Rezeki Dalam Pendapatan

Istilah rezeki sentiasa digembar-gemburkan oleh semua orang dalam bentuk pendapatan. Pendapatan yang boleh dilihat dan perlu dicari meneybabakan ia ramai dibayangkan sebagai rezeki pencarian.

Walau semua orang mempercayai rezeki itu milik Allah, tetapi tidak semua yakin rezeki itu datang atau ditentukan oleh Allah s.w.t. Apabila berkata tentang milikanNya, Dia akan kurniakan kepada hamba-hambaNya mengikut ketentuan daripadaNya.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh seorang hamba?

Sebagai orang hamba, perlulah berusaha mengikut kemampuan yang ada untuk mencari rezeki yang telah diberikan olehNya. Kerana tiada orang mengetahui dimanakah letaknya rezekinya, yang ada hanya jaminan tidak akan terputus rezekinya selagi bernyawa di muka bumi ini. Kemungkinan ada di tepi warung makan, maka pergilah menjenguk di sana. Mungkin berada di kedai jual pinggan, maka pergilah lihat-lihat di sana.

Semua manusia diberikan rezeki (dari sudut pendapatan) ini berbeza-beza. Tiada satu pun yang sama, tiada satu pun yang serupa.

Ada yang diberikan lebih, sehingga menjadi seorang yang kaya raya dan jutawan Negara. Ada yang rezekinya kurang, menjadi miskin dan faqir. Ada juga yang bersederhana.

Kerana itu,

Prinsip seorang yang berusaha bersungguh-sungguh dan dia yang menentukan rezeki pada miliknya, ia adalah kurang tepat dan salah. Kurang kefahamannya. Orang tersebut hanya berusaha, dan Allah melihat usahanya. Banyak usaha, insya-Allah lebih ganjarannya.

Tetapi, yang menentukan segala-galanya ialah Allah. Ada yang berusaha gigih benar, tiba-tiba sakit jantung terus  meninggal dunia atau tiba-tiba eksiden bawa kereta atau sebarang musibah yang tidak disangka. Itu semua bukan dalam perancangan dan usahanya, jadi menjadi usaha siapa pula?

Oleh itu,

Janganlah dilupakan Allah dalam setiap usaha yang kita lakukan di atas bumi ini. Dengan caranya:

1) Apabila beroleh rezeki, katakanlah, “Alhamdulillah, bersyukur ya Allah akan nikmatMu ini.” Baru berasa girang sendiri-sendiri atau sebarkan kepada orang lain.

2) Banyakkanlah bersyukur dengan menunaikan solat dua rakaat dan sujud syukur akan nikmat dariNya. Tiada yang Maha Memberikan melainkan Dia. Apabila hambaNya bersyukur, akan ditambah lagi nikmat kepadaNya.

3) Janganlah dilupakan orang lain, sama ada dalam doa atau tangan yang memberikan. Doakanlah untuk kebaikan orang lain maka malaikat sentiasa dalam doa anda. Bersedekahlah, kerana keajaiban dalam sedekah ialah semakin dilipat gandakan rezeki pemberian Allah.

4) Istighfar. Mungkin kelak terlalai dan hanyut dengan rezeki pemberian Allah. Takut jika nikmat yang diberikan ini melalaikan dan istidraj dariNya. Istighfar, ubat hati agar tidak rasa hebat dan ego dalam diri yang semuanya adalah, “milik aku dan usaha aku sahaja!”

-Adakah ciri ini termaktub dalam rezeki pendapatan? Tentu sekali tidak. Kerana semua bentuk rezeki hatta kesihatan, mata, sempurna anggota badan, dan keluarga semua datang dari khazanah Allah s.w.t.

 

Renungan

Mungkin hari ini ada orang minta untuk menjadi kaya,

Tetapi Allah berikan keadaannya miskin dan sederhana

Ada orang hari ini meminta untuk menjadi miskin,

Tetapi Allah mengurniakan nikmat kekayaan bagiNya

Kerana,

Allah swt Maha Mengetahui manakah yang terbaik buat hamba-hambaNya.

Si kaya apabila menjadi miskin tidak lagi taat kepadaNya. Sibuk mencari rezeki, sibuk dengan meminta-minta.

Si miskin apabila menjadi kaya kelak leka dengan nikmat kekayaannya. Terus asyik dibuai mimpi-mimpi indah dunia, hilang terus pengharapannya kepada Allah s.w.t.

 

Carilah barakah dalam rezeki, itu lebih baik daripada rezekinya(pendapatan) banyak tetapi tiada keberkatan dalam rezeki.

 

“Setiap manusia diuji dengan kemampuannya. Hanya manusia yang tidak menyedari di manakah kemampuannya.”


Setelah Mengamalkan Ilmu Barulah Engkau Mengetahui Hakikatnya.

Wahai anakku yang tercinta,

Dan ketahuilah bahawasanya sebahagian daripada masalah yang engkau tanyakan kepadaku itu tidak dapat dijawab dengan tulisan ataupun perkataan. Tetapi apabila engkau telah sampai kepada hakikat halnya maka barulah engkau akan fahami. Kalau engkau belum sampai ke sana maka engkau belum mengetahuinya, kerana masalah “zauqiyah” iaitu masalah yang tidak dapat difahami dengan sebenarnya kecuali setelah dirasai oleh seseorang akan hakikatnya.

Masalah-masalah seperti itu tidak dapat disifatkan dengan perkataan tetapi mesti dengan dicuba dan dirasai, seperti manisnya sesuatu yang manis dan pahitnya sesuatu yang pahit. Semua ini tidak dapat diketahui melainkan dirasai (bukan dengan perkataan atau tulisan).

 

Wasiat Imam As-Syibli Rah.

Adalah dihikayatkan Imam As Syibli rah. telah berkhidmat kepada empat ratus orang guru. Dan beliau berkata:

“Aku telah membaca empat ribu buah hadith. Kemudian aku pilih daripada bilangan itu sebuah hadith yang benar-benar aku amalkan dan aku tinggalkan yang lain daripadanya. Kerana aku telah memperhatikan hadith yang aku pilih ini dan aku telah mendapati di dalamnya  ada keselamatanku dan kesejahteraanku dan telah terkandung di dalamnya ilmul awwalin (ilmu orang terdahulu) dan ilmul akhirin (ilmu orang terkemudian). Dengan ini, aku merasa cukup dengan berpegang teguh kepadanya.

Hadith itu pernah diwasiatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada salah seorang sahabatnya.Hadith itu berbunyi:

“Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadaNya. Dan berbuatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya.”

-nasihat ini pendek sangat. Jadi, tambah sedikit di atas-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: