Bisikan Allah? Bisikan syaitan?

Teringat suatu ketika dahulu ada menulis mengenai kedua-dua jenis bisikan ini. Satu daripada Allah, satu lagi daripada syaitan yang dilaknat Allah.

Kedua-dua jenis bisikan ini berada dalam keadaan yang ghaib atau tidak nampak. Jadi, sukar ditentukan yang mana satu kebenarannya sekiranya tiada ilmu dan diberi petunjuk oleh Allah subhanahu wa taala.

Jadi, daku cuba mengulasnya di sini sekadar termampu di samping berbincang dengan beberapa untuk mengetahui akan setiap bisikan yang berlaku.

Bisikan Allah itu adalah bisikan yang benar. Ia daripada Allah s.w.t. Bisikan ini membawa manusia untuk mengerjakan amal kebaikan dan menghindari dari kemungkaran. Apabila si pelaku melakukan perkara tersebut, walau dia sendiri tidak menyukainya, dia dapat merasai hubungannya dengan Tuhan semakin erat dan bertambah keyakinan.

Kebiasaannya ia berlaku kepada orang yang ditentukan oleh-Nya. Maknanya, bukan semua orang dapat merasai dan mengetahui adanya bisikan ini dapat kehidupan mereka (daku baru sedari apabila berbincang dengan rakan dan pengetahuan mereka akan kehadiran bisikan Allah atau bisikan syaitan.)

Hakikatnya, tidak semua yang diperolehi melalui bisikan Allah itu menyenangkan rasa oleh pelakunya. Malah, ada sahaja yang serba salah, dan mungkin tiada kena mengena dengan mereka, tetapi mereka tetap melakukannya jua kerana mengetahui akan kebenaran bisikan Allah s.w.t.

Kesan dari bisikan Allah, si pelaku tersebut akan semakin rapat hubungannya dengan Allah s.w.t. Walau seberat manapun terpaksa dilakukan, akhir dari perbuatannya semakin dia merasai kewujudan Tuhan dan meyakini kebesaran Allah s.w.t.

Kadang-kadang apa yang dilakukan penuh dengan serba serbi bukan keinginan dan kehendak diri sendiri untuk melakukan. Tetapi, dia tetap melakukan kerana itulah perintah dan seruan dari Tuhan.

Sebagaimana pengorbanan Rasul Allah s.a.w. untuk berdakwah dan menyeru orang lain untuk beriman dan mentauhidkan Allah. Siapakah yang benar-benar bersedia berkorban pagi dan petang, dihina, dilakukan perkara yang buruk, dan sebagainya? Sudah tentu sekali jauh dari kehendak diri Rasulullah untuk melaksanakan melainkan perintah dan suruhan Allah s.w.t. Baginda sendiri pernah kecewa dan bersedih hati dengan sikap kaum dan musyrikin sehingga turun pelbagai ayat al-Qur’an untuk menghiburkan hati baginda Nabi s.a.w.

Kesannya, Nabi s.a.w semakin hampir dengan Allah s.w.t. Baginda semakin banyak mengadu, dan Allah sentiasa hadir dan menghiburkan hai baginda. Sungguh, tiada kehidupan baginda yang  serba sempurna dan bahagia. Malah, banyak lagi tentangan dan keburukan yang menimpa baginda hanya semata-mata taat kepada perintah Allah Azza wa Jalla.

Suatu ketika, Saidina Umar r.a. sendiri menangis melihat pengorbanan baginda Nabi s.a.w sehingga sanggup tidur di atas pelepah tamar sehingga berbekas badan baginda. Bagidna hanya menjawab (lebih kurang), “mereka mengharapkan balasan dunia, kita mengharapkan balasan akhirat.”

Akhir pada kehidupan Rasulullah s.aw., baginda wafat dalam kerinduan Allah s.w.t. Syurga dan segala persiapan telah disediakan untuk baginda. Hati baginda begitu rindu akan Tuhannya, sehingga terungkap di bibirnya yang mulia, “fi rafiqil a’la”.

Bisikan Syaitan

Manakala  bisikan syaitan itu ialah bisikan yang mengandungi kemungkaran dan kemaksiatan. Bisikannya hanya untuk menyesatkan manusia dari mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t. Hubungannya bukan mengharapkan balasan akhirat, tetapi inginkan tipu daya keduniaan.

Malah, kepada si pelakunya, semakin ia melakukan perbuatan tersebut, semakin jauh hubungan kamu dengan Allah, dan semakin suka untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran. Dia akan semakin jauh, semakin lupa kepada Allah. Berbangga diri, riak, dan angkuh dengan apa yang ada. Tidak suka akan teguran demi kebaikan dirinya, dan berbangga dengan apa yang telah dilkukannya.

Bisikan syaitan itu datang dengan pelbagai cara, sama ada perkara baik mahupun buruk. Perkara buruk sememangnya diketahui ramai sehingga merosakkan iman dan amal. Tetapi, perkara baik dalam bisikan syaitan ramai tidak menyedarinya. Anataranya, seseorang yang tetap teguh melaksanakan solat. Tetapi dalam hatinya ingin orang lain memuji dan melihat ketekunannya dalam melaksanakan solat.

Perbuatan itu baik, tetapi niat dan keinginannya itu mungkar. Maka, solatnya bukan kerana Allah, dan kerana makhluk selain Allah. Begitu juga pada perkara yang lain, seperti derma, berikan sedekah, dan sebagainya.

Sebegitupun, bisikan syaitan adalah lemah dan mudah dikalahkan, dengan izin Allah. Pelbagai ayat al-Qur’an telah termaktub apabila merasai kehadiran bisikan syaitan, maka berlindunglah dengan nama syaitan. Dari ayatul kursi, an-Nas, al-Falaq, sehinggalah kepada lafaz taawuz.

Paling kurang amalkan ayat surah al-Mukminun, 97-98. Setelah membaca dengan penuh pengharapan, akan merasai hilang tipu daya dan bisikan tersebut dari dalam benak hati kita.

 (Perkara ini memang sukar ingin dipercayai. Tetapi, terbukti ada dalam kisah-kisah para Nabi, dan orang-orang soleh. Antara sebab kini orang semakin tidak mempercayai – selain tidak boleh dihasilkan melalui tesis dan kajian universiti- kerana  kehidupan kini hanya mengajar penuh dengan keyakinan kepada manusia, dan dengan apa yang ada. Tetapi, sekiranya pernah mendengar kisah orang ariffin, maka akan terdengar ulasan mereka dan penerangan mereka mengenai bisikan Allah dan bisikan syaitan. Insya-ALlah)

–   Susah nak jawab dan nak memahami ini. Tetapi nak mengapa, cuba juga menjelaskan.

– Jangan pening-pening, jangan susah-susah. Daku tidak mengharapkan apa-apa kini kepada diri. Kerana, daku sendiri telah tamat graduasi, bukan lagi ada belajar sepenuh masa di universiti. Malah, sepanjang belajar sekalipun, bukan pernah daku minta untuk bertemu, itu ini,  dan sebagainya.

-Kini, mungkin sangat jarang ada di universiti memandangkan hanya untuk permohonan tersebut dan lain-lain hal. Sekarang pun tengah cuba untuk mengusahakan tanah yang terbiar di kampung halaman dan sebagainya.

-Daku selalu ungkapkan perkataan jiwa dan jasad. Perkataan itu bukan idea dan inovasi sendiri, malah kisahnya adalah panjang dan mungkin tidak akan memahami. Jadi biar daku simpan sahaja. Cuma, peganglah maksud istilah jiwa dan jasad tersebut. Kerana ia perkara yang benar, dan telah dikaji oleh ulama’ tasawuf akan kebenarannya. Kronologi sifat jiwa tidak sama sekali bergantung sifat jasad. Bagaimana jasadnya tua, muda, miskin, kaya, wanita, lelaki, dan segalanya tidak terpandang dalam pembentukan jiwa. Teringat lagi kisah Rabiatul Adawiyah dan kasihnya Rasul Allah suatu ketika dahulu daku menulis?

-Jika tak mampu juga nak memahami dan menghayati istilah itu, bersahabatlah. Sahabat yang tidak tahu mana kelibatnya, dan dia tidak akan mengganggu dan membuat haru biru kepada sahabatnya. (Benar, kadang-kadang daku sendiri terbabas ketika menulis. Seketika, daku muhasabah dan disedari banyak kesilapan telah dilakukan. Bukan ini yang patut dilakukan, salah dan sebagainya.Maafkan daku.)

–Jadi, sekiranya kini bahagia dan baik-baik belaka, jangan dicari jalan susah merosakkan atau memikirkan perkara sebaliknya. Daku tidak pernah meminta itu semua. Mengenai perkara yang lain, bertawakallah kepada Allah. Kerana Allah mencintai orang-orang yang bertawakal. Apa makna tawakal? Berserah diri sepenuhnya –tanpa ada keinginan dan harapan- hanyasanya kepada Allah s.w.t.

-Cuma, satu sahaja harapanku, doakan daku dan jadikanlah diri hamba yang mulia di sisi-Nya. Itu sahaja.

“Dia hanyalah sebuah rumah yang cuba menghiasi, tidak akan mengetahui perkara luaran, melainkan pemuda itu menghiasi rumah yang didiami. Yang luar biar sahaja pemuda itu mengetahui.”

-suka pun tidak, deritapun tidak. Insya-Allah, tiada apa-apa. Biasa sahaja. Kemarilah ke laman ini bila kelapangan, inginkan pandangan, kisah kerohanian, dan apa-apa jawapan. Daku cuba menulis dan membalas. Tetapi, sekiranya tidak suka, cakap awal-awal. Berikanlah peringatan, kerana menyukai hati-hati yang bersinar dengan cahaya iman.

-perkara akhir: semua ini ada kaitan dengan artikel di atas. Wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: