coretan perjalananku…

Tulisan ini dibaitkan pada hening pagi. Tetapi terlambat post atas sebab-sebab teknikal yang tak dapat dielakkan.

(beberapa nama dan kenyataan diubahsuai berdasarkan keadaan dan masa. Mungkin ada sambungan yang agak panjang bagai sebuah kisah coretan kembara. Moga daapt diteruskan penceritaan sehingga ke akhir kembara. Insya-Allah.)

Pagi itu hening dan damai. Hujan rintik-rintik membasahi bumi yang gersang dan kelihatan kering kontang.

Tanah di Austika terlalu indah. Subur dan serba kehijauan. Tanaman padi di sekeliling dan tumbuhan renek yang tumbuh menjalar luas melapangkan mata kami menatap bandar ketibaan Austika. Orangnya berpusu-pusu keluar masuk di kawasan ketibaan. Ternyata, benar kata-kata Pak Idris. Penduduk sekitar kawasan ini sentiasa sibuk dan berada di mana-mana hatta di atas jalan raya. Penduduknya ramai, dan kerana itulah ramai yang imigrasi ke bandar lain untuk mencari pendapatan di samping saranan ketua bandar untuk imigrasi bagi menampung kepadatan penduduk yang luar jangkauan.

Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa menyambut kami setibanya di sana. Alhamdulillah, segalanya mudah dan senang. Ada pihak yang menyambut kedatangan kami di sana. Setelah diisi borang peribadi, kami terus bertolak ke destinasi.

Hon! Hon! Hon!

Keluar sahaja dari kawasan ketibaan, bunyi hon kenderaan yang pertama kali kedengaran. Hon yang bukan satu sahaja kenderaan, malah hampir semua kenderaan turut membunyikan hon yang sama. Kata Pak cik driver, “itu memang menjadi lumrah kawasan ini. Sistem  jalan rayanya tidak seperti di kawasan kamu, serba kurang dan padat kenderaannya setiap masa.”

Setelah satu jam perjalanan, kami tiba di destinasi pertama. Masjid Aman Shah. Tidak seindah mana, tapi tinggi tersergam megah. Ramai orang yang berpusu-pusu keluar dan masuk masjid. Mereka semua nampak hidup serba sederhana.Tidak serba kaya, dan ramai kelihatan serba sederhana dan miskin. Sememangnya benar, kerana ramai yang tidur di kaki lima sepanjang kami menuju ke destinasi.

Mereka di masjid sedia menyambut kami. Memberansangkan! Semua alatan dan perkakas yang kami bawa sepanjang kembara semua diiring dan dibawa oleh penduduk tempatan. Kami diberi minuman dan makanan setelah tiba di sana. Alhamdulillah, semuanya baik dan selamat sepanjang perjalanan pertama menuju ke sana.

Penat lelah tiba di sana, semuanya longlai dan rehat sementara di Masjid Alam Shah. Sungguh, memang penat dan dahaga.  Memandu 4-5  jam sepanjang perjalanan bukan perkara yang mudah. Merentas sungai, daratan dan lautan semua perlu dilalui sepanjang perjalanan.

Setelah tiba di sana, kami berehat untuk sementara waktu sebelum mengikuit agenda seterusnya. Kata Pak Rahim, sepanjang berada di masjid itu penuh dengan aktiviti, jadi perlu diikuti bersama dan jangan asyik dan leka dengan kehidupan baru di tempat orang lain.

“Kamu duduk di sini 3-4 hari dahulu, kemudian baru keluar melihat dan bertemu penduduk di kawasan lain di sini.”

Sentiasa dinasihatkan kepada kami untuk sentiasa menjaga amal dan iman hanasanya kerana Allah s.w.t. Betulkan niat dan kembara kami supaya bukan sahaja membawa kebaikan kepada kami, malah kepada umat Islam yang lain.

Hari itu sentiasa padat dan sesak. Itu sahaja yang terbayang di kepala. Kadang-kadang berserabut melihat kelibat manusia dan kenderaan ke hulu hilir. Dari pagi ke petang hari, tidak putus-putus hon dan pin kenderaan dibunyikan oleh pemandu. Kebiasaan.

Pada hari keempat, kami diberi tugasan untuk dijalankan di destinasi baru. Semua orang perlu terlibat bersama.Kedatangan kami bagaikan suatu keluarga, maka segala aktiviti bagai satu usaha yang sama.

Setelah bermesyuarat bagaimana untuk ke kerja lapangan seterusnya, maka menentukan ketua perjalanan pada kali ini. Ketua ini yang akan membawa setiap ahli agar selamat tiba ke destinasi  sekaligus menjalankan kerja lapangan di sana nanti.

Peralatan masakan, perkakas, beg, roda, dan pengangkutan semuanya didiskusi agar tidak menjadi kesulitan sepanjang perjalanan dan ketika berada di tempat lapangan. Sebarang maslahat, persoalan atau pandangan boleh dilontarkan dalam mesyuarat supaya dapat difikirkan bersama.

“Tiada mesyuarat sebelum mesyuarat, tiada mesyuarat selepas mesyuarat.”

Benar. Satu dunia pun sedar akan perkara yang sama. Malangnya, tidak ramai mempraktikkan slogan ini. Ramai yang mencari kaki, mengumpat itu ini, di samping membuat propaganda sendiri untuk memecah belahkan perpaduan dan satu fikiran dalam ahli mesyuarat. Kesannya, banyak perpecahan dan kesulitan berlaku selepas dan sebelum mesyuarat sehingga hilang rahamt dari Allah s.w.t.

“Tidak menyesal orang yang bermesyuarat, tidak rugi orang yang beristikharah.”

Destinasi seterusnya ialah Pulau Baroso.

Jauh. Kira-kira 7 jam dari destinasi awal.

Hanya dengan menaiki bas, kami terus menempuh kembara yang kedua. Sepanjang perjalanan, terlihat suasana dan kegiatan masyarakat asal kampung tersebut. Ramai yang mengusahakan tanah, bercucuk tanam, menanam padi, malah mengurai tumbuhan untuk dijadikan tali diusahakan. Kiri dan kanan jalan terlihat orang ramai berkeliaran. Dari kecil ke besar, semuanya ada.

Jalannya agak becak walaupun dikatakan sebagai lebuh raya. Lopak di sana sini. Teringatkan suasana jalan dan kenderaan yang di jalanan kawasan ini, daku berasa bersyukur di kampungku malah kawasan pembelajaranku masih diberikan nikmat jalan yang luas dan baik untuk semua orang menggunakannya.

Alhamdulillah.

(bersambung…)

-Maaf ya. Sepanjang perjalanan dan kembara sukar mencari ruang masa untuk menulis. Acap kali mengambil artikel dari blog dan website yang lain untuk dipenuhi di ruangan ini.

-Sampai untuk laman diri pun tidak sempat melontarkan kalam dan pandangan. Sungguh, daku sentiasa doakan sepanjang kembara kepada diri dan yang lain, kerana orang yang bersafar mencari Allah sentiasa dimakbulkan doanya. Apatah lagi doakan kebaikan untuk orang lain. Para malaikat sentiasa mengaminkan doa seorang saudara untuk saudaranya yang lain.

– Ini juga mengajar daku untuk sentiasa menyatakan harapan dan hajat hanyasanya kepada Allah s.w.t. Kerana kekuasan dan kebesaran hanya milik Allah s.w.t. Malah, bukankah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui setiap isi hati hamba-hamba-Nya?

-Sememangnya teringin mendengar berita diri dan yang lain di sana. Namun, yakin dan tawajuh akan kekuasaan Allah akan menjadikan daku ingin semakin dekat kepada-Nya dan sentiasa mengharapkan keredhaan dari sisi-Nya.Daku doakan diri dan yang lain turut semakin mendekati-Nya.

-Sedarilah,

Allah tidak pernah memerlukan kita.

Tetapi, kita yang sentiasa memerlukan dia.

Sentiasa….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: