Memperingati Imam al-Ghazali (1111 Masihi-2011 Masihi)

Catitan tangan itu menerangkan antara maksud dan keperluan.Antara maksud dan keperluan, kedua-dua perkara ini perlu diperjelaskan.

Maksud membawa erti tujuan atau misi utama sesuatu perkara dilakukan. Apa-apa yang menghalang maksud tidak sama sekali merencatkan antara utama. Walaupun ia akan sedikit mencacatkan perjalanan, ia bukanlah asbab untuk mengagalkan maksud perkara itu dilaksanakan.

Keperluan ialah perkara yang perlu diambil ketika memerlukan. Sebagai contoh, seseorang ingin memakan nasi, memerlukan pinggan atau piring untuknya makan. Tetapi, sekiranya tiada pinggan atau piring, seseorang itu tetap boleh makan menggunakan daun pisang, kertas minyak, atau sebagainya.

Maka, keperluannya ialah pinggan atau piring, Maksudnya ialah untuk makan nasi.

Sekiranya keperluan yang dicari tidak ditemui, tidak bermakna maksud makan tidak diperoleh. Mungkin hanya ralat dari segi keadaan untuk mencapai maksud sedemikian.

Begitu juga dalam kehidupan. Dalam kehidupan ini, ada tiga perkara, iaitu maksud, keperluan, dan kehendak.

Biasanya manusia hanya menilai dari segi keperluan dan kehendak. Tetapi maksud hidup tiada dalam silibus atau topik pengajaran (pernah dengar cikgu mengajar di sekolah maksud hidup?). Contoh keperluan hidup ialah makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Manakala kehendak ialah barang hiasan, perabot, laptop, kari kepala kambing, chicken chop, restoran mamak, dan sebagainya.

Itu ialah perkara biasa dan semua orang tahu akannya. Tetapi perkara MAKSUD tidak.

Maka, maksud sebenar hidup ada tiga:

1) beribadah pada Allah s.w.t. (Az-zariyat:56)

2) menjadi khalifah Allah (al-baqarah:30)

3) menegakkan ma’ruf dan mencegah nahi mungkar (ali Imran:104, 110)

Semua terkandung dalam al-Qur’an. Boleh rujuk kembali. Mungkin ada tersilap dari segi ayat tetapi nyata al-Qur’an telah menjelaskan tujuan/maksud manusia diciptakan di muka bumi ini.

Apa yang daku catitkan dalam laman itu ialah maksud kehidupan. Maksud sebenar hidup ialah akhirat. Hakikat maksud hidup ialah bertemu Allah s.w.t.

Maka, untuk mencapai hakikat maksud hidup perlu berkorban, dan inilah perkara yang paling manusia tidak suka (walaupun untuk buat aktiviti harian). Para Nabi, Rasul, aulia’ dan orang yang utuh imannya kepada Allah insya-Allah bersedia berkorban untuk Allah. Kerana mereka kenal kewujudan Allah dan kekuasaan Allah s.w.t.

Sungguh, betapa pengasihnya Allah, sesiapa yang berkorban untukNya, maka dia akan mencukupkan keperluan hambanya di dunia. Ini ialah janji Allah. Yakinlah pada janjiNya sepertimana yang telah diwahyukan ayat at-Talaq: 2-3:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Pendek kata, sesiapa yang mencari maksud hidup ialah dunia, dia akan merana. Kerana, tidak tercapai maksud sebenar dan di tempat azali kelak akan menyesal selama-lamanya.

Akibatnya, apabila manusia memahami maksud mereka ialah dunia, maka ramailah yang sedia menurut nafsu dan syaitan, sedangkan kedua-dua perkara membawa kepada kejahatan dan kerosakan.  Misalnya, bunuh diri, kill and die, die and kill, rosakkan manusia lain, rosakkan diri sendiri, diri sendiri rosak, orang lain rosak, dan semuanya rosak.

Ringkasnya, maksud hidup untuk dunia akan menimbulkan kerosakan (bukankah dunia itu sifatnya tipu daya?). Maksud hidup untuk akhirat akan menimbulkan kesejahteraan dan kedamaian. (tak percaya? Baca sejarah manusia yang faham hidup untuk akhirat. Teliti kisah mereka dan kesan kehidupan mereka. )

Korban kehendak satu dapat dua. Korban kehendak dunia, dapat dunia dan akhirat selama-lamanya. Tetapi sesiapa yang korban akhirat untuk dunia, maka tiada akhirat untuknya selama-lamanya.(ada formula matematik macam ini?)

Sekiranya kelapangan, mungkin akan menulis lebih details tentang perkara ini lain kali. Insya-Allah

*********************************

Seperti yang telah diilhamkan, pada hari ini daku cuba menukilkan kembali akan seminar yang dihadiri tempoh hari.

Seminar berkenaan tokoh cendiakawan dan ulama’ terbilang. Pada sesiapa yang mempunyai perasaan, tentu perasan akan banner besor seminar ini terpampang di tepi jalan.

Mengenai Pemikiran Al-Ghazali yang diadakan di universiti. Seminar terbuka tetapi ada pembentangan kertas kerja dan buku-buku yang dihasilkan oleh al-Ghazali.

Rekod:

Tajuk:Mengimbau 900 tahun Kegemilangan Imam al-Ghazali

Masa:8.30 pagi-12.30 tengah hari

Tarikh:18 Disember 2011

Tempat: DKG-31

Hampir 457 buah buku telah dihasilkan oleh al-Ghazali. Menurut pandangan ahli panel, sebahagian besarnya telah terhapus ketika tentera Barbar/Mongolia telah melanggar Baghdad.

Di sini daku mengulas, ehh… bukan. Mencatitkan beberapa isi-isi penting yang telah dibincangkan dalam seminar tersebut. Tujuannya ialah untuk:

1) diriku sendiri.

2) Untuk kembali mengingati pada masa hadapan. Sekiranya hanya tercatat di dalam nota, berdasarkan pengalamanku tidak lama kemudian hilang nota, dan hilang dari ingatan.

3) semoga bermanfaat kepada yang memerhati dan yang lain. Insya-Allah.

***Sesi Pembentang ahli panel pertama, iaitu Ustaz Abul Khair

Imam al-Ghazali:

-nama sebenar: Abu Hamid bin Muhammad bin Muhamad al-Ghazali.

– dilahirkan di Tus, Iran di Perkampungan Ghazala.

Pengaruh kepada perkembangan al-Ghazali:

– didikan dari rumah dan ayah Ghazali yang baik dalam pengaruh agama. Beliau berpesan kepada sahabatnya sebelum meninggal untuk diberikan pendidikan agama kepadanya.

– mendampingi ulama’ bernama al-Juwaini

– peristiwa yang berlaku ketika dalam musafir.  Perompak telah merompak semua barang al-Ghazali termasuk kitabnya. Beliau merayu kepada perompak untuk memulangkan kitab tersebut kerana betapa penting kepadanya. Mendengar rayuan al-Ghazali, ketawa si perompak dan berkata, “ilmu itu berada di dada, bukan dalam kitab.” Sejak itu beliau mula menghafal ilmu-ilmu yang dipelajarinya.

-jiran  yang beramal dengan agama.

– belajar di madrasah agama.

Ketika  berguru dengan Imam al-Juwaini, beliau telah menghasilkan kitab pertamanya, yang bertajuk, ‘Al-Mankul fil al-ushul al-fiqh’. Kitab itu meraih tempat di hati masyarakat Baghdad sehingga kitabnya lebih terkenal dari karangan gurunya (Imam al-Haramain, al-Juwaini). Al-Juwaini berasa kagum dan berbesar hati dengan muridnya (al-Ghazali) sehingga berkata “aku telah dikebumikan ketika aku masih hidup. Bersabarlah dahulu sehingga aku meninggal dunia.”

Semakin lama, keilmuan dan kebijaksanaan al-Ghazali makin terserlah. Raja Baghdad ketika itu, Nizamul Mulk sangat teruja dengan al-Ghazali sehingga melantik beliau untuk menjadi salah seorang tokoh pendidik di Universiti Nizamul Mulk. Di sana beliau antara 400 tokoh cendiakawan yang ternama dalam Islam.

Tetapi, setelah lama dalam bidang keilmuan ini, beliau merasakan kehilangan sesuatu, iaitu ketenangan dan kebahagiaan (Mungkin kerana beliau mengajar kerana sesuatu, bukan kerana Allah s.w.t) walaupun mendapat kemewahan dan kebesaran dari kerajaan Baghdad.

Setelah lama dalam keadaan tersebut, beliau mengambil keputusan untuk bermusafir sehingga ke Makkah al-Mukarramah. Dari sinilah bermula kehidupan tasawuf Imam al-Ghazali. Beliau beruzlah untuk mengutip kembali mutiara-mutiara as-saadah (kebahagiaan). Di Makkah, Ibn al-A’rabi bertemu dengan beliau. Ahli sufi inilah yang pertama bertemu dengan al-Ghazali (yang ketika itu telah berubah dari pakaian kebesarannya kepada pakaian lusuh dan pudar sehingga sukar orang mengenali beliau) dan menjadi asbab berubah kehidupan al-Ghazali mencari as-sa’adah dalam perjalanan salik (menuju Allah).

Beliau beruzlah selama 10 tahun di Masjidil Aqsa. Kubah as-Sakhra menjadi tempat uzlah beliau. Kemudian pulang ke Damsyik, Syiria. Seterusnya pulang kembali ke Baghdad. Bukan untuk kembali mengajar tetapi meneruskan penguzlahan beliau di sana selama 2 tahun.

Setelah itu, beliau kembali menyambung penguzlahan beliau selama 10 tahun lagi. DI sini beliau mula mengarang kitabnya yang terkenal sehingga kini, iaitu ‘Ihya al-Ulumuddin’. Beliau terus mengarang dan tamat di Palestin.

Setelah itu, al-Ghazali pulang ke negeri asalnya, iaitu Baghdad. Ketika itu, golongan mutakallimun semakin tersebar. Imam al-Ghazali cuba mengenali  dan memahami tindakan mutakallimun itu. Beliau berpendapat, mereka hanya tahu berkata-kata, tetapi tidak beramal dengan apa-apa yang diperkatakannya.

Sepanjang kehidupan al-Ghazali, beliau merupakan ulama’ yang faqih dalam pelbagai bidang. Bermula dari tauhid, kemudian as-syari’iyah (fiqah-syariat) seterusnya kepada thaharah (tasawuf). Beliau juga memahami dan berdepan dengan beberapa bidang keilmuan lain yang saling bercanggah, iaitu mutakallimun, bathiniah, falsafah, dan seterusnya suffiah. Pada penelitian al-Ghazali, golongan suffiah adalah golongan yang benar membawa ketauhidan kepada Allah dan ahli dalam ilmu mushahadah dan mukashafah.

Antara sorotan pandangan dan keilmuan al-Ghazali:

1) Berkenaan akhlak.

Beliau merungkai ukuran akhlak itu ialah  jiwa bukan jasad. (Bermaksud –lebih kurang-akhlak adalah hal dalaman dan natijah kepada luaran, bukan luaran sahaja nampak baik, tetapi dalaman penuh hasad dan kemungkaran)

2) Kebahagiaan.

Kebahagiaan itu menghasilkan kepelbagaian kebajikan. (kepada  jasad, jiwa, harta, dan taufik Ilahi)

3)fikrah al-Ghazali (manhajnya) dalam berdakwah dari sifat umum kepada pengkhusuan keilmuan. (Kerana tingginya keilmuan al-Ghazali dalam pelbagai bidang, maka beliau mengkhususkan mengikut sesuatu lapangan.

Antara nasihat Imam al-Ghazali:

1) Orang yang tidak menahan akan perkara yang harus maka akan melanggar perkara yang harus.

2) Orang yang tidak menurut nafsu itulah orang yang bahagia.

3) Orang  yang jahat itu ialah yang ditangkap oleh nafsunya (yang menurut hawa nafsunya.)

Bersambung…

 

Minta maaf sekiranya agak tidak senang dan runsing dengan catitan tangan itu. Mungkin agak ‘keras’ bunyinya. Terlebih ‘bersemangat’ pula. Nak senyum sekit:

🙂🙂

One response

  1. zarinna abu zarin | Balas

    Syukran jazilan. Ini membantu saya lebih memahami pandangan dan pendirian Imam al Ghazali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: