Fakta yang Hilang (1)

Hari ini daku ingin bongkarkan suatu peristiwa dan fakta, yang manusia tidak minat ingin mengkajinya.

Fakta yang terlalu besar, tetapi ramai yang perlecehkan dan perkecilkan.

Fakta yang mengejutkan mata-mata yang tertidur, mata yang masih enak dibuai oleh keindahan yang fana’.

Anggaplah ia suatu peringatan kepada manusia yang mengharapkan peringatan, dan manusia yang baru tersedar dari kelalaian.

namun, fakta ini tiada nilainya jika anda tidak mengenali Allah dan tidak memahami kalimah IMAN.

Siapakah yang layak untuk fakta ini?

1) Diri sendiri

2) Orang muslim, tidak kira miskin kaya, tua muda, lelaki wanita, ibu atau bapa, pelajar atau pekerja, boss atau majikan, petani atau pesawah, peniaga atau pembeli, pembuat blog atau pengunjung blog, pembina website atau pengkaji website atau sebagainya lagi status dunia anda.(bukan pada orang atau golongan tertentu)

3) Orang yang non muslim, yang ingin mencari kebenaran dan apakah makna ketenangan dan ketenteraman.

4)Selagi anda ada akal fikiran dan hati sanubari, anda layak menilai dan mengetahui fakta yang sangat bernilai tetapi tidak dapat dinilai sama sekali.

Buka minda. Lapangkanlah dada dan fikiran anda.

Semoga bermanfaat.

1) Allah itu adalah Tuhan. Tuhan yang tiada sekutu dan tidak layak disekutukan. Dia tidak perlukan sesiapa. Tidak perlukan pengantara, medium, ntah apa-apa lagi kuasa untuk menyatakan hajat atau permintaan kepadaNya.

Dia bukanlah seperti lemahnya manusia. Inginkan sesuatu kena bina dan cari sesuatu yang lebih besar dan hebat daripadanya.

Allah ialah Rabb, Dia ialah Ilah.

Dia sahaja yang berhak disembah. Dia yang Maha Esa, yang Maha Kuasa.

Sesiapa yang mengaku Rabb dan Ilahnya selain Allah, maka dia telah sesat dan menyesatkan (kembalilah ke pangkal jalan)

2) Zat Allah tidak layak dibandingkan dan diimaginasi oleh akal fikiran. Kerana akal fikiran terbatas dan milik Allah.

Tetapi lihatlah kebesaran dan kekuasaan Allah swt pada setiap kejadian dan penciptaanNya. Dari penciptaan alam, bumi, galaksi, planet, matahari, air, udara, sehingga kepada penciptaan diri anda. Setiap darah mengalir, degupan jantung, peparu, sistem yang sangat kompleks dalam diri anda satu pun tiada ada bertugas untuk mengawalnya dan mustahil ada perkara boleh berlaku dengan sendiri (jika tidak sudah lama orang tidak sakit dan tak akan ada orang sakit dengan sendiri) melainkan kuasa ALLAH swt.

Satu sahaja sistem diri anda terencat, nescaya anda kini bukan lagi seperti kini.

Sesiapa pun walau hanya baru terfikir, anda dalam pengaruh syaitan sebenarnya.

Istighfar dan bertaubatlah segera, kerana anda tidak layak (dan memang tak layak pun) untuk menentukan bagaimana sebenarnya Allah s.w.t.

3) Setiap yang hidup dan tidak hidup di bumi atau planet lain digelar sebagai makhluk. Setiap makhluk ada khalik, iaitu Allah swt. Setiap yang bernama manusia adalah hamba Allah. Maka, setiap hamba kena mentaati perintah Tuan/Tuhannya.

Jadilah sebagai hamba walaupun apa-apapun darjat dan status anda yang telah pun dalam ketentuan-Nya. (Tak guna nak berlagak sombong, sekiranya tuan anda tidak suka).

4) Semua yang wujud di dunia ini semuanya milik Allah. Pendek kata, apa yang ada pada manusia kini hanyalah pinjaman daripadaNya. Sekali lagi, PINJAMAN, BUKAN MILIK anda.

Apakah beza milik dan pinjaman? Milik ialah apa yang menjadi kepunyaan anda. Ia kekal dalam milikan anda tanpa berubah hak milik melainkan anda yang menetapkannya. Tetapi, pinjaman ialah milik orang lain dan diberikan sementara kepada anda. Ada had masa dan ada limitnya. Milik adalah ketentuan anda untuk mendapatkan dan bagaimana menggunakannya. Pinjaman adalah ketentuan pemilik asalnya dan kegunaannya disayaratkan oleh tuan asalnya (jangan memadai ditentukan sendiri oleh anda).

Ringkasnya, apa yang anda sangka milik anda sekarang ini, adalah milik Allah sebenarnya. Dan apa yang anda sangka milik Allah yang berada di masjid dan pusat keruhanian, itulah milik anda sebenarnya.

Pinjaman Allah (yang disangka milik anda) kepada manusia ialah  masa,  harta, anak, isteri, pangkat, ilmu, kedudukan, nyawa, ternakan, kemewahan dan pelbagai nikmat lain lagi. Milik anda (yang disangka tidak berguna itu) ialah iman dan amal di dunia ini yang menentukan anda di sana.

Oleh itu, setiap pinjaman akan kembali kepada pemilik asalnya. Allah swt akan mengambil kembali nikmat yang telah dipinjam kepada anda. Kemudian, akan dihisab dan dipertanggungjawabkan apa yang telah anda lakukan dengan pinjaman aka kurniaan Allah kepada anda tadi.

Manakala, milik anda pula (iman dan amal), akan ditimbang tara. Diletak dalam mizan amalanNya. Sekiranya banyak amal, dengan rahmat-Nya anda layak menduduki tahap-tahap di syurga, jika tidak neraka destinasi sebenar anda.

Ringkasnya, matlamat milik anda ialah nikmat di syurga atau azab di neraka. Kerana, setiap pemilikan adalah kekal kepada pemiliknya selama-lamanya.

5) Apabila suatu umat itu semakin menjauhi perintah Tuhan, dan makin banyak kemungkaran berlaku, maka setiap umat itu akan diutuskan nabi dan Rasul untuk memandu kembali ke arah yang benar.

Kini, Nabi yang mulia di sisi-Nya tidak lagi diutuskan. Sudah selesai title dan label kenabian. Tiada lagi Nabi diutuskan walau bagaimana jenis kepincangan dan kemungkaran yang berlaku di dunia ini.

Tetapi, kerja dan usaha kenabian tidak lenyap daripada dunia ini.  Jika tidak, pasti sudah lenyap dunia hari ini.

Oleh itu, barangsiapa yang dipilih Allah melaksanakan tugas sebenar kenabian (menegakkan kalimah Allah, menyeru ma’ruf dan mencegah mungkar), teruskanlah. Kerana tugas itu mulia di sisi Allah dan darjat anda selari dan semirip tugas-tugas pesuruh Allah. Insya-Allah

6) Ulama’ ahlul Hak (yang tidak berdiri atas keinginan kepada dunia, buat kerja dan menyampaikan ikhlas kerana Allah swt, tiada notis pada akta gaji, tidak berdiri atas dasar nama, politik dan kemewahan duniawi) telah menyatakan, pada zaman ini, sesiapa yang buat kerja/usaha kenabian, maka telah dipilih Allah. Ia bukan lagi usaha umumi, siapa-siapa sahaja nak buat boleh buat. Tetapi telah dikhususkan kepada mereka yang dilipahkan hidayah dan taufik oleh Ilahi.

Jadi, teruskanlah usaha anda, dan bersungguh-sungguhlah. Ajaklah lagi manusia lain melaksanakan kerja yang sama, kerana tiada sesiapa tahu apakah yang berada dalam ketentuan takdirNya.

Semoga diberikan keteguhan hati dan meninggalkan dunia ini dalam usaha yang murni ini dan kerahmatan Ilahi.

7)Masa ini adalah milik Allah. Setiap perubahan dalam zaman adalah dalam pengetahuan Allah. Dan setiap masa yang bermula ada pengakhirnya. Zaman yang dilabelkan sebagai akhir zaman, semakin hampir pada pengakhirannya.

8) Sekiranya umat-umat terdahulu terdiri dari suatu jenis kerja dan satu jenis kemungkaran besar sahaja yang berlaku, di akhir zaman ini telah dihimpun semua jenis kerosakan yang telah dilakukan umat-umat terdahulu dan segala jenis pekerjaan umat-umat terdahulu. Akhir zaman ini dihimpun semua dalam satu. Kini, lihatlah hasilnya, lihatlah apakah akibatnya.

9) Kerana semua kerosakan telah terhimpun, segala kemungkaran telah berlaku, urusan bala dan musibah Allah dikumpul menjadi satu. Ia semakin bertambah dan akan meletus bertambah dahsyat dari yang pernah berlaku umat terdahulu (boleh rujuk fakta sains dan sejarah jika ingin lebih tahu).

10) Manusia kini hanya mengetahui, tidak memahami. Sesiapa yang mengetahui, tidak akan memahami. Sesiapa yang memahami akan mengetahui. Kefahaman itu anugerah Allah buat hamba-Nya yang dikasihi.

Barang siapa yang mengetahui, ia hanya terluah di fikiran dan disampaikan melalui lisan. Barang siapa yang memahami, disampaikan melalui hati, dilaksanakan melalui amalan.

Berusahalah (dan daku pun berusaha juga dengan upaya yang ada).

Kerana darjat anda di sisi Tuhan (selain rahmatNya) berdasarkan amalan baik atau buruk anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: