Perjalanan Menuju Allah.

Ini bukan tertib.

Tetapi hanyalah salah satu dari usaha untuk menghampirkan diri dan merasai erti keimanan kepada Allah swt.

Biarpun jangka masa hanyalah sementara, moga-moga beroleh manfaat yang besar untuk di kemudian hari. Terutama kepada jiwa yang semakin hari semakin terhakis unsur keruhanian dan ketuhanan dalam diri manusia.

Perjalanan kali ini lebih kepada usaha di kalangan orang awam dan pelajar universiti yang sedang bercuti. Perkara ini dilakukan supaya dengan izin Allah, ramai pelajar akan merasai betapa pentingnya menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi dengan tangungjawab menyeru kepada ma’ruf dan mencegah dari munkar di akhir zaman ini di samping mengusahakan kejayaan dalam pelajaran.

Sebenarnya,

Bukan mudah untuk menyedarkan  pemikiran dan hati umat zaman ini. Kerana begitu banyak pengaruh dan suasana yang tidak pernah memenangkan orang yang berusaha atas keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt.

Tanpa perlindungan, kasih sayang, dan kerahmatan Allah swt mungkin daku pun terpengaruh akan keadaan yang manusia tidak menyedari semakin merunsingkan ini (nauzubillahiminzalik). Kerana itu, perlu usaha atas iman dan berterusan dalam agenda penyucian jiwa. Perlu ada rangka masa dan etika yang ‘mesti’ dipatuhi agar sentiasa merasai kehadiran hidayah dan taufik dari Allah swt.

Mengapa sukar berubah?

Kesukaran ini berlaku atas beberapa keadaan:

1) Dikurniakan nikmat kesenangan

2) Apabila merasai nikmat kesihatan

3) Sifat yang tidak ingin berubah

4)Minda yang tidak mahu berubah

Tanpa ramai yang menyedari, sebenarnya setiap apa-apa yang dikurniakan kepada manusia di dsunia adalah ujian. Hatta setiap anggota badan yang zahir ini jua adalah ujian yang akan dipertangungjawabkan. Kerana, semua nikmat ini akan kem bali dipersoalkan bagaimana ia disempurnakan dan dinilai setiap yang telah dikurniakan.

Kerana, semua kurniaan ini adalah pinjaman sementara dari Allah s.w.t. Milikan kita, bagi orang beriman dan bertakwa adalah di dunia yang sains,teknologi, dan akal fikiran manusia boleh kaji, iaitu di akhirat sana.

Perjalanan ini…

Insya-Allah, mungkin beberapa hari atau mungkin sehingga maksima  2 minggu ini daku akan bersama-sama dengan orang ramai dan para pelajar akan pergi mengislahkan  diri dan bertemu dengan masyarakat untuk membenarkan kalimah Allah, beriman dan membesarkan Dia.

Oleh itu, daku tidak dapat menyempurnakan penulisan di laman itu dalam jangka waktu ini. Hanya laman ini dapat dipenuhi dengan upaya dan usaha yang ada, supaya tidak dirasai begitu kehilangan kekosongan di laman ini di kala melalui perjalanan ini.

Hal ini bukanlah kerana sesiapa, atau kerana apa-apa perkara. Malah, boleh sebenarnya sekiranya ingin menggunakan alternatif yang ada untuk menulis atau berurusan atas perkara  yang lain. Tetapi, biarlah hati ini tahu untuk fokus dan tawajuh kepada Tuhan yang Maha Esa. Kerana telah banyak selama ini masa bersama dengan manusia dan bukan benar berurusan dengan-Nya. (Astaghfirullahal a’zim). Orang kata, banyak lagi berkata selain Allah (ghairulllah) dari berkata tentang Allah s.w.t. (Nak kena banyak lagi istighfar ni…. Astaghfirullahal a’zim)

Di kala waktu yang sementara ini juga, daku ingin cuba sedaya upaya melakukan setiap perkara dalam waktu ini ikhlash kerana Allah swt. Ikhlashkan diri untuk benar-benar memberikan ruang dan masa benar kepadaNya. Membenarkan hakikat masa, diri, harta, dan jiwa adalah miliknya yang dipinjamkan sementara di dunia.

Daku memohon maaf sekiranya berlaku salah dan silap. Mungkin ada yang terlebih dan mungkin ada yang terkurang. Bukanlah berniat untuk menyusahkan dan menyulitkan sesiapa. Hanyalah kadang-kadang sebagai pengajaran dan terasa sedikit kesedaran atas erti kehidupan ini. (yang kadang-kadang tidak terkawal dan terlebih pula)

Tambahan pula,

Bukanlah sesempurna mana pun hamba Allah yang suka menulis ini. Mungkin banyak lagi kekurangan dan yang terselit dalam catitan tanganku di sini. Hanya, suka ingin memperbaiki diri, menjadi lebih baik semampu yang ada dan cuba mengamalkan apa-apa yang telah dibaitkan.

Insya-Allah

Semoga sentiasa menjaga diri dan yang lain. Bersyukurlah sekiranya yang kecil hatta yang sudah besar pandai menjaga diri, beroleh kebaikan atau kejayaan. Bersabarlah sekiranya ada kerenah yang merunsingkan atau apa-apa sahaja yang tidak enak di pandangan.

Semoga sentiasa dirahmati dan dipelihara Allah swt.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: