Ila Ghayatul Khaswa (Menuju Matlamat Tertinggi)

Semua orang boleh berubah. Semua orang suatu hari nanti akan berubah. Tetapi, bagaimanakah perubahan yang diinginkan?

Dari kecil ke dewasa, sikap dan sifat manusia berubah mengikut usia. Dari kecil hanya pandai menangis dan bermain, apabila dewasa sudah serius berfikir tentang keluarga dan kerjaya. Dari kecil hanya pandai meminta itu ini daripada ayah bonda, apabila dewasa sudah kena berusaha dan memberi kepada orang yang meminta pula.

Itu adalah adat kebiasaan dan fitrah manusia. Setiap kejadian ada peringkat perubahan, hanya masa yang menentukan.

Namun, skala perubahan yang bagaimanakah diinginkan?

 

Biasa ke Luar Biasa

“Wah, hebat kau, Yusri! Dulu, punya la liat dan malas nak belajar, sekarang dah berjawatan tinggi dan serba mewah. Tak sangka aku. Macamana  boleh macam ini?”

Tersengih Yusri mendengar kata-kata rakannya. Apabila diimbaskan kembali kisah kehidupannya, dia sendiri merasa kagum dengan perubahannya.

“Yati, saya malu dengan diri saya dan awak. Dulu, saya berlagak dan angkuh dengan awak. Awak meminta bantuan, saya buat endah tak endah sahaja. Kini, apabila saya serba susah, awak bersedia membantu saya. Saya minta maaf…”

Hari demi hari yang berlalu, mencatatkan pelbagai peristiwa yang berlaku. Duka, suka, pahit, dan manis, semuanya menjadi rencana kehidupan. Sama ada direncana atau sekadar spontan, perkara yang telah berlaku menjadi salah satu daripada diari kehidupan.

Ketika itu, ada orang yang berubah dari biasa kepada luar biasa. Tidak terkecuali menjadi sebaliknya.  Bermula dari seorang yang lemah dan tidak dikenali orang, apabila telah meningkat usia, semakin dikenali dan mendapat banyak liputan. Perkara yang di luar jangkaan telah menjadi sebahagian dari kehidupan. Begitu juga ada yang bijak dan hebat ketika permulaan, namun menjadi papa dan lemah apabila silih berganti masa dan keadaan.

Namun, rentetan ini tidak berlaku sekelip mata. Ia ada takdir, usaha, dan kisah yang tersendiri. Usaha yang gigih, pelajari dari kesilapan, memperbaiki diri, dan pertemuan yang sengaja atau tidak disengajakan antara kisah dalam menempa kejayaan. Setelah takdir yang jelas ditetapkan, seseorang itu beroleh kejayaan yang luar biasa dari sangkaan dan perancangannya. Hebat! Dulu hanya merancang untuk memulakan perniagaan hanya RM1000, kini keuntungan berlipat kali ganda sehingga RM100,000! Siapakah yang menjangka? Siapakah yang menetapkannya?

Tetapi, sungguh kesal bagi yang menghadapi kehilangan dan kekurangan. Mungkin mereka tidak pernah meminta dan mungkin mereka pernah merencanakannya. Malangnya, nasib buruk sememangnya tidak berbau. Tidak dijangka perkara buruk boleh berlaku.

Bercadang ingin menternak kambing, semua kambing mati tanpa waris. Bercadang membuka premis dan perniagaan, semuanya rugi dan tidak mendapat pasaran.

Perkara ini boleh berlaku atas kesilapan dan kekurangan diri sendiri. Mungkin salah dari segi perancangan, usaha, tenaga, atau niat, yang menjadifaktor penndorong ke arah kesilapan. Sekiranya semuanya baik dan serba teliti, tetapi menjadi sebaliknya, itulah takdir Allah s.w.t. Benarlah, manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah s.w.t yang Maha Menentukan. Tentu ada hikmahnya di sebalik kejadian.

Namun, perkara yang paling penting, kembali kepada yang Maha Esa. Bersyukur atas pemberian-Nya dan bersabar atas ujian-Nya. Sering kali diperingatkan, dunia ini bukanlah tempat menerima hasil tanaman. Tetapi, tempat membaja dan menanam tanaman. Di akhirat kelak, itulah segala jenis hasil tanaman yang diterima kerana usaha kita di dunia ini.

Baik atau Buruk?

Siapa yang senang untuk menjadi orang keji di muka bumi ini?

Siapakah yang bercita-cita menjadi pengganas dan penjahat bila dewasa nanti?

Bertanya budak darjah 2 pun atau 4 tahun pun, seorang pun tak berani angkat tangan. “Buat apa jadi orang jahat? Nanti dibenci orang. Ramai orang tak suka.” Bisik hati Munirah apabila cikgu darjah bertanya dalam kelasnya.

Hakikatnya, sememangnya tiada orang yang sudi dan bercita-cita menjadi seperti perkara itu. Semua orang ingin menjadi baik dan dihormati orang lain. Suka untuk berbakti dan menjadi mulia di sisi masyarakat.

Malangnya, bila meningkat usia, nafsu dan syaitan menjadi halangan. Kedua-dua makhluk ini sentiasa mendorong ke arah kemungkaran. Nafsu yang tiada mata ingin menerkam apa sahaja. Syaitan musuh yang nyata, berusaha sedaya upaya menyesatkan manusia dan menjadi ahli neraka selagi masih bernyawa.

Maka, ramailah yang hanyut digoda nafsu dan dibisik syaitan. Hakikat awal kejadian yang serba suci bersih, kini menjadi kotor dan hitam ternoda, tidak terbit sinar kebaikan.Tergoda dengan hiasan dunia. Tertipu dengan keseronokan yang sementara.

Ketika itu, wajarlah kini mencari jalan untuk berubah. Dunia yang sementara ini telah membuktikan pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh penghuninya. Ramai sudah hilang waras dan kemanusiaan kerana turutkan nafsu dan syaitan. Sudah ramai hilang sifat dan tingkah laku sepertimana saranan al-Qur’an dan akhlak Rasulullah s.a.w.

Berubah kembali kepada titik asalan manusia, iaitu menjadi hamba Allah, umat Rasulullah s.a.w. Dengan petunjuk Ilahi di hadapan dan pancaran iman sebagai bentengan, terus maju kaki melangkah dan menongkah arus dunia dengan pertolongan Allah s.w.t agar tidak tersesat jalan.

“Ahmad, kau dah berubah ya. Dulu, punya la selekeh dan macam-macam perangai kau. Kini, nampak alim dan baik. Segan la aku dengan kau sekarang. Nanti bila-bila, boleh pergi masjid sekali. Jangan lupa aku ya!”

Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah yang Menciptakan sesuatu yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.

–🙂 ishh… tak sangka pula… buat suspen…Semoga sentiasa baik-baik belaka, sihat sejahtera dan ceria. (Jika letih berehatlah sebentar, sekiranya pening, minum teh dan sandar sahaja di kerusi,ringanlah beban di kepala)

–  teruskan usaha apa-apa yang dilakukan.Buat sehabis baik. Jurnal ke, artikel ke, apa-apa ke…(daku ada cuba usahakan sesuatu yang lain. Dalam perangkaan bersama rakan yang lain. Insya-Allah, bila Allah izinkan, akan dikongsi)

-bukan susah pun kan?lagipun, dah jadi mainan di mulut sahaja beberapa tahun lalu. Orang yang tak sampai lagi ini yang perlu ulang kaji dan praktis balik. Hhmm… (Ada azam nak pertingkatkan. Insya-Allah, bila ada kelapangan nak belajar dan praktis kembali.)

-Assalamualaikum🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: