Monthly Archives: Disember 2011

Fakta yang Hilang (1)

Hari ini daku ingin bongkarkan suatu peristiwa dan fakta, yang manusia tidak minat ingin mengkajinya.

Fakta yang terlalu besar, tetapi ramai yang perlecehkan dan perkecilkan.

Fakta yang mengejutkan mata-mata yang tertidur, mata yang masih enak dibuai oleh keindahan yang fana’.

Anggaplah ia suatu peringatan kepada manusia yang mengharapkan peringatan, dan manusia yang baru tersedar dari kelalaian.

Continue reading →

Memperingati Imam al-Ghazali (1111 Masihi-2011 Masihi) -bahagian 2

Dua tiga hari lepas daku bersama rakan-rakan yang lain pergi mengislahkan diri di samping bersua dengan masyarakat untuk sama-sama mengagungkan Allah s.w.t dan mengimarahkan rumah Allah s.w.t.

Tetapi bagi daku, agak gagal rasanya berada di jalan Allah kali ini. Kerana, daku sendiri agak terleka dari mendekatkan diri kepada Allah s.w.t  kerana banyak berbual dengan rakan taulan (walau topik berkaitan isu keruhanian).

Continue reading →

Memperingati Imam al-Ghazali (1111 Masihi-2011 Masihi)

Catitan tangan itu menerangkan antara maksud dan keperluan.Antara maksud dan keperluan, kedua-dua perkara ini perlu diperjelaskan.

Maksud membawa erti tujuan atau misi utama sesuatu perkara dilakukan. Apa-apa yang menghalang maksud tidak sama sekali merencatkan antara utama. Walaupun ia akan sedikit mencacatkan perjalanan, ia bukanlah asbab untuk mengagalkan maksud perkara itu dilaksanakan.

Keperluan ialah perkara yang perlu diambil ketika memerlukan. Sebagai contoh, seseorang ingin memakan nasi, memerlukan pinggan atau piring untuknya makan. Tetapi, sekiranya tiada pinggan atau piring, seseorang itu tetap boleh makan menggunakan daun pisang, kertas minyak, atau sebagainya.

Maka, keperluannya ialah pinggan atau piring, Maksudnya ialah untuk makan nasi.

Sekiranya keperluan yang dicari tidak ditemui, tidak bermakna maksud makan tidak diperoleh. Mungkin hanya ralat dari segi keadaan untuk mencapai maksud sedemikian.

Begitu juga dalam kehidupan. Dalam kehidupan ini, ada tiga perkara, iaitu maksud, keperluan, dan kehendak.

Biasanya manusia hanya menilai dari segi keperluan dan kehendak. Tetapi maksud hidup tiada dalam silibus atau topik pengajaran (pernah dengar cikgu mengajar di sekolah maksud hidup?). Contoh keperluan hidup ialah makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Manakala kehendak ialah barang hiasan, perabot, laptop, kari kepala kambing, chicken chop, restoran mamak, dan sebagainya.

Itu ialah perkara biasa dan semua orang tahu akannya. Tetapi perkara MAKSUD tidak.

Continue reading →

Membina Keyakinan Kepada Allah s.w.t

Tiada idea untuk menulis.

Mungkin sebab terlalu sibuk pada minggu lepas dengan aktiviti yang lain.

Sebab itu agak lewat (bila minda blankserabut macam-macam kena laksanakan.

Tetapi, Alhamdulillah Allah s.w.t. yang Maha Pengasihani memberikan sedikit kekuatan kepada daku untuk menulis nukilan pada hari ini (walaupun sikit +artikel lain berkaitan.)

Macam-macam agenda minggu lepas. Letihhh badan hamba Allah seorang ini dibuatnya…

Terlibat dengan seminar… aktiviti jualan….. ziarah rakan….

Belum masuk agenda sendiri lagi.. Satu persatu masuk dan keluar.  (teringat kalau boleh nak transfer jasad jadi 1 kepada 3, boleh buat banyak kerja. )

Jadi, tak sempat langsung nak menulis semalam. Otak letih, badan penat.

Apa-apapun, Alhamdulillah masih lagi dikurniakan yang lebih besar, iaitu nikmat kesihatan. Sehingga boleh berterusan membuat aktiviti yang lain sehingga ke hari ini. Alhamdulillah….

(tentang seminar itu daku ingin berkongsi di sini sebenarnya. Sebab untuk diri sendiri jua melihat pada masa akan datang dan supaya tidak hilang dari ingatan. Tetapi masa ini tidak beberapa bagus. Mungkin Jumaat nanti daku cuba rencanakan kembali. Insya-Allah. Continue reading →

Hati Seorang Ibu

Menyelami hati seseorang. Yang digelar sebagai ibu (walaupun sekarang bukanlah musim atau hari Ibu). Walaupun diri ini seorang lelaki, tidak bermakna tidak pernah dilahirkan oleh seorang wanita yang cekal dan tabah, iaitu seorang ibuku sendiri.

Seorang yang sanggup berkorban nyawa dan jasad kerana ingin melahirkan seseorang untuk melihat dunia ini.Seorang yang sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata ingin melihat anaknya berjaya dan gembira suatu hari nanti.

Continue reading →

Paduan Antara Rohani dan Emosi

Kadang-kadang daku rasa letih…. penat….

Bukan penat dengan pekerjaan atau bekerja lebih bebanan. Kepenatan sementara itu  boleh diselesaikan dengan kaedah tidur atau berehat sebentar. Insya-Allah , akan kembali segar dan boleh meneruskan pekerjaan.

Tetapi berat menanggung emosi dan kekuatan rohani.

Continue reading →

Bahaya Lidah

Dalam benak antara yang paling dalam diri ini,

Daku berhajat akan sesuatu. Berhajatkan sesuatu kebaikan yang makin sukar bila mengira keadaan zaman.

Yang manusia makin hilang mengharapkannya…. makin jauh dari mendekatinya.

Namun, daku tetap meyakini akan kekuasaan Allah s.w.t. Tiada daya manusia untuk mengubah keadaan yang telah dipelihara dan dikehendaki-Nya. Maka, kepada-Nyalah harapanku moga-moga Dia akan sentiasa memelihara dan memakbulkan.

Hajatku, setiap manusia yang melihat laman boleh mengambil pelajaran dan pengajaran akan apa-apa yang berlaku kini. Mengubah hati ramai yang mencintai akan dunia yang akan pergi, kepada akhirat yang kekal abadi. Terutama sekali, agar hati semakin mendekati dan merasai kekuasaan Allah s.w.t yang manusia semakin leka dari mengenali-Nya.

Khususnya,

Buat mereka yang mengenaliku. Mereka yang memahami jiwa dan jasadku.

Continue reading →

Pengislahan Hati Demi Menuju Allah.

Kadang-kadang ,manusia tidak mengetahui apakah kaedah yang paling berkesan dalam penyampaian. Ada orang menilai dengan internet, artikel, atau facebook telah membuka mata banyak pihak untuk menerima apa-apa yang disampaikan. Hakikatnya, ia hanyalah usaha sampingan yang jika tiada pun tidak memberi kesan besar dalam kehidupan.

Kaedah paling berkesan dalam penyampaian ialah melalui ucapan atau kata-kata. Tidak sekadar itu, perlu jua dengan berjumpa sentiasa, saling berkenalan, dan saling menziarahi.

Islam tidak terbina melalui tembok besi dan teknologi tinggi.

Islam terbina dengan kasih sayang dan saling berkomunikasi.

Continue reading →

Terima kasih Atas Deringan Itu….

Hari ini sudah tanggal awal bulan Disember, akhir kepada tahun 2011, awal Muharram tahun 1433 Hijrah.

Rupa-rupanya, telah berlalu pantas masa dalam kehidupanku di dunia. Congak segala peredaran masa yang telah berlalu, dari kecil ke besar, banyak sudah perkara yang telah berlaku. Dari sebaik-baik perkara kepada jelik-jelik perkara, semuanya telah berlaku.

Pejam celik-pejam celik, diri ini makin lama makin meningkat usia. Bukan lagi kanak-kanak kecil yang selalu ke masjid dahulu bersama ayah, dan bukan lagi remaja yang dahulu bermukim di sekolah agama.

Kini, diri ini telah meningkat dewasa. Dewasa dari segi tubuh badan (jasad) dan dari segi perkembangan pemikiran. Semuanya adalah lumrah alam duniawi. Suatu masa kelak makin bertambah usia, makin kembali kepada masa asalannya.

Namun, yang tidak manusia sedari, masa dan diri setiap yang bernyawa di dunia ini, ada pemiliknya. Pemilik yang akan menuntut kembali apa-apa yang telah diberikan oleh-Nya. Dia bukan berikan secara sia-sia. Dia tidak pernah sama sekali menjadikan dunia ini hanya sebagai permainan atau bahan sandiwara.

Ada persoalan yang akan ditanggungjawabkan.

Ada hisab yang sedang dalam penantian.

Continue reading →