Mengenali Sinar Hidayah

Baru-baru ini telah menghadiri satu talk mengenai orang yang bukan agama Islam memeluk agama Islam.

Ramai orang senang untuk menggelarkan mereka dengan gelaran mualaf. Dahulu, Melayu punya bahasa memanggil saudara baru. Tetapi, kini telah dirombak menjadi saudara kita. Nampak lebih rapat dan dekat dengan saudara seIslam, bukan?

Alhamdulillah, dari pukul 3-5 petang talk diadakan. Hanya rentetan kisah dan pengalaman yang diutarakan. Seramai 3 orang saudara kita berkongsi pengalaman mereka dengan para hadirin, yang rata-ratanya adalah pelajar dan staf universiti sendiri.

Daku tertarik akan beberapa pengalaman yang dikisahkan. Dari sini daku membalas akan mesej yang telah disampaikan.

Kembara menemui Islam setiap orang adalah berbeza-beza. Ada yang menemui Islam dengan mudah dan senang, seperti orang Islam sendiri. Ada juga yang menemui Islam dengan keadaan susah dan derita, seperti para sahabat dan orang yang mengenali Islam sebagai bukan ajaran pertama yang dianuti.

Kesannya, orang yang mengenali Islam dengan mudah, maka pengaruhnya pun singkat dan lemah. Mudah untuk dinodai peranan dan tuntutan agama-Nya sendiri. Sedangkan sekiranya semua orang di dunia ini berpegang teguh dengan agama masing-masing, pasti mereka melihat Islam agama yang indah dan benar untuk dianuti. Mereka ini yang banyak mundar-mandir menggoyahkan panji agama-Nya. Mereka ini asbab terjadinya gejala sosial dan keruntuhan akhlak Malaysia. Bukan sedikit, jenayah syariah di Malaysia. Bukan 1 atau 2. Tapi beribu-ribu, sampai berpuluh-puluh ribu! Pada tahun 2010 sahaja, jenayah syariah direkodkan 17,428 kes!(Kalau seekor tikus atau lipas yang berada dalam bilik pun dah takut dan geli, inikan pula sampai berpuluh ribu tikus dan lipas dalam bilik. Astaghfirullah…)

Nauzubillahiminzalik…

Mereka bukan tidak pernah mengucapkan syahadah, tetapi syahadah tidak lagi meniti di bibir dan lidah. Apatah lagi untuk masuk ke dalam hati. Nama Allah sahaja ingin disebut seperti putar alam -benda janggal bebenor-, tetapi nama artis, kerja,  kereta, dan pelbagai lagi keindahan duniawi mudah sahaja menjadi buah mulut setiap hari. Perkara ini adalah kebenaran, bukan sengaja daku saja-saja buat andaian. Lihat diri sendiri akan ketahui apa yang selalu luah dan ingat setiap hari (Kerana itu, daku teringin berkongsi kebimbangan.)

Apabila tiada lagi kebiasaan kalimah Allah sahaja wujud dalam diri, maka mudah perkara-perkara maksiat dan tidak hormat kepada orang lebih tua untuk diamalkan. Hati telah dikotori dan menjadi rumah tumpangan syaitan. Turutkan  nafsu dan gelojak amarah. Tertipu dengan keindahan yang sementara, tertakluk pada nikmat yang tidak kekal. Ingin disalahkan siapa? Islam telah menyatakan panduannya, tetapi orangnya pula tidak mahu mengikut dan mengamalkannya.

Tetapi, apabila seseorang itu memeluk agama Islam secara pengorbanan, susah payah, dan mujahadah, maka dia akan mengetahui betapa bernilai dan indahnya ad-din Islam. Meresap terus ke dalam hati, menyangkal fakta dan tohmahan orang-orang di sekeliling dan yang tidak mengenali.

Orang tersebut seumpama ingin memiliki seteguk air dari gayung yang tinggi. Dicuba capainya sedaya upaya yang termampu, lagi dan lagi. Dengan penuh susah payah, akhirnya dia berjaya mencapai juga gayung yang hanya ada sejumlah air itu. Dihargai dan dirasai betapa nikmatnya air itu. Dan, hanya dia yang mengetahui betapa nilainya air yang seteguk itu.

Namun, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Yang terutamanya, mengenai hidayah Allah. Ia bukan berterusan sekiranya orang tersebut tidak berusaha untuk menggenggamnya. Daku telah huraikan hidayah melalui artikel Hidayah itu Milik Allah.

Malah, usaha Ustaz Munir Abdullah berdakwah untuk Islam adalah antara kaedah utama untuk menggenggam sinar hidayah. Mungkin dia bercerita perkara yang sama setiap kali, setiap hari, dan setiap orang yang ditemui. Tetapi, kaedah itulah yang paling berkesan supaya hidayah dan cahaya iman sentiasa berada di dalam hati.

Diumpamakan seperti seorang yang mengulas isu bola setiap hari, setiap kali, dan setiap orang yang  bersembang dengannya. Agak-agak apakah yang wujud dalam dirinya dan apakah pula keinginannya? Tentu sekali tentang bola. Bukan dia tidak tahu, bukan semua orang tidak tahu, tetapi dia tetap mengulas kerana telah sebati dan minatnya ke arah itu.

Apabila seseorang menyukai sesuatu dan sentiasa menyebut akan perkara itu, maka dialah ahli dalam perkara itu. Apabila seseorang sentiasa menyampaikan untuk Islam, maka barulah dia mengetahui dan menghargai nilai Islam yang sebenar. Lebih baik dari orang yang pernah belajar agama. Kerana orang yang beragama dan orang agama adalah berbeza kefahaman dan amalannya.

Perkara yang paling jelas, sekiranya seseorang itu mengetahui kebenaran Islam yang sebenar, peristiwa demi peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka pasti dirasai semuanya ketakjuban dari kekuasaan Allah s.w.t. Allah boleh melakukan sesuatu perkara (termasuk hidayah) dengan asbab, tanpa asbab, dan berubah keadaan daripada asbab. Dengan asbab seperti hidayah melalui dakwah. Tanpa asbab seperti melalui mimpi. Berubah daripada asbab seperti hidayah kepada orang ingin menyesatkan orang lain tetapi dia pula yang menerima Islam itu sendiri.

Wallua’lam.

Kepada puan Aisyah itu, memang ujian kepada dirinya agak besar. Tetapi, percayalah seseorang itu diuji berdasarkan kemampuannya. Dia mampu mengawal dan menerima ujian itu kerana Allah Maha Mengetahui kemampuan hamba-hamba-Nya. Tetapi, dia kena sentiasa bergantung harap, jangan patah semangat dan meletakkan segala kekuatan adalah milik Allah. Dan, mungkin Allah ingin memberikan ganjaran yang lebih baik kepadanya. Apa-apa pun, berilah nasihat supaya dia banyak bersabar, renungi pemberian dan nikmat daripada-Nya serta jangan putus harap kepada Allah s.w.t. Kerana ada syaitan yang bertugas untuk mengganggu dan menyesatkan seseorang apabila dia ditimpa musibah.

-Kadang-kadang syaitan laknatullah akan menghantar bisikan. Bacalah,

 

Kedua-dua ayat ini (surah al-Mukminun: 97-98) cukup bermakna melindungi diri dari godaan syahwat, bisikan, dan hasutan syaitan laknatullah. Amalkanlah apabila terasa akal seperti berfikir atau menilai kepada perkara bukan sepatutnya.Insya-Allah

– Kata-kata yang daku sampaikan hari itu bagus untuk direnungi dan difahami. Terutama agar tidak tersesat landasan, menjaga hati dan nilai jiwa, menjaga kehendak Allah, dan berada di atas jalan yang benar. Insya-Allah.

-Apa-apapun, doakan daku dikurniakan rezeki dan dapat meneruskan pengajian di universiti ini. Minggu ini(mungkin esok atau lusa) akan menghantar permohonan. Insya-Allah.

 -(datang lambat? Rasanya ada seorang lagi ustaz yang memberikan ucapan…)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: