Hebat dan Takjubnya Allah

Sekadar satu tazkirah di hari yang mulia.

Penghulu segala hari. Saiyyidul ayyam.

 

Mengingati kebesaran Allah s.w.t. yang Maha Menciptakan. Dia yang Menghidupkan dan Dia yang Mematikan.

Segala kebijaksanaan adalah milik Dia. Segala urusan ada dalam pengetahuan dan genggamanNya.

Allah subhanahu wa taala…

Dia wujud dan bukan angggapan akal dan naluri semata-mata. Allah itu  Maha Menciptakan, dari sebesar-besar kejadian (seperti planet, matahari, bulan, dan galaksi) sehingga sekecil-kecil kejadian (seperti atom, zarah, kuman, virus, dan lain-lain hidupan micro).

Hatta, yang paling abstrak sekali sehingga  sekalian makhluk, malaikat, syaitan, dan jin tidak mengetahui tetapi Dia Maha Mengetahui.

Iaitu niat dan apa yang wujud di dalam hati.

 

Allah subhanahu wa taala….

Maha Mengetahui segala peristiwa. Sejak manusia dalam kandungan, dihidupkan di dunia, akhir dengan kematian, dan dihidupkan kembali di padang mahsyar, semua dalam pengetahuan Allah s.w.t.

(Manusia? Hanya mengetahui angan-angan untuk buat apa masa hadapan. Belum tentu dapat, dah pusing ligat, sehingga lupa akan hayat dan kekuatan badan ada tamat tempohnya. Manusia juga hanya mengetahui peristiwa yang telah berlaku, tidak mengetahui peristiwa yang akan berlaku. Sedang berlaku pun belum tentu lagi akan terus berlaku.)

 

Kebesaran Allah,

Tiada batasan. Sekiranya hari ini dilihat semua orang ada kelebihan dan intelligent masing-masing, Allah  yang Maha Hebat yang menciptakan semua kelebihan dan pemilik segala kelebihan yang wujud hari ini.

Dia memahami setiap jenis bahasa makhluk dan bangsa di muka bumi ini. Bicaralah , walau bahasa haiwan, korea, thailand, zimbabwe, new zealand, sehingga mahluk asing, semua dalam pengetahuan Allah. Jika bisu dan lumpuh, dia mengetahui apa hasrat yang ada dalam hati.

 

Jika hari ini wujud pelbagai kelebihan kepada si saintis, arkitek, jutawan, hartawan, doktor, dan ntah apa-apa lagi, sesungguhnya semua kelebihan dalam keilmuan itu telah lama ada dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Manusia mengkaji kewujudan dan kelebihan yang ada pada setiap makhluk, ternyata sudah berlambak penemuan dan reka cipta yang dijayakan tetapi Allah lagi menakjubkan kerana memiliki semua jenis kajian, dan menguasai semua jenis makhluk yang begitu unik, abstrak, dan pelbagai jenis yang dikaji tidak habis-habis sampai hari ini.

(Manusia hanya mampu melihat rupanya mereka daripada beruk, tetapi diciptakan Allah dari setitis air manis. Sebab apa? Sebab manusia tidak mampu menjadikan manusia lain yang sama atau lebih baik walaupun kejadiannya daripada setitis air mani.)

 

Kehebatan Allah,

Sekiranya tidak ditentukan oleh Allah hidung mengarah ke bawah, kaki berada di bawah, kepala di atas, pasti habis kucar kacir penciptaan manusia hari ini. Berjalan menggunakan tangan atau muka, hidung menghirup asap kenderaan dan dimasuki hujan, mata tidak dapat melihat dengan sempurna, dan pelbagai lagi masalah akan dihadapi oleh manusia.

Mata dan segala anggota badan manusia semua berinteraksi dengan izin Allah s.w.t. Tanpa keizinan daripadaNya, semua benda di dunia tidak boleh berbuat apa-apa. Ada orang ada mata, tetapi mata terbuka, tidak mampu melihat. Ada orang ada mulut dan terkumat-kamit, tetapi tidak mampu mengeluarkan suara. Ada orang yang ada tangan dan kaki, tetapi tidak mampu memegang hatta berjalan walau tidak nampak ada cacat cela.

Hatta, walau sebesar zarah sekalipun makhluk tersebut, ia tetap tidak mampu bergerak dan berfungsi tanpa keizinan Allah s.w.t.

 

Betapa pemurah dan kasih sayangNya Allah,

Dia menciptakan anggota tubuh badan yang tidak ternilai harganya buat manusia. Bayangkanlah, tiada benda yang boleh diganti apabila satu anggota badan ditakdirkan pergi.

Tangan palsu hanya mampu menggengam, tetapi tidak lagi dapat merasai. Kaki palsu hanya mampu berjalan, tetapi tidak lagi rasa sakit dan ada deria nadi.

Sekiranya hari ini Allah s.w.t. meminta bayaran setiap hirup nafas dan nyawa, tiada lagi manusia berfikir untuk membangunkan kemewahan dan keduniaan, melainkan sibuk cari wang dan harta untuk membayar setiap hidup nafas dan nyawa yang dalam bayaran.

Jika hari ini dibiarkan sistem badan manusia bergerak dengan perancangan manusia sendiri, pasti kucar kacir dan sentiasa sibuk bagaimana nak hari-hari nak menguruskan sistem tubuh yang begitu kompleks ini.

(Jika hari ini ramai doktor mata dan anggota lain lahir kerana satu jenis sahaja anggota badan manusia, tetapi apabila binasa walau hanya satu saraf anggota tersebut, tiada lagi terdaya para doktor untuk menggantikan ia. Tiada lagi bernilainya harta dan kekayaan hari ini, melainkan terus menjadi sumbangan untuk merawat sakit anda setiap hari.)

 

Ketakjuban Allah,

Buah lahir dengan pelbagai rasa. Ada yang manis, pahit, masam, dan lain-lain. Adakah di benih tertulis dan tersimpan rasa sedemikian? Benih atau biji rasa asalnya ialah pahit, tetapi bila besar dan berbuah, rasanya masam, manis dan lain-lain lagi.

Pohon kelapa yang rendang tersimpan air dalan buahnya. Air kelapa boleh merawat kesakitan dan tenaga manusia. Tetapi, pohon-pohon lain tidak ada kuasa dan dapat menyimpan air sedemikian.

Dari tanah yang kering dan keras, tumbuh pohon yang kuat dan berbuah. Dari tanah yang kering, kontang, dan kemarau, tumbuh tumbuhan dan pohon-pohon segar selepas ditimpa hujan. Adakah tanah itu yang menyimpan tumbuhan? Koreklah. Anda pasti hanya menggenggam segumpal tanah yang tiada benih pun untuk pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

(Adakah pohon-pohon ini tumbuh dengan kehendak sendiri? Sekiranya ya, tidak payah orang susah-susah baja, siram, jaga dan  buat sistem terbaik untuk pertanian. Sebab tumbuhan boleh hidup dan tumbuh sendiri dengan baik tanpa perlu pengawasan.)

 

 

KeEsaan Allah,

Dia yang Maha Esa, pemilik tunggal segala-galanya. Dia  Maha Mengaturkan dan Merancang setiap kejadian. Dari sekecil-kecil peristiwa, sehinggalah sebesar-besar bumi dan luasnya alam semesta.

Sesungguhnya, semua bintang, langit, bumi dan cakerawala tidaklah terjadi dengan sendiri. Melainkan ada yang menciptakan dan ditugaskan dengan tugas yang tersendiri.

Dialah yang menggerakkan setiap peredaran planet, matahari, dan bintang-bintang. Tiada manusia yang mampu mengawal dan menggerakkan ia, dan tidak berupaya langsung benda-benda ini bergerak dengan sendirinya. Pasti ada yang menggerakkannya, ada yang mengawal pergerakannya.

Jika tidak diatur oleh Allah langit itu tergantung tanpa tiang dan tertahan dengan kekuasanNya di awang-awangan, pasti hari ini langit  sudah lama jatuh dan menimpa sekalian yang ada di muka bumi.

Jika tidak ditakdirkan hujan menimpa bumi, pasti habis terbakar pohon-pohonan dan panas kerana terik matahari. Manusia tak ada daya nak sirap pokok-pokok atas bukit dan gunung setiap hari.

Jika tidak diciptakan matahari hari ini, pasti bergelap dan tiada cahaya untuk dilihat hari ini.

Jika dahulu gerhana bulan dan bintang terlalu jarang dilihat di bumi, kini bagai kerap setahun atau dua tahun sekali.

(Manusia mengkaji alam dan cakerawala ini terjadi dengan sendiri, tetapi nak bina atom yang kecil pun dia hanya mampu mengkaji, tidak mampu menjadikan dengan keupayaan sendiri.)

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”    (Ali Imran: 190-191)

 

Subhanallah…

Ucapkanlah sebanyak-banyaknya. Satu sahaja ucapan subhanallah telah meninggikan satu darjat anda di syurga (yang tak terkira betapa jauh dan besar jaraknya).

 

Ini hanyalah sekelumit cerita kebesaranNya di dunia (yang tiada nilai di sisiNya), belum lagi tentang penciptaan syurga yang bernilai di sisiNya dan hanya buat hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa.

Bagaimana agaknya ya?

Huhuhu…. kalau cerita tentang syurga dan neraka, tidak terbayang di akal dan tak mampu punya akal berbicara akannya.

Bila ada ilham dan keizinan dariNya, daku akan bercerita tentang indah, menakjubkan, kebahagiaan, dan betapa nikmatnya pemilik syurga, dan betapa azab, sakit, pedih, seksa, dan kejamnya seksa neraka….

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: