Kejayaan Bukanlah Hanya Terletak Pada Nombor.

Alhamdulillah, dua karya telah diterima. Bersyukur akan nikmat Allah atas ketentuan ini.

Memang tidak disangka-sangka. Bukan jangkaanku untuk terus menulis dan diterima. Tetapi, ternyata niat dan usahaku telah diterima oleh pihak editor dan penerbitan. Sungguh, ini adalah nikmat dan anugerah Allah Azza wa Jalla.

Setelah dua kali penerimaan ini (yang bukan selalupun menulis untuk diterbitkan), daku kembali bersemangat untuk terus menulis di media tersebut. Dengan penerimaan ini, daku berharap penulisanku yang terkemudian akan lebih diperhati dan diberi peluang untuk diterbitkan.Pada jangkaan matematik –bab kebarangkalian-dan daku sendiri, setelah suatu tapak dimulakan, akan lebih banyak hasil dan jejak yang dihargai. Dalam subjek matematik, semakin banyak berlaku peristiwa, semakin tinggi kebarangkalian untuk terjadi lagi peristiwa tersebut (pandai jugak matematik dulu).

Kenapa ingin diterbitkan?

Sungguh, bukanlah hasrat hanya untuk mengaut keuntungan, yang nyata suatu ketika tetap akan habis digunakan. Sebaliknya, adalah kerana daku mengganggap majalah tersebut sentiasa menjadi tatapan umum dan mungkin ada manusia yang akan menjadikan ia sebagai tatapan, seterusnya sebagai peringatan dan dakwah yang berterusan.

Sekiranya tidak diterbitkan, maka cetusan idea itu akan hilang dan ternyata mesej yang ingin disampaikan itu tidak kesampaian.

Apa-apapun, daku selalu mengingatkan diri sendiri. Upaya dan anugerah daku pada hari ini bukanlah semata-mata kerana usaha dan kelebihan yang wujud pada diri. Melainkan, ada the hidden hand yang sentiasa mendoakan dan berikan kekuatan pada daku utnuk terus menulis dan mengkoreksi diri pada hari ini.

Terima kasih kepada semua.

Jazakallah atas budi dan kemuliaan hati kalian.

Moga Allah sentiasa bersama dan merahmati kalian serta semesta alam.

-sedang menulis 2 lagi artikel pada majalah. Insya-Allah, sekiranya diberi rezeki dan keizinan Allah, akan disiarkan  pada masa hadapan.

-karya daku boleh dilihat di majalah karya ANIQAH terbaru –jika tidak silap. Sebarang komen dan cetusan idea amatlah digalakkan.

Terima kasih.🙂

***********************

Kejayaan Bukanlah Hanya Terletak Pada Nombor.

Sedang merangka suatu perubahan.

Perubahan dari kerosakan dan kemusnahan dahulu, kepada imaginasi kejayaan pada masa hadapan.

Yang telah dilalui, dilupus dan dihancur lumat. Bangkit kembali mencari jejak baru dan langkah baru demi suatu perubahan.

Lipatan sejarah hanya dalam sejarah. Selagi ruh dan jasad masih tetap ditimbang neraca amalan kebaikan dan keburukan, daku berazam terus mengorak kaki mencari kejayaan dan perubahan yang realiti.

YA. REALITI. BUKAN MIMPI.

Insya-Allah. Inilah suatu perubahan, yang imaginasi itu memacu kecemerlangan.

Ia Bukan Sekadar  Nombor.

Tentera Jalut yang jumlahnya lebih besar dan ramai oleh tentera Talut, tetap kalah dan tumpas di tangan yang layak berkuasa.

Tentera Badar hanya sedikit jumlah dan tiada kelengkapan, tetapi mencapai kemenangan yang nyata orang kini langsung tak akan percaya bagaimana bilangan yang sedikit dan kurang kelengkapan beroleh kejayaan.

Tentera Tabuk dan Khaibar yang tidak layak apabila dilihat angka dan jumlahnya  berbanding tentera lawan, ternyata mencapai kemenangan dan gerun menimpa di pihak lawan.

Apakah rahsia kejayaan mereka?

Strategi?

Permuafakatan?

Amir yang bijaksana?

Tidak. Itulah kualiti. Kualiti Iman dan Takwa.

Bantuan Allah tiba. Yang manusia dan sekalian makhluk hanyalah mainan dan percaturan di bawah tangan-Nya.

Allah Itu Maha Menentukan.

Sungguh, manusia hanya mampu merancang, dan Allah SWT juga ada perancanganNya. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan, sebagaimana dirancang setiap fungsi organ dan komponen tubuh badan manusia, begitulah jua dalam perancangan Allah SWT.

Jadi, daku merancang sedaya termampu, apa yang tidak mampu daku bertawakal kepada Allah SWT.

I’m do the best, Allah do the rest.

Harapanku,

Doakan yang terbaik buatku. Sungguh, langkah dan ketentuanku hari ini bukanlah sekadar perancangan diri sendiri.

Semoga segala perancangan dan usaha dipermudahkan dan berjalan lancar. Sekiranya tidak, ada yang terbaik untuk masa kemudian.

Hanya, ketika ini daku tidak boleh ceritakan apakah ia. Tunggu dan lihat, sekiranya kejayaan itu tercipta buatku, insya-Allah disebarkan jua.

Kejayaan Bukanlah Hanya Terletak Pada Nombor.

YA. Yakinlah dengan kata-kata ini. Kelak akan terbukti.

Insya-Allah.

INSYA-ALLAH!!!

-dua tiga hari tiada di sini. Mencari dan terus mencari hati untuk taqarrub dan tazkiyah buat Ilahi. Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: