Nasihat Imam al-Ghazali (1)

Suatu ketika dahulu, ilmuan Islam diangkat martabatnya oleh masyarakat.

Mereka sanggup menuntut ilmu  dengan beratus-ratus ulama’ kerana hebatnya suasana keilmuan ketika itu.

Namun, ketinggian ilmu dan kegigihan masyarakat dalam mencari ilmu tidak berlaku keseimbangan. Ketika itu, lahirlah golongan yang mengangkat martabat akal, dan menolak peranan wahyu. Ektremis dalam perkauman, ideologi, dan sebagainya. Ketika kerumitan keadaan masyarakat lahir dari ketidak seimbangan ilmu dan amalan, ada golongan yang memencilkan diri dari kekacauan ini.

Mereka mencari suatu laluan baru untuk beramal dengan apa-apa yang mereka ketahui.

Abu Hamid al-Ghazali tokoh yang sangat hebat ketika zamannya. Beliau pernah dilantik suatu jawatan umpama rektor di sebuah Universiti yang begitu gah di Kota Baghdad.

Bidang ilmunya luas, merangkumi akidah, fekah, sehinggalah ketauhidan pada Allah s.w.t.

Tetapi, kesenangan dan jawatan yang diterima suatu ketika seperti tidak membuatkan beliau tenang dalam keadaan sebegitu. Akhirnya, beliau beruzlah mencari titik ketenangan di tengah masyarakat yang begitu cintakan ilmu pengetahuan.

Beliau mencari suatu yang tidak zahir di mata, tidak dapat diselesaikan dengan pangkat dan harta. Dengan petunjuk Allah swt, beliau akhirnya menemui ketenangan yang dalam ketentuan Allah s.w.t.

Berdasarkan pengalaman yang perjalanan beliau, beliau menitipkan kembali manfaat yang beliau timba kepada anak muridnya. Berkarya atas beberapa lembaran surat atas jawapan kepada salah seorang anak muridnya, akhirnya dibukukan menjadi sebuah kitab, “Ayyuhal Walad.”

Antara nasihat Imam al-Ghazali:

Ilmu Itu Tidak Bermanfaat Kecuali Apabila Telah Diamalkan.

Wahai anak yang tercinta,

Janganlah engkau menjadi orang yang muflis pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah.Yakinlah bahawa hanya ilmu semata-mata belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat kelak.

Sebagai misalan, jika seseorang ada memiliki sepuluh bilah pedang yang sangat tajam dan pelbagai senjata yang lain. Dia juga seorang yang berani dan sangat cekap dalam peperangan. Lalu datang seekor singa yang garang dan terus menyerangnya. Pada pandanganmu, apakah semata-mata memiliki segala senjata tadi tanpa menggunakannya sudah cukup untuk menangkis serangan singa itu?

Sudah tentu tidak. Segala senjata itu baru bermanfaat apabila ianya digunakan oleh tuan empunya senjata itu. Maka, begitulah keadaan orang yang telah mengetahui ratusan ribu masalah ilmu tetapi tidak beramal dengannya, maka segala ilmunya tidak akan bermanfaat kecuali setelah diamalkan. Sama pula keadaannya  dengan seorang yang diserang sakit demam panas dan sakit kuning yang biasanya dinasihatkan meminum ubat sekanjabin atau kaskab (sejenis ubat-ubatan yang merupakan campuran daripada cuka dan madu atau apa jua yang manis dicampurkan dengan yang masam). Tidak akan hasil sembuhnya kecuali dengan meminum ubat tersebut.

Dalam hal ini disebutkan suatu syair dalam bahasa Parsi:

Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak, maka engkau tidak akan mabuk sehingga apabila engkau meminumnya.

Jadi, jika engkau belajar ilmu seratus tahun lamanya dan engkau menghimpunkan seribu buah kitab maka engkau masih belum layak mendapat rahmat Allah taala kecuali dengan mengamalkan ilmu ini.

Allah s.w.t berfirman (maksudnya):

“Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu, kecuali apa yang diusahakannya.”  (Surah An Najm: 39)

Dan firmanNya lagi:

“Maka barang siapa yang mengharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah ia beramal dengan amalan soleh.”  (Surah al-Kahfi:110)

Apabila engkau tidak beramal dengan ilmu maka apakah jawapanmu terhadap hadith ini:

“Islam itu diasaskan atas lima perkara: Penyaksian bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan, mengerjakan haji ke Baitullah bagi mereka yang mampu pergi ke sana.” (HR. Bukhari-?)

Iman pula ialah perkataan dengan lidah, membenarkan dengan hati, dan beramal dengan anggota.

Dan dalil yang menuntut kita supaya beramal itu sangat banyak sehingga tidak terhitung banyaknya. Walaupun seorang hamba itu akan masuk syurga hanya dengan rahmat dan kemurahan Allah s.w.t, namun rahmat dan kemurahan ini didapatkan dengan ketaatan dan ibadat, kerana rahmat Allah itu dekat kepada hamba-hambaNya yng berbuat baik.

Seandainya ada orang berkata:

Masuk syurga itu hanya dengan semata-mata beriman

Maka kami menjawab:

Memang begitu. Tetapi bilakah seseorang itu dapat sampai ke sana dengan selamat dan betapa banyak halangan dan dugaan yang besar yang mesti dilaluinya sebelum sampai ke sana.

Dugaan pertama yang mesti dilaluinya ialah dugaan iman itu sendiri, apakah  ia pasti selamat daripada tercabar sehingga ke akhir hayatnya. Dan apabila ia telah mati dalam keadaan beriman, apakah telah pasti pula bahawa dai tidak akan muflis atau rugi.

Dan berkata Imam Hassan al-Basri rah.: “Allah s.w.t berfirman kepada hamba-hambaNya pada hari kiamat nanti: ‘Masuklah kamu ke dalam syurga  dengan rahmatKu, dan tentukan kedudukan kamu masing-masing mengikut amalan kamu.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: