Mengapa suka bekerja sendiri?

Ada beberapa perkara yang menjadi asbab akan keinginan daku untuk menjadikan kerja atas usahaku sendiri (atau kata orang usahawan).  Namun, daku hanya mampu merancang, bukanlah mampu menentukan.

Antara asbab majornya ialah:

1) Masa.

Bagi daku, masa begitu berharga. Setiap detik dan saat itu bernilai. Kerana, sebarang keputusan dan ketetapan yang berlaku kini daku tidak boleh lagi mengubahnya di kemudian hari. Usiaku juga tidak lagi boleh kembali menjadi zaman remaja. Daku kena terus melangkah dan mencari peluang yang ada demi kebaikan agama, dan kehidupan dunia akhiratku.

Sekiranya masaku hanya dibazirkan dengan perkara sia-sia, maka apalah jawapanku kelak dengan Allah s.w.t. Paling lekeh, tentu urusan duniawiku banyak yang merosakkan kepada diri, atau kepada orang sekeliling.

2) Minda yang berkembang.

Daku suka berfikir. Setiap kali daku berfikir, kadang-kadang datang ilham dari Allah s.w.t dengan percambahan hikmah dan ilmu pengetahuan. Tetapi, acap kali hanya terbias kerana banyak benda diolah oleh akal fikiran.

Kegemaranku ialah berfikir akan kehebatan dan kebesaran Allah, kehidupan dunia dan akhirat, kebaikan masa depan, dan hakikat atas pemberian dan anugerah Allah s.w.t.

Maka, sekiranya daku menghabiskan masa pekerjaanku kepada orang lain, maka terbantutlah segala agenda dan keupayaanku berfikir. Dia yang mengawal masaku, dia yang menentukan arah tuju kotak fikiranku.

Ini bukan hanya lahir dari kotak fikiran (disebabkan suka berfikir), tetapi pernah berlaku berdasarkan peristiwa dan pengalamanku sendiri.

Kerana itu daku lebih suka untuk memperuntukkan banyak masa dalam pengendalianku. Dengan potensi dan usia yang sebegini, pada pandangan hamba Allah yang lemah ini, tidak wajar terus dicorotkan kelebihan atau keupayaan diri dengan diberikan sepenuhnya kepada orang lain.

“Tidak bolehkah kembangkan masa dan minda ketika kerja kepada orang lain?”

… tidak boleh. Kerana pernah mencubanya. Entahlah…. Memang lain rasanya dan tidak berjaya.

Namun, ada dua jenis pekerjaan yang daku suka untuk bekerja kepada orang lain.

1) Bekerja dengan orang yang menjaga peranan dan usaha atas agamanya.

Ini paling tinggi level keinginanku bekerja dengannya. Pekerjaannya tidak melalaikan dia, apatah lagi kepada orang di bawahannya.

Apabila telah sampai waktu solah, dia bersedia mengajakku sebagai orang bawahannya bersolah bersama. Tertib tertinggi dalam bekerja ialah kerana Allah s.w.t. Maka, disegerakan apa-apa yang menjadi tuntutanNya.

Yang paling penting, bekerja di bawahnya terasa seperti ingin menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

(ada tak orang sebegini? Jika ada, boleh usulkan nama dan alamat nanti boleh terus dihubungi)

2) Menjadi seorang guru.

Bagiku,

Guru adalah pekerjaan yang mulia. Berkat seorang guru (di sekolah atau di rumah), lahirlah pelbagai jenis manusia yang berjaya pada hari ini.

Daku suka berkongsi ilmu dan memberi tunjuk ajar kepada orang lain. Khususnya mengenai subjek atau kemahiran yang daku gemari. Dengan berkongsi, bertambah pengetahuan dan semakin dalam penyelidikan terhadap setiap yang disampaikan. Kadang-kadang dengan perkongsian bercambah ilmu pengetahuan.

Seorang guru jua perlu mahir akan perkara yang ingin diberikan pelajaran. Dengan itu, guru ialah orang pertama yang akan belajar sebelum dirinya yang mengajarkan.

Pengalaman mengajar,

Daku lebih menyenangi mengajar kepada kanak-kanak atau pelajar bawah 12 tahun. Kerana, hati mereka masih suci dan bersih, terhindar dari terus dinodai oleh selut-selut kegelapan dan carik-carik dosa dan syaitan.

Oleh itu,

Selamat ulang tahun kelahiran H- – -r. Semoga kelak membesar menjadi anak yang taat kepada orang yang sentiasa menjaga dan memelihara, cerdik dan cerdas fikiran dalam ilmu pengetahuan dan agama Islam.

Amin.

-dah sekolah nanti, boleh ada ramai kawan-

2 responses

  1. Guru merupakan org yg bertuah kerana Allah swt telah memilihnya utk menjadi perantaraan uk memberi hidayah kpd para hamba2nya…seorg guru juga mampu membantu bina masa dpn muridnya dgn izin Allah dan ia juga mampu menghancurkannya nauzubillah min zalik…
    Memandangkan martabat ilmu yg tinggi dlm Islam, maka tentulah martabat org yg mengajarkannya tinggi. Lagipun, kepentingan ilmu boleh dilihat apabila wahyu pertama Islam ialah ‘iqra’.
    Walaupun kerjanya susah, pengalamannya serta ganjarannya di sisi Allah amat berbaloi…
    Saya amat mengalu2kan sesiapa yg hndk menempuh jln sbgi seorg guru krn seorg guru walaupun berada di bwh pengetua sekolah, dia masih mampu mengembangkan minda dan masanya, serta menempahkan utk nya sebuah tmpt di Syurga Allah kelak inshaAllah.
    Terima kasih atas kiriman yg amat thought-provoking ni, jazakAllah

  2. Benar. menjadi guru itu tugas yang mulia. Susah payah, penat lelah, pengorbanan dan masa yang diberikan, tidak mampu dinilai dengan kenaikan gaji yang diberikan.

    Pelajar sekolah sekarang tidak lagi seperti dulu. antara orang yang banyak makan perasaan dan tekanan ialah para guru.

    cuma, seorang guru kena ikhlas atas pekerjaannya. jika tidak, dunia ini diperoleh, tetapi akhirat belum tentu lagi.

    sama-sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: