Bagaimana Ingin Meyakini Kalimah Doa?

Masa untuk meneruskan pengajian masih panjang. Mungkin memerlukan masa 1-3 bulan proses menunggu dan penerimaan.

Moga Allah memberikan kemudahan. Demi melihat suatu perkara yang sangat indah, abstrak, halus, kejiwaan, dan sebagainya serta luar dari kebiasaan. Jika mengharapkan hanya pada bidang pengajian, tentu jauh sekali. Tetapi, sekiranya melihat pada bidang yang dikaji, tentu makin mendekati. Seperti flatform untuk pergi lebih jauh. Lebih jauh mendalami ilmu dan amalan kerohanian.

Insya-Allah.

Ketika ini, sedang mengusahakan untuk memenuhi keperluan. Ya lah. Takkan ingin melihat televisyen dan buang masa depan akhbar. (Sakit kepala.). Lagipun, daku tidak berkenan masa dibuang sia-sia. Jadi, usahalah untuk memenuhi keperluan untuk meneruskan pengajian, dan keperluan untuk masa depan.

Pendek kata, buat kerja dan perniagaan sendiri.

Banyak juga. Setakat ini sudah 2 perkara telah dilakukan. Mungkin ada lagi pada masa akan datang.

Yang penting, kena ada minat, semangat, dan sungguh-sungguh berusaha. Insya-Allah, Allah akan tunjukkan jalan.

Kenapa mengusahakan sendiri? Tak suka berkerja dengan orang (makan gaji)?

Entah.. orang kata setiap manusia Allah ciptakan berbeza-beza. Daku lebih suka menjadi usahawan dari bekerja dengan orang. Lebih relaks, masa sendiri alih, dan macam-macam lagi. Malah, daku sendiri menjadi usahawan sendiri sejak dari bangku sekolah rendah lagi. (Hhmm… entah bakat datang dari mana… mungkin ada moyang atau sesiapa yang minat berniaga)

Kalau makan gaji?

Ada satu perkara yang minat. Tetapi lain kali baru cerita. Insya-Allah.

Daku gemar tekankan mengenai doa. Kerana asbab doa daku masih berdiri dan mampu berdiri dengan kedua belah kaki.

Ramai orang sekarang tidak percayakan betapa berkesannya doa. Kerana, ramai lagi orang yang tidak kenal dan ingin mengenali Allah s.w.t.

Siapakah yang menciptakan langit, bumi, bintang, bulan, dan sebagainya lagi?

Siapa yang menciptakan batu, gunung, awan, sky, cahaya, zulmat, dan macam-macam lagi?

Siapa yang menciptakan diri manusia? Yang ada mata, hidung, mulut, dan sempurna anggota? Jika mata sahaja hilang, ada sesiapa yang boleh beli dan ganti dengan wang berjuta-juta?

Tiada daya manusia. Itulah kurniaan dan anugerah dari Allah s.w.t.

Jadi, mengapakah masih ragu-ragu dengan doa kepada-Nya?

Ingin Mendoakan Apa?

Doakanlah apa-apa sahaja. Tetapi, ada beberapa etika dalam berdoa yang perlu diketahui semua.

1) Doakan perkara yang baik.

2) Berdoa tanpa tergesa-gesa. Jika masih tidak dimakbulkan, doakan lagi dan lagi. Sabar, dan jangan berputus asa. Insya-Allah, tentu Allah akan makbulkan. Ada hadith mengenai tergesa-gesa dalam berdoa. Lebih kurang, Allah s.w.t  sentiasa bersama dalam doa orang tersebtu selagi dia tidak tergesa-gesa dalam doanya. (Boleh cari sendiri di kitab-kitab lama atau dalam internet nanti.)

3) Istiqamah dalam berdoa. Jangan hari ini sahaja berdoa, esok lusa sudah tak payah lagi. Terutama perkara yang membawa kebaikan dunia dan akhirat.

4) Yakin akan doa didengari Allah s.w.t. Bukankah Allah itu sifat-Nya Maha Mendengar?

5) Doakan untuk orang lain sama… Ini tidak. Doakan untuk diri sendiri sahaja. Bukankah Nabi Allah sentiasa doakan untuk umatnya? Dan, Maha Pemurah-Nya Allah, apa-apa kebaikan utnuk orang lain, si pendoa  akan mendapat sama. Subhanallah!

6) Jangan sesekali mendoakan keburukan. Kerana Allah itu sifat-Nya Maha Baik, dan Dia hanya melihat pada kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya. Tetapi, seperti apa yang sering daku tekankan. Biar sedikit yang diketahui. Tetapi, biarlah ia menjadi suatu amalan.

Bagaimana makbulnya doa?

Ada tiga cara/ kaedah:

1) Akan terus dimakbulkan.

2) Ditangguhkan sehingga masa yang tepat Alah telah tentukan. (Tempat sebaik-baik menerima doa makbul di akhirat sebenarnya.)

3) Diganti dengan perkara yang lebih baik dari doa yang diungkapkan.

Terima kasih

Untuk kali ini, daku ingatkan untuk diri sendiri dan moga-moga bermanfaat kepada orang lain. Janganlah disangka hari ini kita berjaya atau mencapai sesuatu anugerah kerana usaha dan titik peluh kita sahaja. Kita lupa yang ada orang lain mengharapkan kebahagiaan, kebaikan, dan ingin melihat kejayaan kita.

Oleh itu, terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang sentiasa menghulurkan dan menyebut nama daku dalam tadah tangan dan air mata buatku selama ini.

Jazakallahu khairan kathira.

Nak senaraikan siapakah mereka?

Tak payahlah. Banyak sangat nama-namanya. Apa-apapun, moga Allah s.w.t akan membalas jasa kalian. Daku tidak mampu untuk membalasnya, melainkan daku sentiasa kembali mendoakan buat kalian.

Ooppss lupa. Untuk kedua ibu bapaku, aku akan senaraikan. Kerana tanpa asbab kasih sayang dan pengorbanan mereka, daku tidak berdaya untuk berdiri seorang diri, dan siapalah daku sehingga kini.

Buat ibuku,

Roseaini bt. Ariffin

Buat ayahku,

Mohammad Nor bin Muhammad.

Moga tempat kalian buat syurga Allah yang indah, rahmat, bahagia, dan penuh nikmat yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengari oleh telinga, dan terfikir oleh akal fikiran.

Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: