Memperingati Imam al-Ghazali (1111 Masihi-2011 Masihi) -bahagian 2

Dua tiga hari lepas daku bersama rakan-rakan yang lain pergi mengislahkan diri di samping bersua dengan masyarakat untuk sama-sama mengagungkan Allah s.w.t dan mengimarahkan rumah Allah s.w.t.

Tetapi bagi daku, agak gagal rasanya berada di jalan Allah kali ini. Kerana, daku sendiri agak terleka dari mendekatkan diri kepada Allah s.w.t  kerana banyak berbual dengan rakan taulan (walau topik berkaitan isu keruhanian).

Banyak buat aktiviti luar dari menekan nafs untuk sentiasa berfikir dan berzikir dalam masjid. Bergurau dengan rakan daripada menangis dan khusyuk hati kepada Allah s.w.t. Banyak meminta dan mengharap kepada manusia  daripada meminta dan mengharap kepada Allah s.w.t. Banyak pula makan dan tidur daripada berlapar dan sering mengingatkan Tuhan. Banyak pula fikir dan sembang tentang orang lain daripada derap tasbih memuja dan memuji isu-isu ketuhanan.

Apabila pulang, spiritual dan keruhanian daku tidak berdaya dipertingkatkan.  Nilai ruh agak tersadai. Tak sampai pada tahapnya.

Astaghfirullah… ampunkanlah kelemahan daku ya Allah….

Pengajarannya, lain kali jangan buat lagi. Tekan nafsu dan berlindung daripada syaitan laknatullah dari melaksanakan perkara yang tidak sepatutnya.

Insya-Allah.

**************************

**** Sesi pembentangan kedua:

Tajuk: Pemikiran al-Ghazali Dalam Konteks Moden

,              Ahli Panel pertama: Dr. Shaikh Abdullah Hasan

Membincangkan tentang konsep ketamadunan dan pemikiran al-Ghazali yang bersesuaian pada zaman moden. Dr. Shaikh Abdullah membentangkan kertas kerja hasil kajiannya yang berfokus pada ketamadunan ketika era al-Ghazali.

Prroblem statement atas kajiannya ialah akhlak yang merosot di seantero dunia

Dalam pembentangan beliau, beliau mengulas beberapa fakta (berkaitan dengan kajiannya):

1) tamadun Barat bermula dengan kebendaan dan materialistik. Sedangkan tamadun Islam (yang manusia masih tidak mampu fikir dan terbina seperti ini sehingga sekarang) dibina di atas dua landasan yang berbeza, iaitu:

a) kalimah Iman iaitu LAILAHAILLAH.

b) akhlak baik

2) Malaysia menjadi negara yang makin ke arah materialistik (menuruti negara maju yang bertamadunkan Barat) dan berkiblatkan kebendaan –mengikut telunjuk Barat- Beliau menceritakan (selingan), satu mata Dajjal yang wujud di akhir zaman kelak melambangkan satu arah, iaitu menjurus manusia kepada keduniaan.

3) pada tahun 2020, dijangka 20% rakyat Malaysia akan sakit mental

4) 80% rakyat Malaysia tidak solat dengan sempurna.

5) Indeks rasuah semakin meningkat

6) Pengaruh hedonisme (berkhayal dan berseronok) rakyat semakin meningkat.

7) Pusat serenti: 80% dari kalangan orang Melayu

8) Banyak pertubuhan agama- macam cendawan- tetapi akhlak masyarakat semakin merudum

9) Kesimpulan: TAMADUN NEGARA MALAYSIA SEMAKIN TENAT

Beberapa cadangan dibentangkan:

1) Membangkitkan modal penghayatan agama dan akhlak.

-memberi penekanan kepada roh insan: pembangunan insan dibangunkan- target: memperbaiki hati.

2) Melalui kaedah mukasyafah: mengalami sendiri. Iaitu dengan sacrifice for the ummah (berkorban untuk ummat)

-kata-kata beliau: apa yang sampai dari hati akan sampai ke hati. Apa yang sampai dari mulut hanya sampai ke telinga.

Antara idea perlaksanaan:

1) Pembangunan spiritual dengan ubudiah (ibadah). Hal ini kerana masyarakat dengan memahami filosofi ruh dalam ibadah.

2) Bawa kaedah perawatan hati secara sufi- yang asalnya dari sifat ehsan (lakukanlah sepertimana kamu melihat Allah, sekiranya tidak, ketahuilah Allah s.w.t sentiasa melihat kamu).

the only method that touch the heart

3) Melalui mukasyafah- meneliti amalan batin.

Penelitian beliau dengan pemikiran al-Ghazali untuk era modern  (Interpretasi? Tak ingat istilah disebutkan):

1) sohih

2) sesuai di Malaysia (malah telah di guna pakai)

3) Berlandaskan mazhab syafie

4) Berlapang dada dengan mazhab lain

5) Dipuji oleh pengkritik

Asas pemikiran al-Ghazali:

1) Secara holistik (menyeluruh) atau syumuliah

2) Rabbaniyah (bernilai ketuhanan)

Pelan Tindakan:

1) sesuai untuk dipraktikkan-menekankan penghayatan dalam Islam

2)Majlis agama perlu memainkan peranan

3) Adakan banyak kuliah dan bacaan pada pelbagai kitab Imam al-Ghazali.

4) Amalkan setiap ilmu yang dipelajari.

Ahli Panel Kedua: Dr Mohd Ali Kader

Beliau merupakan seorang pengulas buku/pengkritik buku yang terkenal. Antara ulasan beliau:

– membuat perbanding antara konsep moden dan Islam.

Modern:

^tidak sahih dan tak praktikal.

^Mengambil inisiatif untuk melakukan perkara baru. Gerakan bermula dari Barat.

^ Tiada peringkat dalam pengetahuan (knowledge)

^Tiada analisa untuk spiritual dimensi. Fakta pada depan mata. No metafizik (menolak tafsiran mimpi)

Islam:

^Sahih dan praktikal.

^Melakukan sesuatu ke arah hakikat.

^Mempunyai peringkat dalam setiap ilmu pengetahuan. (proses pembelajaran tanpa peringkat di universiti-just know everything- bukan berlandaskan Islam)

^ berlandaskan pada spiritual dimensi. Fakta berdasarkan Ilham dan pancaindera (sense to knowledge to mind) atau definisi lain: ainul yakin, ilmu yakin, haqqul yakin-always tell the truth

-Buku karangan Nuruddin al-Raniri, beliau mengulas rawatan permasalahan bermula dari dasar agama, iaitu berhati-hati pada perbuatan jahat dan diagnose masalah tersebut.

– Intelektual itulah bermula dari minda hati, bukan minda akal fikiran. Jadi, iman ialah intelek yang paling tertinggi.

-ada 4 jenis intelek, iaitu:

1) manusia. Berbeza berdasarkan usia

2) Wisdom. Kebijaksanaan.

3) Pengalaman

4) Action (perbuatan)

-Knowledge (pengetahuan) itu bermula dari experience (pengalaman) dan keinginan. Knowledge menurut Islam dipengaruhi oleh spiritual (berkorban untuk mendapatkan taubat nasuha). Dipengaruhi oleh kehendak Ilahi (api sifatnya panas. Tetapi tidak terbakar atas kehendak Allah-kisah Nabi Ibrahim a.s. dan Abu Muslim rah.)

-Filosofi: 1)penekanan sesuatu perkara terjadi secara sendiri. Sedangkan Islam mempraktikkan adanya pencipta dalam setiap kejadian.

2) Tuhan hanya mengetahui akan perkara besar, tidak mengetahui perkara kecil.

Bagaimana ingin menjadi seperti al-Ghazali (bahasa pembentang):

1) leave in human being to worshipto God

2) No neglect into mind, no neglect into the heart.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: