Laman itu….

Huh….

Hhhhmmm….

Ting!!

Terfikir akan sesuatu. Melihat kepada peluang dan kemahiran.

Suatu andaian, dan harap dipermudahkan.

Laman islamy nampaknya semakin maju dan ada perkembangan yang baik. Pelbagai bahan, idea, dan slot baru mula dilaksanakan oleh pihak super admin untuk para pengunjung islamy.

Kemudahan semakin laju dan pantas. Paparan semakin menarik dan respon positif dari pengunjung dan ahli laman.

Bagi 5 bintang pada islamy!

-tak boleh puji lebih-lebih. Nanti terangkat tinggi tak mahu turun ke bumi :).

*****

Baru-baru ini, ada diiklankan tentang suatu pekerjaan. Nampak seperti ada peluang, tetapi atas beberapa etika daku ‘terpaksa’ pausekan permohonan.

Tetapi ruangan business itu menarik hatiku untuk melakukan sesuatu. Yang nampaknya boleh diketengahkan dan diperluaskan idea di laman itu.

E-book.

Sebenarnya idea ini telah lama dalam fikiranku. Malah, ia hanyalah cabang idea kerana minatku yang mendalam dalam bidang penulisan.

Dari dulu lagi bercadang untuk menghasilkan buku atau ebook sendiri. Walaupun tidak pandai menulis cerita seperti novel, masih ada ruang lain untuk menulis atau perkara yang tersendiri.

Ada orang menulis akan motivasi, ada yang menulis tentang rumah tangga,  ibu bapa, anak, kerjaya, tips dan idea, dan pelbagai lagi. Maka, bukanlah sesuatu yang terlalu musykil bagiku untuk menghasilkan ebook tersendiri.

Bertambah ia sebagai kelebihan yang Allah berikan kepadaku, tanpa ruang masa dan fikir yang terlalu drastik dan sempit, daku boleh menghasilkan suatu pandangan dan idea selama beberapa minit atau beberapa jam dalam masa sehari. Insya-Allah.

Jadi, keinginanku pada ketika ini melonjak untuk cuba menyerlahkan idea dan pandangan dalam bentuk ebook.  Akan cuba mengkampil segala idea dan pandangan yang tersurat dan tersirat dalam bentuk satu buku dalam masa terdekat ini.

Ya, terdekat.

Insya-Allah, dalam masa sebulan dari minggu hadapan daku akan teruskan azamku untuk berkhidmat akan penyebaran seuan Islam dalam laman islamy. Akan dilakukan proses editing dan percambahan dari semasa ke semasa sehingga terhasil buku- ebook.

Cuma, harapanku, pihak islamy sedia berkerjasama. Sentiasa terbuka dan tidak terhad kepada sesiapa.

-kenapa minggu hadapan? Hehehe…. ada perkara mustahak dan priority tengah dilakukan ketika ini. Doakan ada kemudahan dan kejayaan. Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: