Paduan Antara Rohani dan Emosi

Kadang-kadang daku rasa letih…. penat….

Bukan penat dengan pekerjaan atau bekerja lebih bebanan. Kepenatan sementara itu  boleh diselesaikan dengan kaedah tidur atau berehat sebentar. Insya-Allah , akan kembali segar dan boleh meneruskan pekerjaan.

Tetapi berat menanggung emosi dan kekuatan rohani.

Bunyinya macam  “apalah dia ini fikir….” tetapi sebenarnya ia membuatkan rasa tidak selesa dalam diri. Kosong. Ketika manusia bergembira sesama manusia, terasa seperti something yang tidak secocok dalam sanubari mereka. Ketawa di luar, sakit di dalam. Berkata-kata pada zahirnya, tetapi terdiam lama di dalam.

Malah, suasana kini juga tidak menang untuk iman.

Nyatanya, emosi dan rohani tidak akan selari dengan pembangunan dan kemodenan. Perkembangan fizikal memang dinilai dan gah jika dinilai pada pandangan mata. Tetapi, hati dan jiwa akan  merasai kekosongan melihat ini semua.

Kosong dalam merasai ketenangan….

Tiada perasaan kedamaian….

Hanya mengerti kerja, kesibukan, kegembiraan apabila kesenangan, atau sedih bila kesusahan. Ruhiyah dan kemanisan iman tidak dirasai seperti tenang dalam kesusahan, bersyukur dalam kesenangan, bersabar dalam musibah, tenteram dalam kekalutan, langkah dan bicara, munajat pada yang Esa ketika manusia sedang lupa. Apabila melibatkan ruhiyah dan iman dalam diri, maka sifat mulia dan perasaan untuk melakukan kebaikan terhadap orang lain automatik terpendam dalam diri. Maka, perasaan pentingkan diri sendiri akan terhakis dan perasaan simpati pada nasib orang lain akan wujud dalam diri.

Di kala menulis tentang ke’kosong’an ini, Allah s.w.t mengurniakan suatu ilham untuk mengembalikan emosi dan rohani yang suram, iaitu….

“kring… kring….”

Ohh… sahabat!!

Tidak sampai 5 minit berbicara dengannya, emosi dan rohani itu berputar kembali. Kembali mengisi ruang yang kosong. Jika tadi keadaan suram dan murung, kini bersemangat kembali untuk berkerja dan berbicara sesama manusia. Pelik bukan penyelesaiannya?

Tidak. Malah, saintis sendiri telah mengkaji berkaitan perkara ini. Mereka menyatakan ada hormon (atau ntah apa-apa istilah) yang dapat mengembalikan dan mengubah emosi seseorang apabila bertemu dengan keserasian pada hormon orang tersebut.

Kerana itu emosi dan ruhaniyah bertindak balas dengan keadaan berbeza (bukan dengan bekerja atau membuat aktiviti fizikal). Ia perlu diselesaikan dengan kaedah dalaman dan tertentu. Bukan sekadar luahan sesama manusia, tetapi ketenangan kerana rangsangan hati dan perasaan.

Cukup sekadar bertemu ransangan tersebut, insya-Allah akan kembali pulih dan keadaan sedia kala.

Sudut Emosi

Emosi atau perasaan itu tidak mustahil bertindak balas serta merta paabila seseorang bertemu dengan ransangan hati yang wujud pada orang lain. Walaupun hanya berjumpa atau hanya dalam masa seketika akan merasai perubahan yang ketara. Emosi itu akan terus berbeza serta merta (seperti dapat calling dari sahabat tadi). Senang dan gembira akan memenuhi ruang yang muram dan berduka. Ini biasa berlaku dan di mana-mana sahaja boleh berlaku.

Antara bapa dan bapa yang penat bekerja pulang ke rumah gembira apabila beramah mesra dengan anak-anak,

Antara suami dan isteri,

Kekasih dengan kekasih,

Dan antara seorang sahabat dengan sahabat baiknya.

Sudut Rohani

Rohani juga mempunyai kaitan dengan unsur dengan sesama manusia. Tetapi, ia nyata sekali berbeza dengan manusia yang ditemuinya.

Entahlah… berdasarkan pengalaman daku ia lebih mengaitkan hubungan seseorang dengan Allah.

Jika hubungannya utuh, maka orang yang melihat akan mengingati Allah. Orang yang mendengar berasa iman kepada Allah. Orang yang berkata itu semakin dekat hubungannya dengan Allah.

Ia terlalu relatif untuk menurut pada hanya penciptaan manusia. Ia lebih bersudut antara kekuatan hubungan manusia dengan tuhannya. Makin kuat hubungan, makin lancar orang tersebut mengingati Tuhan (sama ada pada perbuatan, percakapan, dan hatinya), dan makin dirasai ruhaniyah pada seseorang apabila bertemu dengan orang tersebut.

Hadith Rasulullah s.a.w ada menyebut:

Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau mencerita; telah ditanyakan, “Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”
Sabda Baginda, “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya,; dan bertambah pada ilmu mu (apabila mendengar) perbicaraannya; dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya.”

“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Sudut lain

Pada sudut yang lain, beberapa perkara ada memainkan pada emosi dan rohani. Suasana antara yang banyak memainkan peranan. Suasana aman dan damai menyeru keadaan damai dan tenteram. Suasana kacau bilau membawa perasaan marah dan sakit kepala.

Suasana beragama membawa seseorang kepada agama. Unsur rohani dan iman akan berpengaruh dalam diri.

Yang lain, warna juga memainkan peranan. Warna cerah membawa keceriaan, warna terang membawa semangat, dan warna hitam dan gelap mesej kesuraman. (bagi daku, hanya aspek kecil sahaja. Jika seseorang itu sudah berminat pada sesuatu warna, tiada kesan untuk perubahan pada dirinya. Pakai sahaja, tiada kaitan dengan emosi dan suasana).

Bau juga mempunyai kondensi yang sama. Bau yang menyenangkan seperti bunga, ros, kasturi dan lain lain-lain membawa perasaan senang dan harmoni. Bau  busuk, pahit, lemau dan tidak menyenangkan melibatkan perasaan yang sama.

Antara Emosi dan Rohani.

Apa-apapun, semua berlaku atas kehendak Allah s.w.t. Ia tidak akan berlaku atas kehendak diri sendiri. Jika tidak percaya, cuba bereksperimentasi sendiri. Dahulu berasa senang untuk berkata dengan seseorang, tetapi telah sekian lama dan duduk sekali perasaan itu nyata berbeza dan tidak seperti dahulu lagi.

Umpama yang paling jelas, ketika artikel ini ditulis, daku berkeadaan suram dan kelam pada pengaruh emosi dan rohani. Tetapi, apabila takdir Allah meletakkan sahabat ini menelefon, terus berubah serta merta. Bukankah itu dalam kehendak Allah s.w.t?

Formulasi paling utama:

Emosi akan berubah apabila rohani itu berubah. Tetapi rohani tidak akan berubah apabila emosi itu berubah.

Emosi boleh dipengaruhi oleh pengaruh persekitaran dan sesama manusia. Tetapi rohani hanya berubah apabila persekitaran dan manusia itu mempunyai kaitan yang padu pada Allah s.w.t.

Strukturnya begini:

Maka, padulah kekuatan rohani itu dahulu, insya-Allah kekuatan emosi itu turut berubah dengan serta merta.

Hebat… hebat….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: