Akhirat Untuk Siapa?

Pagi yang cerah dan damai. Terik matahari menyinar sekalian alam.

Indah. Dunia ini sememangnya ada nilai ketakjuban. Sekiranya tidak diperhati pada kehidupan manusia, dunia ini sememangnya telah diciptakan indah dan mempersonakan.

Tetapi, sekiranya hanya dinilai pada ilusi dan fatamorgana wajah penciptaan dunia, ia tidak mampu memalingkan hati-hati manusia kepada Tuhan yang Maha Esa. Melainkan, ada kehendak lain dan hasrat terpendam yang diingini pada penciptaan dunia.

Ketika itu, barulah terbit istilah ‘tipu daya duniawi’. Manusia yang bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan apa yang ada di dunia ini.

Hakikatnya, dunia ini akan pergi suatu ketika nanti. Pasti. Rela atau tidak, suka atau benci, bersedia atau tidak lagi, nyatanya dia tetap meninggalkan makhlukNya, atau makhlukNya meninggalkan dia.

 

Perkara Nyata.

Semua orang tahu (terutama orang Islam) akan perkara ini. Iaitu, akhirat adalah tempat destinasi.  Permulaan menyedari dan perjalanan menuju kehidupan akhirat bermula dengan hidayah. Kemudian ialah keyakinan, dan ketiga ialah kefahaman daripada Allah swt untuk mendapatkannya.

Siapa yang boleh menolak penciptaan akhirat? Sekiranya dilihat logik akal, orang yang menolak akhirat ada beberapa jenis golongan. Iaitu:

1) Orang bukan Islam

2)Orang tidak meyakini adanya Tuhan

3) Orang yang tertipu daya dalam kemewahan

4) Orang yang tak wujud lagi di dunia ini

Mereka hidup atas ideologi atau mind set yang tersendiri. Orang bukan Islam ada yang meyakini adanya akhirat melalui kitab-kitab lama atau peranan ahli kitab mereka. Tetapi tidak mampu merealisasikan kehidupan akhirat itu wujud. Sekiranya manusia menyakini kehidupan akhirat pasti akan mencari di manakah kebenaran di sebalik kehidupan tersebut?  Siapakah yang layak? Siapakah pula yang tidak?

Mereka tidak mampu merungkai sebegitu dalam, kerana kehidupan akhirat lebih bertoleransikan isu keruhanian dan ketuhanan.

Begitu juga orang tidak meyakini adanya Tuhan atau golongan atheis. Atheis itu menggunakan kata minda atau akal fikiran untuk melihat kehidupan dan isu ketuhanan. Mereka bermula dengan tipuan terhadap kesenangan dan kemewahan keduniaan. Golongan ini hampir sama dengan pendirian golongan ketiga. Bezanya, golongan ketiga tidak meyakini kewujudan akhirat, tetapi atheis terus menolak ada cerita mengenai akhirat.

Golongan keempat memang tidak dapat tidak akan menolak kehidupan akhirat. Masakan tidak? Hidup pun belum lagi, inikan nak mempercayai perkara-perkara ghaib di dunia ini.

“Benarkah orang Islam benar-benar mempercayai kehidupan akhirat?”

Benar. Mereka mempercayainya. Tetapi, tidak semua meyakininya.

Hal ini kerana ada perbezaan antara perkara ‘mempercayai’ dengan ‘meyakini’. Mempercayai hanya mengetahui tetapi tidak menyedari dan memahami. Sedangkan, meyakini telah mengetahui, menyedari dan memahami. Orang yang mempercayai, belum tentu meyakini. Dan orang yang meyakini sudah tentu mempercayai.

Perkataan ‘orang Islam’ atau muslimun pula baru pada ungkapan mempercayai. Sedangkan ‘orang beriman’ telah meyakini. Orang Islam bukanlah menjadi penentu kejayaan kehidupan akhirat. Sebaliknya, orang yang beriman itulah orang yang berjaya untuk merangkul kehidupan di sana.

“Apakah beza orang Islam dengan orang beriman?”

Huh…. Jauh bezanya!!

Orang Islam adalah orang telah mengucapkan kalimah syahadah iaitu LAILAHAILLAH MUHAMMADARRASULULLAH, tetapi belum tentu disempurnakan nilai-nilai yang diletakkan dalam agama. Tiada rasa keinginan dan ketaatan pada tuntutan syariat ad-din Islam. Dosa dan pahala tiada dalam bicara mereka. Mata mereka memandang dunia terlalu tinggi dan bila-bila masa boleh memihak pada golongan ketiga.

Sedangkan orang beriman bukan sahaja berkaitan dengan ungkapan kalimah, tetapi merealisasikan melalui lidah dan diamali dengan perbuatan berdasarkan tuntuan ungkapan kalimah syahadah. Mereka melakukan dalam keadaan senang mahupun susah, rela atau pun tidak. Kewajipan tetap ditaati dan cuba disempurnakan, perkara nafilah menjadi perhiasan dan sentiasa cuba dipraktikkan.

Malah, al-Qur’an (mukjizat yang manusia sampai zaman sekarang tak boleh celen-baca: slang loghat-) sendiri melabelkan orang yang layak untuk keindahan dan kejayaan kehidupan akhirat bukanlah orang Islam, tetapi untuk orang-orang beriman. Kerana, mereka bersusah payah melakukan segala suruhan dan perintah Allah, biarpun banyak serangan dan godaan yang ingin merosakkan mereka. Memang layaklah anugerah ini diberikan kepada mereka.

Akhir Kata kali ini….

Huhh…

Susah nak cari orang yang meyakini akan perkara ini. Jika ada mungkin di tempat tertentu dan hanya orang yang tertentu.

Kerana orang meyakini tentu sahaja dia akan berkata-kata kaan perkara yang diyakininya. Bukan sekadar terpendam dalam dada.

Prinsip keimanan jua bermula akan keyakinan. Keyakinan pada keTuhanan, kerasulan, perkara ghaib dan sebagainya.

Hari ini,

Manusia lebih banyak berkata-kata dan berbuat apa-apa perkara untuk kepentingan dunia. Apabila kepentingan untuk dunia wujud, maka kehidupan akhirat hilang daripadanya.

Formulasinya:

Orang yang menghidupkan dunia, agama/akhirat akan meninggalkan dia.

Orang yang menghidupkan agama/akhirat, dunia sentiasa mencari peluang mengejar dan menyerang dia.

Jadi, sudahkah tercapai kehidupan di dunia ini atas level orang-orang beriman? Layakkah untuk mendiami kebahagiaan dan kenikmatan (yang beratus-ratus kali ganda) dari kehidupan dunia ini?

Semoga Allah swt sentiasa melindungi dan memandu ke arah jalan kebenaran.

Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: