Terima kasih Atas Deringan Itu….

Hari ini sudah tanggal awal bulan Disember, akhir kepada tahun 2011, awal Muharram tahun 1433 Hijrah.

Rupa-rupanya, telah berlalu pantas masa dalam kehidupanku di dunia. Congak segala peredaran masa yang telah berlalu, dari kecil ke besar, banyak sudah perkara yang telah berlaku. Dari sebaik-baik perkara kepada jelik-jelik perkara, semuanya telah berlaku.

Pejam celik-pejam celik, diri ini makin lama makin meningkat usia. Bukan lagi kanak-kanak kecil yang selalu ke masjid dahulu bersama ayah, dan bukan lagi remaja yang dahulu bermukim di sekolah agama.

Kini, diri ini telah meningkat dewasa. Dewasa dari segi tubuh badan (jasad) dan dari segi perkembangan pemikiran. Semuanya adalah lumrah alam duniawi. Suatu masa kelak makin bertambah usia, makin kembali kepada masa asalannya.

Namun, yang tidak manusia sedari, masa dan diri setiap yang bernyawa di dunia ini, ada pemiliknya. Pemilik yang akan menuntut kembali apa-apa yang telah diberikan oleh-Nya. Dia bukan berikan secara sia-sia. Dia tidak pernah sama sekali menjadikan dunia ini hanya sebagai permainan atau bahan sandiwara.

Ada persoalan yang akan ditanggungjawabkan.

Ada hisab yang sedang dalam penantian.

Masa itu tidak dapat berundur kembali. Yang berlalu telah berlalu, masa yang akan datang tidak dapat diketahui. Yang hanya upaya dilakukan, hanyalah suatu perancangan yang kemudian bertawakal atas ketentuan.

Ketika Allah s.w.t menciptakan daku sebagai hamba-Nya di muka bumi ini, daku sedar akan banyaknya kelalaianku pada masa yang lalu. Lali dan leka, dengan keindahan dan terumbang ambingnya dunia.

Sehinggalah suatu peristiwa yang bukan dalam perancanganku, Allah s.w.t telah membuktikan kekuasaan-Nya. Kekuasaan mengubah hatiku untuk berpasak pada jalan-Nya. Jalan yang benar menuju kepada-Nya. Jalan yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, untuk mengenali akan keEsaan, kemuliaan, keagungan, dan sifat-sifat Allah Azza wa Jalla.

Dia menunjukkan jalan-Nya. Dia membuktikan kewujudan dan kekuasaan-Nya.

Ketika itu, terbukti adalah Allah s.w.t sebaik pelindung dan Dialah sebaik-baik pembimbing.

Kring… Kring….

Simbolik bunyi itu kembali menyedarkan diriku. Menyedarkan suatu lamunan manusia kerana kesibukan urusan duniawi.

Tersedar di mana kaki ini patut melangkah. Di mana hati ini patut terpaut dan kembali berpijak di alam yang nyata. Apakah rencana semasa di manakah tujuan sebenar daku sebenarnya ingin berada.

Tersedar akan lamunan kerana desakan dan seruan manusia di sekeliling yang ingin melihat apakah sumbangan kepada keduniaan. Kepercayaan dan keyakinan kepada usaha dahulu, bukan ketentuan Tuhan.

Cuti yang panjang….

Sepanjang cuti yang panjang menunggu penawaran meneruskan pengajian, pelbagai perkara telah dilakukan. Tetapi, banyak usaha untuk faktor keperluan. Buat kerja sampingan.

Kini, melibatkan diri dengan aktiviti penjualan baju. Belum lagi perniagaan sendiri, hanya sebagai pembantu. Hanya untuk beberapa hari (biasa 3-4 sahaja). Sekiranya ada event atau peristiwa, baru melibatkan diri (minggu hadapan tiada jualan dilakukan. Insya-Allah). Ini baru suatu aktiviti. Kelak, mungkin menyusul untuk aktiviti online atau website pula… adehh…. (letih fikir dan sorang-sorang)

Jadi, penglibatan dan perkembangan itu begitu banyak kepada aspek lain sehingga agak menyampingkan keutamaan yang dahulu ingin diletakkan.

Iaitu menyambung pengajian (Insya-Allah).

Adakah salahkan kerja yang lain? Tidak. Malah, akan terus diusahakan sehingga waktu yang tertentu. Tetapi, ia dilihat berlalu berkembang sehingga mendominasi apakah perkara sebenar yang perlu dilakukan. Itu sahaja. Jika dahulu, banyak buat rujukan dan bahan bacaan, kini berkurangan dengan melibatkan aktiviti jualan dan mengembangkan diri sendiri dalam bidang online.

Kerana itu, daku bersyukur atas simbolik deringan itu. Membuatkan diri ini kembali berfikir apakah yang menjadi keutamaan dan kembali mencari bahan rujukan, bukan menyampingkan.

Terima kasih ya Allah. Jazakallah… Insya-Allah , daku akan kembali berdiri di atas jalan-Mu. Mencari dan meneruskan hati untuk mengenali-Mu. Ampunkanlah daku akan kelalaianku…

Terima kasih…. Sekarang sedang membuat beberapa kajian dan rujukan. Doakan dipermudahkan dan kejayaanku dalam temuduga serta permohonan kelak. Bila? Entah. Wallahua’lam. Dulu ditangguhkan. Insya-Allah ditunda pada waktu yang belum ditentukan lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: