Kebaikan dunia dan akhirat

Alhamdulillah. Selesai sudah perjalanan hamba Allah seorang ini bagi sesi pembelajaran sarjana muda di universiti ini.

Sesi graduasi pagi semalam dihadiri oleh ramai orang. Dari kecil ke tua, dari sahabat ke ibu bapa, semua turut hadir meraikan hari gemilang ini sebagai simbolik tamat sudah belajar bagi setiap jurusan. Kelibat senyum dan tawa,  bergambar dan berniaga, semua ada perancangan sendiri. Meriah dan gah. Dari yang tidak pernah berhias, hari itu macam pengantin sehari. Segak belaka. Semua memperagakan pakaian dan hiasan seusai tamat sesi pembelajaran.

Sungguh, pelbagai kisah telah terencana dalam hidupku sepanjang daku berada di sini. Dari hidup sebagai seorang pelajar, remaja, dewasa, sehinggalah pelbagai isu lain yang tidak dapat dicoretkan di sini.

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Selama 4 tahun proses pembelajaran, daku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru, rakan, dan taulan yang sedia berkongsi ilmu, gerak kerja bersama dan membantu daku sepanjang kenal bersama.

Terima kasih kepada kakak, adik, ayah, dan ibu yang sedia berkunjung menyambut graduasi daku di sini. Susah -susah datang dari KL, selangor ke Penang meraikanku di sini. Buat ibu bapaku, pengorbanan membesar dan mendidik daku sehingga ke tahap ini daku tidak upaya membalasnya. Insya-Allah, khidmatku sebagai anak sedia berbakti kepada kalian di samping doaku yang tidak putus-putus moga ditempatkan di tempat Allah yang mulia di syurga sana.

Kisah suka, duka, dan sebagainya memenuhi diari kehidupanku di sini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Semoga kita bertemu di lain masa seketika nanti.

Di sebalik manusia yang merencana mencari dan berusaha untuk mencipta kejayaan, ramai yang mencari idea dan potensi diri untuk digunakan. Kekuatan dan kelebihan yang ada masing-masing gunakan sebaik-baiknya.

Sekiranya dia berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan, maka pembangunan dan teknikal akan dimajukan. Jika dia bijak dalam perniagaan, maka urusan syarikat dan jual beli menjadi kemahiran. Jika mempunyai pengetahuan dan bakat dalam teknologi dan alam siber, sepanjang masa akan berusaha untuk mengembangkan idea dan menceburkan diri dalam bidang ini.

Maha Kuasa-Nya Allah, lebih 7 billion manusia yang masih hidup kini mempunyai pelbagai kelebihan peribadi dan kerjaya. Maha Suci Allah, dia telah menetapkan setiap manusia ada rezeki, nasib baik dan buruk, yang masing-masing berbeza, masing-masing dalam ketetapan dan pemerhatian-Nya.

Subhanallah…

Kerana itu, setiap orang diciptakan Allah s.w.t ada keupayaan dan kelebihan diri yang berbeza. Tiada yang benar-benar serupa, dan tidak boleh dikatakan sama. Tidak boleh dikatakan si A boleh berjaya dengan kaedah ini, si B pun yakin dan pasti akan berjaya sekiranya melalui kaedah yang sama. Hal ini tidak berlaku sedemikian kerana, mungkin tengah berusaha sebaik mungkin menjadi seperti si A, tiba-tiba berlaku perkara yang tidak diingini. Yang penting, jadikan si A sebagai contoh dan model dalam merealisasikan kejayaan. Berusaha, kerana itu adalah tanggungjawab dan kudrat Allah ciptakan bagi setiap manusia.

Sesungguhnya, Allah s.w.t tidak menciptakan manusia untuk memajukan dunia dengan kelebihan yang diberikan oleh-Nya. Tetapi, Dia menciptakan kelebihan kepada setiap manusia supaya bagaimana digunakan untuk tujuan beribadah dan kembali mengingati dan mengagungkan-Nya.

Malangnya, tidak ramai faham dan mengetahui hakikat penciptaan mereka, mengenal siapakah mereka sebenarnya dan apa tanggungjawab sebenar mereka dilahirkan ke dunia.

Rabbana atina fi dunia hasanah, wa fil akhriati hasanah

Doa ini sentiasa berkumandang ke telinga setiap orang dan tentu sahaja ramai lagi yang menghafalnya. Kini, ramai orang yang menafsirkan maksud doa ini dengan setiap orang mesti berusaha sedaya upaya untuk berjaya dan mendapat kebaikan di dunia, begitu juga di akhirat.

Maka, ramailah yang bekerja pagi ke petang, petang ke malam. Dari satu kawasan ke suatu kawasan, dan sebagainya. Mereka berusaha bagai hidup tidak akan mati, bagai boleh dibawa ke alam kubur sekiranya sudah meninggalkan dunia ini.

Bagaimana pula dengan penafsiran untuk mendapat kebaikan di akhirat (sekiranya solat dilengah-lengahkan, boleh goyang kaki, bersembang-sembang lagi bila azan dikumandangkan)? Wallahua’lam.

Sebenarnya, maksud firman Allah ini ialah kebaikan dunia itu ialah:

1) Hati yang sentiasa tenteram

2) Lidah yang sentiasa berzikir (mengingati Tuhan)

3) Badan yang boleh menahan musibah.

4) Isteri yang solehah.

Ini adalah tafsiran oleh orang yang lebih mengetahui, iaitu para sahabat r.ah. Bukankah ayat al-Qur’an diturunkan pada zaman mereka, bukankah mereka lebih mengenali al-Qur’an dan Rasul Allah daripada manusia sekarang (yang ramai berhajatkan kepada agama tetapi untuk kepentingan peribadi dan dunia)?

Jadi, mari kita koreksi kembali dalam diri. Sekiranya dirasai bahawa pernah menafsirkan kebaikan di dunia itu ialah dengan mewah harta benda, isteri cantik, anak ramai, pangkat besar dan serba kaya, beristighfarlah. Kerana ramai yang masih berusaha dan berharap menjadi seperti anda, tetapi rezeki setiap manusia di tangan Allah s.w.t. Mereka masih tak mampu meraihnya, walau berusaha lebih 200 kali ganda daripada anda.

Beristighfar, supaya sedar ia hanyalah ujian dan kurniaan daripada Tuhan (bukan makna sebenar kebaikan di dunia). Kelak, akan dihisab setiap amalan dan nikmat apa yang telah dikurniakan, dan ke manakah ia dibelanjakan.

Wallahua’lam.

– agak lambat, mengenangkan internet not functioning very well, dengan pelbagai hal yang perlu diselesaikan lepas graduasi dan kelam kabut fikir untuk membaitkan kalam tengah pagi.

-:) tiada masalah. Lagipun sudah lama tidak mendengar cerita dan khabar di sana. (tak dapat nafi terhibur bila melihat update coretan diri.) Semoga sentiasa sihat dan ceria bersama yang lain :).

-suka main teka-teka ya… gambar tak jelas. Rasanya yang duduk tengah-tengah itu, bukan? (itu sahaja yang paling menyerlah dari yang lain. Jangan marah kalu salah…)

-Tak pandai nak cerita lebih-lebih bab itu (ilmu tak setinggi mana…). Yang daku tahu, satu sahaja. Tanda (certificate) kewajipan bagi orang-orang bertakwa, dia akan menyampaikan wasiat kepada ahlinya. (Rujuk ayat surah al-Baqarah: 180). Tahu sikit, amal lebih. Cukup baik bukan?

-Doakan beliau ditempatkan di tempat hamba-hamba-Nya yang mulia. Amin…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: