Austrika (2)

Tak beberapa pandai sebenarnya untuk menulis sebuah karangan panjang seperti penceritaan buku novel. Mungkin tidak menjadi kebiasaan untuk menulis seperti ini.

Menulis seperti penulisan novel memerlukan masa yang lama dan rentetan kisah yang berterusan. Sekiranya tidak berterusan, sekurang-kurangnya menghasilkan beberapa cerita perseorangan tetapi saling berkaitan.

Jalan cerita yang panjang.

Masa juga lama.

Bagi daku, ia bukanlah perkara yang mudah. Hal ini kerana daku menulis kebiasaannya apa yang bermain di kepala, kemudian terus dihuraikan melalui penulisan. Terus sahaja,  tanpa mengambil masa berhari-hari kemudian meneruskannya kembali. Sekiranya tidak, akan hilang dan kurang ummpphh lagi untuk menulis pada kisah yang sama.

Jadi, penceritaan novel setakat ini masih belum menjadi pilihan. Apa-apapun, boleh dicuba apabila ada kelapangan atau kisah menarik untuk dibaitkan.

Untuk itu, daku cuba cerita menambah baik kisah pengembaraanku yang lalu. Mungkin tidak beberapa baik lagi, tetapi terus mencuba selagi mampu.

Insya-Allah.

Pagi itu hujan turun renyai-renyai. Semakin lama semakin lebat.

“Alamak, macam mana nak gerak ini? Nanti habis basah beg dan keperluan kita,” luah Bard. Dalam keadaan yang serba serbi kekurangan sebegini, bukan mudah untuk meneruskan aktiviti dalam keadaan hujan yang turun membasahi bumi. Lecak-lecak , jalan yang serba kekurangan, dan kenderaan yang berpusu-pusu melalui jalan raya tanpa henti pasti akan menyukarkan lagi perjalanan ini.

Setelah berbincang seketika antara Pak Rahim dan orang tempatan, akhirnya beliau bersuara, “tidak mengapa, jangan risau. Orang tempatan telah sediakan kenderaan untuk meneruskan perjalanan. Sekejap lagi akan tiba.”

Wah, mudahnya mereka membantu kami! Ketika tiba di Pulau Baroso, orang tempatan melayani kami dengan begitu baik sekali. Mereka menyediakan tempat untuk kami bermalam, makan minum, dan tempat untuk membersihkan diri yang begitu baik. Mereka tidak berkira dan mengambil peduli akan kekurangan yang mereka ada, sebaliknya mereka sedaya upaya menyediakan yang terbaik buat kami, orang asing di kepulauan ini, untuk membuat aktiviti di sana.

Pin! Pin!

“Kenderaan sudah datang! Semua bersiap masukkan barang dan bergerak sekarang!”

Lantas, bergegas kami meneruskan perjalanan. Setelah bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada ketua Pulau tersebut, kami bergegas bergerak dalam keadaan kuyup atap kenderaan dibasahi hujan. Sepanjang perjalanan, kami diajari dengan doa menaiki kenderaan, zikir dan hidupkan hati dengan mengingati Allah s.w.t.

Dan berhati-hati, jangan terlalu ghairah duduk dan pandang di tepi jalan!

Akhirnya kami tiba di destinasi lapangan kerja. Selepas solat 2 rakaat, kami memutuskan apa yang perlu dilakukan sepanjang pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Baroso. Setiap orang mula memberikan cadangan, pendapat, dan buah fikiran. Akhir daripada mesyuarat tersebut, akhirya satu keputusan akan dibentuk dan semua orang akan mengikuti keputusan tersebut.

“Hari ini, semua orang bergerak ke setiap penjuru kampung dan berkenalan dengan masyarat di sepanjang tempat lapangan kerja. Bergerak berdua-dua dan ditemani seorang tempatan. Kemudian laporkan apa yang ditemui sepanjang perjalanan.”

Setelah 30 minit berlalu, semua orang kembali ke lapangan kerja. Setiap ahli akan membentangkan laporan kegiatan dan pemerhatian apa yang mereka temui dan siapakah yang ditemui sepanjang pagi tersebut. Laporan kegiatan setiap hari akan dibentangkan agar semua ahli akan dapat mendengarnya dan berfikir bersama apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan, sekiranya ada.

Sebenarnya, aktiviti yang dilakukan setiap hari sepanjang perjalanan adalah berjalan seperti biasa. Pada waktu pagi, perbincangan dan aktiviti seharian, kemudian mengisi masa dengan mendengar firman Allah dan hadith Rasulullah s.a.w., seterusnya belajar bertemu orang yang lain dan saling memperingati satu sama lain akan sifat manusia dan kebesaran Allah s.w.t. Pada tengahari, semua orang berehat dan melakukan aktivit sendiri, dan pada waktu petang berjumpa dengan masyarakat, membiasakan diri untuk saling menziarahi seperti mana amalan sunnah Baginda s.a.w. Pada waktu malam, seorang yang telah diputuskan ketika mesyuarat akan bangun untuk memberikan sedikit tazkirah ringkas mengenai hari tersebut. Kemudian, disusuli dengan solat secara berjemaah, makan, berehat/tidur sebelum bangun mendirikan tahajud di malam hari.

Setiap orang pada setiap hari mempunyai tugasnya masing-masing. Siapa yang menyediakan makanan, menjadi penyampai tazkirah, membaca kitab hadith dan kelebihan amalan, dan sebagainya. Orang yang bertangungjawab akan melakukan sebaik-baiknya tugas yang dipertangungjawabkan. Ketua akan memastikan setiap aktiviti dan mereka yang telah diberi tugas akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

(bersambung….)

hhmm… tak berapa pandai lagi nak menulis cara ini. Insya-Allah, cuba perbaiki dari semasa ke semasa.

– …. ini yang menjadi masalah bila diperkatakan tentang Islam. Nampak saja undang-undang. Nampak bagaimana nak melaksanakan hukuman. Bagaimana nak atasi dengan kekerasan. Nampak yang besar, padahal yang berlaku dari perseorangan. Agak malas nak campur tangan, tapi dah ditulis, sengaja sentuh sikit –buat pening fikir masalah tak ada kesudahan-.  Itu bukan penyelesaian, hanya merumitkan keadaan. (daku tidak nampak di mana keindahan Islam bila akal dan undang-undang manusia dijadikan landasan). Keadaan sepatutnya ditegakkan bukan dengan hukuman pada keluarga, tetapi daripada individu itu sendiri. Tak kira lelaki ke, perempuan ke, anak-anak, dan sebagainya. Kesannya baru berlaku kepada keluarga. Perkara ini besar, tetapi nampak hanya pada keluarga.

– Teringat kata-kata seorang ulama’, ‘umat ini tidak dapat diislahkan selain mengikuti jalan sunnah nabi s.a.w.’ Mungkin minggu hadapan cuba menulis tentang perkara ini. Insya-Allah. (tak dapat nak janji sebab dah lama tinggalkan subjek ini🙂.)

🙂 tumpang gembira sama.  (tak sangka banyak untung juga dengan buat affiliate saja. –nak cebur bidang IT la nanti…)

-semoga sihat sejahtera di samping yang lain-lain.

– permohonan sudah dihantar. Doakan daku diterima untuk meneruskan perjuangan. Amin.

One response

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: