Memahami Kehendak Manusia? Susah…

Kenapa susah?

Kerana kehendak manusia senang berubah-ubah. Senang untuk berbolak balik.

Suatu hari,

Mengadakan perbincangan dengan seorang rakan. Cuba untuk merancang suatu projek business, secara kecil-kecilan.

Bincang punya bincang, kata awal telah diputuskan. Sekian modal akan diletakkan untuk perseorangan.

Tiba-tiba, minggu hadapan berubah pula.  Hari itu bincang lain, hari ini pergi ke arah lain.

Pening… pening…

Itu hanya contoh atau misalan awal apa yang berlaku atas kehendak manusia. Manusia itu tidak semuanya mempunyai kehendak yang tetap dan sama. Kadang-kadang, senang sahaja berubah fikiran dan keputusan apabila terdengar ada perkara yang lebih baik atau yang lebih terasa bernilai daripada sebelum ini.

Perubahan yang luar daripada aspek perbincangan ini kadang-kadang boleh diterima. Tetapi, banyak lagi yang tak boleh diterima. Iyalah, masa dua tiga jam hanya untuk mencari kata sepakat, tiba-tiba berubah angin pula.

Kerana itu pentingnya bermesyuarat. Antara adab-adab mesyuarat ialah mencari kata sepakat dan melaksanakan tindakan berdasarkan apa yang telah direncanakan dalam mesyuarat. Sekiranya ada perkara lain yang ingin dilakukan tetapi di luar aspek mesyuarat, maka jangan sesekali melaksanakannya tanpa berbincang kemudian dengan ahli mesyuarat.

Tiada mesyuarat selepas mesyuarat. Tiada perbincangan sebelum mesyuarat.

****************

Aspek kemanusiaan kini makin menjadi-jadi. Ada yang kebuluran, ada yang serba kekurangan, dan ada yang mati akibat kemelaratan.

Amat kasihan…

Mengapa menjadi seperti ini? Di manakah persaudaraan dan aktivis kemanusiaan di serata dunia?

Di manakah silapnya? Adakah kita atau mereka?

Teringat kisah suatu ketika dahulu. Betapa berharganya nilai takwa walaupun ketika masih bernyawa. Suatu hari Saidina Umar r.a pergi menyelinap ke kawasan rakyatnya. Memerhati dan menyelidik apakah yang sedang berlaku kepada rakyatnya semasa zaman pemerintahannya. Sehinggalah beliau tiba di suatu rumah yang sedang memasak suatu masakan. Anak-anak si tuan rumah menangis kelaparan dan tertidur dalam tangisan.

Terus sahaja Umar r.a bertanya kepada orang yang sedang memasak. Apa yang dilakukan? Berterus terang, dia sedang memasak batu hanya untuk menidurkan anak-anaknya agar mereka lena berfikir akan masakan yang dimasak oleh ibunya. Dia mengharapkan bantuan pemerintah, tetapi tiada usaha ke arahnya.

Apabila mendengar kisah dan aduan wanita itu, terus sahaja Umar r.a ke gudang makanan kerajaan dan dia sendiri yang memasak untuk ibu tersebut. Sehingga asap keluar berkepul-kepul dari janggut dan wajah beliau.

Selesai sahaja beliau memasak masakan buat si ibu dan anak-anaknya, terus sahaja Umar memerintahkan  si ibu mengejutkan anak-anaknya memakan makanan tersebut. Gembira umat melihat mereka tersenyum gembira dan dapat tidur lena dengan kekenyangan.

Namun, yang paling menakjubkan, si ibu tidak pernah mengenali yang memasak makanan tersebut adalah khalifah Islam. Yang menjamu mereka pada malam tersebut ialah Umar r.a, pembeza kebenaran dan kebatilan!

1432 Hijrah telah berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. yang mulia dan para sahabat r.anhum yang diredhai Allah s.w.t. telah meninggalkan kita. Unsur persaudaraan sesama agama semakin kehilangan. Unsur kemanusiaan yang diterapkan dalam Islam sendiri semakin kehilangan.

Di negara sendiri pun ramai yang miskin dan papa. Inikan pula di Somalia. Yang kini bertambah sukar dengan kekeringan dan kemarau berpanjangan.

Jadi, marilah menghulurkan bantuan seadanya membantu segenap manusia di sana. Mendoakan dikurniakan kembali sinar pelangi yang terpancar di pelupuk mata. Insya-Allah.

– ramai orang buta mata bila nampak harta benda di tangan dia. Tidak peduli milik atau kepunyaan sesiapa. Selagi dia pegang, dia yang akan menguruskan segala-galanya. Cerita akhirat? Hhmmm…. entahlah. Bukan mereka tak tahu, tetapi tidak pernah mengenalinya (seorang berpangkat imam.. tak ke pelik?). Tak yakin akan hisab dan setiap perbuatan serta amalan akan dipersoalkan. Tak yakin adanya hari pengakhiran. Tak yakin akan adanya kurniaan Allah buat hamba yang diredhai-Nya untuk syurga, dan hamba yang derhaka kepada-Nya ditempatkan ke neraka.

-Itulah, Bila dunia dalam hati. Tak ingat bila akan mati. Penyakit wahan..

-tips…untuk  jaga hati dan hubungan dengan Allah. Sentiasalah bersyukur dan bertaubat. Kerana sifat manusia mudah lupa dan alpa apabila telah diberikan nikmat kepadanya. Ulama’ menyarankan sebaik-baiknya bertaubat dilakukan setiap satu jam. (kalau mampu…).

-agak sibuk? Sudah lama tidak nampak menulis. (baru minggu ini perasan ada). Apa-apapun, usahakanlah yang terbaik. Semoga sentiasa dipermudahkan Allah s.w.t atas setiap urusan dan diberikan pertolongan. Diberikan nikmat kesihatan dan keceriaan buat diri dan yang lain dalam kehidupan. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: