Peringatan kepada hati yang sering alpa

Minggu ini banyak melibatkan aktiviti di luar. Aktiviti memenuhi jiwa dengan kerohanian. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Huuhh… macam hebat bunyinya! Tetapi, sebenarnya biasa-biasa sahaja. Yang membezakan situasi tersebut adalah pada orang yang melaluinya dan bagaimana penglihatan yang diberikannya.

Sekiranya untuk saja-saja, maka hasilnya juga saja-saja.

Sekiranya untuk memperbaiki dan mendapatkan iman, maka itu jua yang insya-Allah, akan didapatinya.

Sekiranya untuk mempolish dan menyucikan hati, maka itu yang akan dikurniakan kepada-Nya.

Insya-Allah.

Semua orang pernah terdengar yang hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi (lebih kurang):

“Dunia ini penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kaffir.”

Hadith ini ringkas dan mudah. Tetapi, mempunyai maksud yang begitu mendalam dan menyeliputi keseluruhan aspek kehidupan.

Bagi seorang yang beriman dengan sebenar-benar iman, dia tentu mengakui yang dunia ini adalah penjara baginya. Penjara zahir dan batin. Setiap perbuatan yang dilakukannya ada batas dan sempadan. Ada yang boleh dilakukan dan ada yang perlu dihindarkan.

Tetapi, bagi orang kaffir dan bukan Islam, tiada apa-apa yang menghalang bagi mereka. Dunia dan agama direka berdasarkan kehendak nafsu dan mengikut akal mereka. Sekiranya tidak bersetuju, boleh diubah suai mengikut kesesuaian. Sekiranya perlu, terus dilakukan.

Mereka melakukan semua perkara sewenang-wenangnya. Tiada panduan yang kukuh dan matlamat yang jelas. Ada kepentingan tertentu berdasarkan agama masing-masing.

Sedangkan, bagi orang yang beriman, dunia ini bukanlah matlamat dan tujuan. Dunia ini adalah tempat ujian, sama ada dalam keadaan senang atau kesusahan. Perkara senang akan dihisab, yang susah juga akan dihisab. Setiap nikmat yang diberikan akan kembali dipersoalkan.

Di manakah ilmu itu diamalkan?

Di manakah dihabiskan masa mudanya?

Di manakah makanan yang dimakan?

Kerana itu syurga itu dipagari dengan duri-duri yang perlu mujahadah melawan kehendak nafsu dan berpada-pada dengna nikmat kesenangan. Jibril a.s. pun gerun apabila melihat syurga yang penuh dengan kenikmatan itu mempunyai pelbagai ujian.

“Ketika Allah menciptakan surga Dia berfirman kepada Jibril: ”Pergi dan lihatlah surga.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, tidak seorangpun yang mendengar perihal surga melainkan pasti ingin memasukinya.” Kemudian Allah lapisi surga dengan al-makaarih (hal-hal yang tidak disukai manusia) lalu Allah berfirman: ”Hai Jibril, pergi dan lihatlah surga.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, sungguh aku khawatir tidak seorangpun bakal ingin memasukinya.” Ketika  Allah menciptakan neraka Dia berfirman kepada Jibril: ”Pergi dan lihatlah neraka.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, tidak seorangpun yang mendengar perihal neraka bakal mau memasukinya.” Kemudian Allah lapisi neraka dengan asy-syahawaat (hal-hal yang disukai manusia) lalu Allah berfirman: ”Hai Jibril, pergi dan lihatlah neraka.” Maka Jibril pergi dan melihatnya. Kemudian ia datang dan berkata: ”Demi keagunganMu ya Rabb, sungguh aku khawatir tidak akan ada orang yang bakal lolos dari api neraka.” (HR Abu Dawud)

Sungguh, kini tiada lagi suasana yang membawa manusia kepada praktikal iman dan Islam. Tiada lagi amalan yang membawa kepada penghayatan kepada beriman kepada perkara-perkara yang ghaibiyat dan keyakinan kepada janji-janji Allah tentang hari-hari pengakhiran. Apakah yang akan berlaku selepas kehidupan ini? Selamat atau menderita? Syurga atau neraka?

Semua orang sibuk dan hanya memikirkan urusan dunia masing-masing. Jika ingin sumber rohani dan keagamaan, hanya wujud di surau dan masjid. (Sudah hilangkah peranan agama dalam kehidupan?)

Oleh itu, apabila seseorang itu merasai dunia ini penjara baginya, maka orang tersebut ada tanda-tanda iman. Penjarakanlah jiwa dari menuruti kehendak nafsu dan syaitan. Kelak, akan memperoleh nikmat yang sentiasa berpanjangan dan tidak ada lagi penghabisan. Insya-Allah.

 

-sepanjang cuti ini banyak melibatkan diri untuk aktiviti penyucian hati. Cuba mengislahkan diri dari kesibukan dan kelalaian yang sentiasa mencari ruang untuk menjauhkan diri dari Ilahi.

-tips: untuk diri, daku boleh sarankan bagaimana untuk menyucikan jiwa dalam kesibukan dengan urusan diri dan yang lain. Cuba amalkan walaupun sedikit. Pelihara waktu pagi sebelum subuh atau pada  3-4-5 pagi dengan amalan tahajud dan taubat. Alirkanlah air mata pada waktu itu kerana Allah sangat memandang hamba-hamba-Nya yang sanggup korbankan masa tidurnya untuk beribadah kepada-Nya.

-kemudian, amalkan zikir pagi dan petang. Mudah sahaja untuk permulaan. Perbanyakkan istighfar. Sekurang-kurangnya 100 kali satu hari.Itu sahaja dulu. Jika mampu lagi, zikirlah Subhanallah (100 kali), Alhamdulillah (100 kali), dan Allahuakbar (100 kali), pada waktu pagi dan petang. Sebaik-baiknya sebelum tidur.

-akhir sekali, banyakanlah berdoa.Untuk di dunia ini dan di akhirat kelak. Doa menghubungkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t. Malah, semua tips itu tidak mampu untuk dilakukan melainkan ada taufik atau kekuatan daripada-Nya. Tumpukanlah masa berdoa pada waktu 3-4-5 pagi tersebut.Waktu mustajab.

– sekiranya benar-benar diamalkan, hari tersebut akan terasa tenang dan beroleh kemudahan.Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: