut dan penyayang. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w menyuruhku untuk  sesuatu  urusan. Aku berkata, ‘demi Allah, aku tidak akan pergi’, meskipun hatiku berkata, ‘sudah tentu aku akan pergi.’ Kemudian aku pun berangkat, dan di pasar aku bertemu dengan anak-anak. Tiba-tiba, aku berasa seseorang menarik rambutku dari belakang. Apabila aku menoleh, aku melihat Rasulullah s.a.w tertawa. Baginda bertanya, ‘Anas, apakah engkau pergi menuju tempat yang aku perintahkan?’ Aku berkata, ‘Ya, Rasulullah, tentu sahaja aku akan pergi.” (Misykat, Hayatul-Muslimin).

Malah, sepanjang hidup baginda, Rasulullah s.a.w.  sama sekali belum pernah memukul, bersikap kasar, kejam, ataupun bersikap diam terhadap kanak-kanak. Baginda sangat sedih terhadap tingkah laku orang Arab jahiliah yang biasa mengubur hidup-hidup anak perempuan mereka semata-mata ingin menjaga martabat mereka.Ketika di Aqabah, orang Arab bersumpah setia tidak akan membunuh anak-anak perempuan lagi. Sejak itu, perbuatan keji itu diberhentikan.

(Kadang-kadang teori yang diperolehi dari buku atau makalah adalah amat berguna walaupun ternyata berbeza dari bayangan apabila berhadapan dengan situasi pengalaman dan praktikal. Bukan semudah dibayangkan di fikiran apabila telah berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Oleh itu, peranan ilmu dan amali sebelum kejadian amat penting untuk persediaan, persiapan, dan mendidik diri apabila telah berdepan dengan suasana ini suatu hari nanti. Insya-Allah.)

 

– … mungkin masih tiada di universiti lagi ketika ini. Tidak sampai dan sampai ke penghujung perjalanan lagi.

-Insya-Allah, sedikit masa lagi.

-semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: