Keindahan Itu Adalah Kepalsuan

Hhmm… tak jadi la nak beritahu apa yang istimewa dengan produk yang baharu beli hari itu. Ingatkan boleh berikan pulangan, tetapi lain pula jadinya….

Setelah dilakukan beberapa  penyelidikan dan pemantauan, baru daku ketahui yang agenda syarikat sebenarnya bukan ingin menjalankan jualan produk, tetapi ingin mengaut keuntungan melalui sistem MLM.

Umumnya, multi level marketing (MLM) ditubuhkan adalah untuk membantu syarikat bagi melonjakkan nama dan produk dengan cepat. MLM akan memberikan keuntungan kepada syarikat dan ahlinya. Kebiasaannya, apabila menggunakan kaedah perniagaan yang biasa, hanya syarikat akan mendapat untung apabila barang dibeli oleh pelanggan. Tetapi, apabila MLM dijadikan sebagai kaedah penjualan, maka ahli mendapat keuntungan berdasarkan barang yang dibeli dan kegigihannya mencari orang lain untuk membeli barang milik syarikat. Lagi ramai ahli yang direkrut oleh seseorang untuk membeli produk syarikat, maka lebih banyak bonus dijana oleh orang tersebut. Ahli yang berusaha ibarat bos atau CEO dalam syarikat. Semakin banyak staf dan pekerjanya, semakin beroleh keuntungan daripada perniagaannya.

Namun, dalam rangkaian MLM yang digunakan oleh syarikat ini, produk itu hanya dijadikan alat sebagai meraih keuntungan yang secara HARAM berdasarkan wang yang dikutip dari setiap ahli yang mendaftar. Ia bukan kewajipan, tetapi sebagai helah bagi syarikat dan agen mendapat keuntungan tanpa bimbang produk dibeli atau tidak.

Jadi, daripada daku sibuk-sibuk promosi produk syarikat ini, lebih baik daku bongkarkan beberapa kesalahan atau pendapatan yang nyata diperoleh bukan berdasarkan kehendak syariat dan wang yang salah diusahakan.

1)Menggunakan Akta Jualan Langsung sebagai modal kepercayaan kepada ahli untuk terlibat dalam pembangunana syarikat. Akta Jualan Langsung atau direct selling digubal adalah untuk meluluskan pembelian dan penjualan dari sesuatu syarikat pengeluar kepada pengguna secara langsung. Jadi, tiada kedai atau premis tetap seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) inginkan. Akta ini digunakan oleh pihak syarikat untuk menarik orang ramai untuk menyertai mereka dalam sistem MLM yang kononnya disahkan oleh kerajaan. Ia dijadikan sebagai alat untuk tidak meragui sistem perniagaan yang digunakan oleh mereka. Sebenarnya, AJL hanya meluluskan aktiviti yang tidak berbentuk piramid atau skim cepat kaya. AJL juga membenarkan MLM yang menjadikan produk sebagai jualan pada setiap ahli, bukan sekadar merekrut ahli untuk kembalikan wang yang telah digunakan. (Daku mengandaikan syarikat diluluskan akta tersebut sebelum berkembang biak sistem MLM yang digunakan.)

SSM dan AJL bukan lesen untuk memboleh dan menghalalkan sistem MLM walau ia ada akta sebagai permulaan.

Hanya Bank Negara (memantau tipuan menggunakan wang- SCAM) dan syariah Islam (memantau dari segi muamalat yang bertepatan dengan syariah Islam daripada pakar muamalat Islam yang terpilih) yang akan bertanggunjawab melihat dan memantau akta MLM sama ada sah dan tiada penipuan wang atau menuruti syariat ISlam.

2) Menggunakan prinsip 2 akad dalam 1 akad. Akad ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana sabdaan baginda:

Ertinya : “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )

Pihak syarikat telah menetapkan wang sebanyak RM105, RM210, dan RM420 masing-masing yang merangkumi akad pertama: pembayaran ahli sebanyak RM50 dan akad kedua: pembelian barang/produk milik syarikat.

3) Tiada produk yang tetap dan jelas dijadikan sebagai landasan untuk jualan. Setelah jualan dilakukan, antara pihak penjual dan pembeli telah bersetuju mencapai kata sepakat dan selesai akad belian. Sekiranya pihak pembeli itu berhutang, maka tiada hak pihak penjual atau pemiutang terus memeras wang dari pihak berhutang tanpa sebarang usul atau bertanya kepada pihak pembeli. Sekiranya dipersetujui atau telah diusahakan untuk bertanya tetapi tiada balasan, baru pihak pemiutang boleh mengambil miliknya berdasarkan apa yang masih ada milik pembeli berdasarkan nilai yang telah ditetapkan. Macam tarik kereta dari pihak bank atau pinjaman PTPTN dari pihak kerajaan. Mesti bagi notis dahulu beberapa kali baru lah dihantar orang untuk tarik kereta atau block dari keluar Malaysia dan sebagainya. Bukan main tarik sahaja tanpa usul periksa. Ini lah dipanggil zalim dan menganiayai orang lain.

4) Menggunakan sistem yang macam (walaupun dikatakan bukan- dari dulu tak pernah nak faham) piramid, binary, paring dan lain-lain. Tidak kiralah macam mana orang ingin berkata dan pusing-pusing dengan sistem MLM yang digunakan, ada data dan bukti yang berkait dan hampir menyerupai sistem yang tidak jelas ini. Lagipun, keuntungan pada seseorang yang terlibat dalam syarikat ini bukan dikira berdasarkan barang/produk yang dibeli, tetapi kerana orang yang menjadi ahli dan duit yang diperoleh oleh orang tersebut. Bukankah maqasid syariah menetapkan “tiada mudarat dan memudaratkan” dan dilarang mencampuri perkara yang jelas halal/haram dengan perkara tidak jelas/ syubhah dalam sesuatu urusan?

5) Orang yang diatas boleh relaks sahaja terima duit dari orang lain setelah rangkaian/ kaki terbina di bawah mereka. Perkara ini dilarang keras kerana setiap orang kena berusaha dan perlu diusahakan. Jika sudah terbina rangkaian yang besar, belanja yang keluar dari pihak atasan tentu lagi besar berdasarkan pendapatannya. Bukan tengok akaun dan tunggu duit masuk duit sahaja.Umpamanya seperti bos dan pekerja dalam sebuah syarikat. Mungkin bos dilihat relaks sahaja bekerja dan menjana pendapatan lumayan daripada syarikat, tetapi dia juga yang banyak berurusan dengan company lain, motivate anak syarikat dan stafnya , fikir strategi baru untuk syarikat, menjawab segala kemusykilan oleh pihak lain dan sebagainya yang tidak mampu dan perlu dikendalikan oleh anak syarikat dan pekerjanya. Bukan hanya goyang kaki tunggu duit masuk sahaja. (Kalau macam itu, lingkup/ bangkrap lah syarikat kerana tuan sendiri tidak bekerja)

6) Wang diperoleh adalah SYUBHAH/DIRAGUKAN kerana diperoleh atas orang lain yang tidak pernah dikenali sebelum ini. Biasanya apabila rangkaian terbina dengan begitu banyak atau orang penaja/ upline main letak sahaja nama bagi pihak downline mereka. Perkara ini salah dari segi syariat Islam. Malah bagai judi. Setiap penjual perlu kenal dengan pembeli, dan pembeli adalah sukarela menerima barang/produk yang dibeli daripada penjual. Sekiranya penjual tidak kenal dengan pembeli, tiba-tiba masuk duit, datang daripada mana? Langit? Saidina Umar pun muntah kembali susu yang tidak dikenali, Khalifah Umar al-Aziz pun lindungi hidungnya hanyasanya takut-takut terhidu bau haruman yang dikendali milik rakyatnya, inikan pula wang yang jelas depan mata, tetapi tidak diketahui dari mana datangnya.

Menurut Ustaz Zaharuddin,  “komisyen yang datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.”

7) Tiada lembaga syariah yang mengendalikan sistem MLM pihak syarikat.

Semua perkara ini telah menjadi asbab untuk mensabitkan kaedah yang digunakan oleh syarikat dan agen telah salah dan bertentangan dengan syariat Islam. Kaedah yang digunakan mempunyai persamaan kaedah MLM Island Red Cafe(IRC) yang telah diBAN oleh Bank Negara kerana disyaki melakukan SCAM atau penipuan wang. Boleh rujuk data ini:

Kaedah MLM yang dipaktikan oleh syarikat ini hampir menyerupai pihak IRC. Perniagaan dijadikan alat bukan sebagai modal utama agen syarikat mengaut keuntungan. (Tukar sahaja produk makanan/ cafe itu dengan iklan yang dijual oleh syarikat. Sama sahaja.

Syarikat yang terjebak itu ialah ads4bucks. Dan mungkin banyak lagi syarikat MLM yang bukan jual produk tetapi mengambil duit aka peras ugut duit orang lain dengan perniagaan mereka. Kepada sesiapa yang sudah terlibat, insaflah. Sedarilah, duit yang dimakan atas dasar menjana pendapatan bukan dari jualan produk bukan hak anda dan pemberian itu bagai peras ugut dan wang judi zaman modern. Wallahua’lam.

-syarikat itu tengah meluaskan pengaruhnya di kalangan pelajar dan staf universiti. Daku mengetahui Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor telah mendapat tempat di kalangan pelajar dan staf secara meluas. Kini, Universiti Sains Malaysia (USM) pula dijadikan sasaran untuk meluaskan pengaruhnya. Berhati-hati. Dari pensyarah ke pelajar semua menjadi modus operandi untuk jualan. Mereka hanya ingin mengaut keuntungan berdasarkan ahli, bukan produk yang dijual. Jika tidak percaya, duduk sekali dengan mereka. Sekiranya seseorang itu tidak mahu dan tidak berminat dengan produk mereka, cari orang lain sebagai pengembalian modal yang dikeluarkan. Jadi, apa guna produk yang dibeli? Bukankah modal itu dikeluarkan untuk  mengembang dan mengusahakan produk yang dibeli?

************************************

Minggu ini agak sibuk. Terlibat dengan perniagaan penjualan baju. Daku ingat sekiranya ada rezeki ingin dipasarkan di pasaran yang lebih meluas dalam internet tidak lama lagi. Mungkin sedikit masa lagi akan berunding dengan empunya kedai. Insya-Allah.

Dalam bidang perkembangan semasa dalam sektor pelaburan material, bukanlah orang yagn arif sangat. Malah, lebih buat tak tahu daripada ingi ambil tahu. Hanya tahu, bank ada sistem pelaburan, itu sahaja.

Lebih-lebih lagi ingin mengetahui sektor emas sebagai bidang pelaburan. Ish… payah ini. Sebab orang lelaki tidak boleh sama sekali pakai emas. Inikan pula nak ambil tahu lebih lanjut.

Tetapi, semua itu hanya kerana satu perkara, iaitu nilai emas di mata dunia. Jika kononnya ada lubuk emas yang dijumpai di tengah kampung, sah-sah esok lusa dah tebuk tanah itu diekrjakan oleh penduduknya. Kerana apa? kerana nilai emas di mata dunia.

Apa-apapun, emas tetap tidak boleh dijadikan makanan. Kalau emas boleh makan, daku nak juga carinya. Kenyang sikit bila negaraku (baru menang bola) tiba-tiba hadapi krisis kebuluran…

Oleh itu, cuba membincangkan perkara yang paling asas dalam kehidupan, iaitu emas. Ops salah. Rezeki dan pintu rezeki dalam kehidupan

Rezeki dan pintu Rezeki

Apabila berbicara tentang rezeki, maka tidak lepas daripada pengetahuan ramai orang, iaitu pada sumber kewangan. Tetapi, tahukah kita betapa besarnya Allah s.w.t. memberikan rezeki kepada makhluknya bukanlah sekadar wang yang ada. Malah, lebih besar lagi daripada itu.

Kesihatan, anak pinak, keluarga yang ramai dan bahagia, kejayaan dalam pelajaran, peniagaan, keuntungan, dan sebagainya lagi adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t tanpa pernah dituntut untuk kembali membayarnya.

Malah, mata, telinga, mulut, dan anggota badan yang adalah nikmat yang tidak terhingga pemberian Allah s.w.t tanpa kita sedar betapa bernilainya ia.

Cuba bayangkan, jika hari ini ada orang ingin membayar satu juta (1,000 000) hanya untuk beli mata anda, walaupun hanya sebelah, adakah anda sanggup menerimanya. Jika tidak sanggup, dia ingin membeli telinga milik anda dengan bayaran tersebut. Boleh diterima? Tak boleh juga, ambil mulut sahaja dengan bayaran satu juta. Boleh?

Betapa pemurah-Nya Allah s.w.t memberikan semua nikmat itu tanpa minta balasan pun dariapda kita. Hanya, diperintahkan untuk mentaati-Nya dan menjalankan segala usaha dengan baik dan niat ibadah kepada-Nya. Itu sahaja.

Kini, manusia (termasuk diri sendiri… astaghfirullah…) telah buta daripada menilai semua ini. Sama ada dia itu anak kecil sehingga tua dah nak mati, semua hanya nampak nilai wang sebagai nilai keapda perkataan rezeki.

“Memanglah Allah s.w.t. telah menetapkan rezeki untuk kita. Tetapi, kita perlu berusaha juga.”

Betapa rendahnya nilai iman dan martabat kita sekiranya Allah s.w.t menjadikan wang sebagai nilai yang paling utama kepada perkataan rezeki. Apakah pula nilai manusia yang benar-benar beriman kepada-Nya dengan langsung tidak beriman kepada-Nya sekiranya wang itu  yang paling utama dalam rezeki?

Pesuruh Allah diutuskan ke bumi ini tidak pernah kenyang dalam masa tiga hari. Tiada dalam sejarah mana-mana pengkaji sejarah menyatakan pesuruh Allah yang mulia seorang yang kaya, hartawan, dan banyak harta bendanya di dunia ini.

A’isyah pernah berkata, bid’ah yang pertama sekali berlaku kepada umat Islam ialah banyak makan.

Malangnya, kini itulah perkara pertama pada setiap orang. kepada anak kecil, ibu bapa, sehingga datuk dan nenek. Belajar di peringkat tertinggi pun hanya kerana wang, belajar di sekolah pun hanya untuk menjadi diri sebagai pencari wang.

Siapakah yang belajar dari kecil ke besar untuk menjadi manusia yang sedia berbakti kepada orang lain, meningkatkan iman, dan menjadi hamba yang bertakwa kepada Tuhan?

Terlalu kecil. Mungkin hanya segelintir.

Namun, jangan sesekali menidakkan wang atau sebahagian rezeki itu adalah datangnya daripada pendapatan dalam pekerjaan. Itu adalah salah kefahaman kerana menidakkan usaha dan pemberian Allah melalui keperluan dalam pendapatan. Tetapi, sekiranya lebih difahami, rezeki dalam bentuk pendapatan bukanlah menjadi kaedah utama melalui pekerjaan, sebaliknya ada beberapa pintu lagi yang lebih mulia dan dipandangan tinggi oleh Allah s.w.t.

Ulama’ ahlul Hak telah menunjukkan panduan sesungguhnya jalan untuk beroleh rezeki Allah s.w.t (khusus pada pendapatan) terbahagi kepada dua bahagian iaitu; asbab besar dan asbab kecil. Asbab yang besar adalah usaha yang menunjukkan kebergantungan dan harapan bulat kepada Allah s.w.t. Manakala asbab kecil itu berpandukan usaha kepada upaya manusia dengan persekitarannya. Menurut mereka lagi, kedatangan rezeki Allah adalah berpandukan utama kepada asbab besar dan tidak meninggalkan sama sekali asbab yang kecil.

Pintu rezeki itu ialah:

1) Takwa:

Sebagaimana yang termaktub dalam surah al-Talaq:2-3, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan mengurniakan jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. ” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Mereka yang bertakwa, iaitu orang yang taat dan takut kepada Allah s.w.t telah dijamin akan kedatangan rezekinya dari dalam perbendaharaan-Nya. Mereka mungkin berusaha kurang dan hanya sedaya yang ada, tetapi sumber pendapatan mereka diberkati oleh Allah s.w.t. Rezeki mereka murah dan mencukupi untuk kehidupan seharian hatta kecil nilai dan tidak sehebat mana dalam pandangan manusia.

Tetapi, mereka merasa tenang dan bahagia dengan rezeki yang ada. Tiada keluh kesah dan gundah gulana seperti orang kaya dunia yang sering merasa tidak cukup dengan apa yang ada.

2) Solat:

Solat merupakan kaedah yang berkesan untuk menerima rezeki langsung daripada khazanah Allah s.w.t. Tetapi, bukanlah solat yang rendah martabatnya. Ia perlu khusyuk dan khudu’ (merendah diri) ketika berhadapan dengan-Nya. Merasakan diri benar-benar hamba yang mengharap bantuan hanya kepada-Nya.

Sebagaimana solat saidina Ali r.a. sehingga terkisar sendiri kisaran gandum miliknya tanpa apa-apa asbab yang menggerakannya. Hatta, dalam kisaran itu tidak bahan langsung unuk menghasilkan gandum tersebut. Disabdakan, sekiranya tidak diberhentikan kisaran tersebut, pasti ia akan terus bergerak sehingga ke hari kiamat. Nyata, kisah ini tidak mampu ditelek oleh logik manusia, yang hanyasanya berlaku dari kehednak Allah dari khazanah-Nya yang Maha Luas tidak terkata.

3) Sedekah:

Allah s.w.t menjanjikan sesiapa yang bersedekah, rezeki mereka akan bertambah dan tidak akan berkurangan. Pelik bukan? Adat harta, semakin memberi semakin berkurang. Tetapi, di sisi Allah s.w.t, semakin seseorang itu memberi, semakin banyak yang akan diperolehi.

Tamak itu adalah janji syaitan laknatullah yang menjanjikan kefakiran dan kemiskinan sekiranya mengeluarkan harta, sedangkan Allah s.w.t menjanjikan kebaikan dan ketenangan kepada sesiapa yang korbankan kerana-Nya.

Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

4) Istighfar:

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di hadapan Allah s.w.t. Ia menjadi sumber pengampunan dan asbab Allah kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

5) Syukur.

Apabila seseorang itu melafazkan kalimah syukur, maka Allah s.w.t akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada para hamba-Nya. Syukur yang membawa erti berterima kasih akan pemberian Allah s.w.t. menjadi asbab cinta dan kasih Allah kepada hamba-Nya lantas dijamin rezeki milik-Nya ketika di dunia dan tdak akan papa kedana ketika di akhirat kelak.

Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)

6) Tawakal:

Menurut Imam al-Ghazali, sekiranya kita benar-benar meyakini akan rezeki itu milik Allah, maka konsep tawakal amat berkesan dan praktikal untuk dijadikan landasan. Orang yang yakin akan rezeki itu datangnya daripada Allah, akan mewarisi sifat tawakal setelah berusaha akan upaya yang dia ada.

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

7)Pekerjaan

Inilah asbab yang kecil bagi mendapatkan sumber rezeki. Manusia berusaha dengan daya upayanya sendiri bagi meraih sesuap nasi.

Malangnya, pekerjaan merupakan kaedah yang paling akhir dan paling kecil untuk menerima kedatangan rezeki berbentuk pendapatan daripada Allah s.w.t. ahri ini manusia meliaht begoitu besar bekerja untuk beroleh pendapatan sehingga sanggup mengabaikan peranan amal yang lebih dipandang tinggi oelh yang Maha Menentukan rezeki pada setiap hamba-Nya sejak azali lagi. Hal ini kerana, spa yang dilihat oleh manusia, bukanlah pendapatan itu berhasil dalam keberkatan tetapi dalam bentuk nilai dan mata wang dunia yang dijanjikan.

Kerana hal ini, rmaai orang menderita merasa tidak cukup walaupun sudah kaya raya. Berhutang sana sini, gelisah dengan urusan kewangan syarikat sehingga mengganggu urusan keluarga, anak dan isteri. Tidak cukup masa bekerja, dan pelbagai lagi reaksi keluh kesah masyarakat apabila melihat rezeki berdasarkan nilai wang yang ada.

Sedangkan Allah s.w.t menjanjikan rezeki itu dalam bentuk keberkatan. Hal ini bertepatan dengan nama-Nya yang Maha Mulia, al-Mubaarik, yang bermaksud memberkati. Maka, dengan sifat Allah s.w.t ini Dia memberi rezeki yang sentiasa mencukupi, bukan bersifat tamak dan kedekut untuk kembali beramal kepada-Nya atau kepada makhluk-Nya.

Wallahua’lam

-in the last time, thanks a lot. Will go further for knowing better. Insya-Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: